ReformIS

[ Contents | Post ]

Surat Terbuka Buat Kadir Jasin

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:07:37

Comments

Surat Terbuka Buat Kadir Jasin

10 Disember, 1999

Kadir a/l Jasin Group Editor In-chief The New Straits Times Press

Saya adalah seorang daripada ribuan pengundi di Kawasan Parlimen Titiwangsa yang memilih untuk memangkah calon Barisan Alternatif (PAS) kerana sudah bosan dengan tindak-tanduk Barisan Nasional (BN) yang amat meloyakan serta memalukan masyarakat Islam di negara ini. Sebagai pengundi Melayu di bandaraya Kuala Lumpur, saya berasa terpanggil untuk menulis surat ini selepas membaca kenyataan YB (Yang Bahlol) Drs Sulaiman Mohamad dalam Harian Metro mengenai soal undi Melayu yang pecah dua.

Kenyataan Yang Bahlol itu jelas menggambarkan sikap sombong dan bongkak individu yang kununnya dianggap sebagai pemimpin di kalangan penyokong BN. Menurut si bahlol itu, kemerosotan majoriti yang diperolehinya berpunca daripada taktik kotor parti pembangkang yang telah mengelirukan pengundi dengan mempermainkan isu perkauman dan agama. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa yang mempermainkan isu agama dan perkauman dengan cara-cara menakut-nakutkan kaum Cina bahawa PAS adalah golongan ekstrimis agama yang akan menimbulkan huru hara. adalah BN sendiri, bukan Barisan Alternatif..

Setahu saya BN yang telah bertindak membuta-tuli mencemar kesucian agama Islam dengan matlamat untuk menang dalam Pilihanraya ke-10 ini. (Sama saja macam taktik MAHAFIRAUN, dia yang bikin, lepas tu tuduh orang lain.) Lagipun, untuk makluman si Bahlol, saya seperti ribuan pengundi lain tidak langsung terkeliru. Kami memang ada sebab yang konkrit untuk menolak calon BN seperti Yang Bahlol Drs Sulaiman Mohamad. Sebagai calon, si Bahlol itu sama tarafnya dengan Ibrahim Ali alias KATAK yang menjadi calon BN di Kelantan. Pengundi yang cerdik di Kelantan tidak mungkin menerima seorang manusia yang taraf IQnya sama seperti seekor katak untuk mewakili mereka. Begitulah juga saya. Tak ingin saya diwakili oleh si Leman Brandy (nama timang-timangan untuk Yang Bahlol Drs Sulaiman Mohamad). Saya tak keliru sebab saya confident bahawa saya jauh lebih cerdik daripada Yang Bahlol itu.

Sekurang-kurangnya Najib yang nyaris heart attack sebab terlalu yang amat hampir tewas, mengakui bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memenangi hati pengundi Melayu. At leastlah, cos I don't know how sincere that fellow is. Kalau dia berlakon, bak kata budak-budak sekarang memang class gitu! Boleh nominate untuk Oscar Award. Sebaliknya si Leman Brandy tidak, dia menghentam dan menghina pulak pengundi Melayu. Makin lama makin jauhlah pengundi Melayu kepada Umno.Makin lama makin menyampahlah orang Melayu. Kesian Umno, makin lama makin TIDAK RELEVAN kepada masyarakat Melayu. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Harian Metro kerana telah berjaya mendedahkan kebodohan seekor calon BN seperti YB Drs Sulaiman Mohamad.

Kepada Kadir pulak, saya juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kerana ever since you took over as the Group Editor In Chief of the ever subservient to the Government NSTP, you have obviously succeeded in bringing the credibility of newspapers and TV to an all time low. This achievement is indeed something to be very proud of. I'm sure all Malays will look highly upon you as being the right individual who is at right place to cause UMNO and the Malays to drift even further. I'm sure the title of Tan Sri will be the most befitting award to be bestowed to someone like who has so much to boast of. I can't believe it, I'm so proud of your stupidy that I feel like crying like your boss MAHAFIRAUN. Lagi satu, I nak cakap - Wan Azizah has never cried in public, only MAHAFIRAUN did.

Ali Mamat

Last changed: December 04, 1999