ReformIS

[ Contents | Post ]

Surat Terbuka Kepada Orang Melayu

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:07:00

Comments

Surat Terbuka Kepada Orang Melayu

Situasi hari ini adalah menandakan pola pengundi Melayu adalah berpihak kepada pembangkang. Hal ini telah diakui oleh semua para penganalisa pilihanraya. Post-mortem yang dibuat oleh pihak Umno kebanyakannya masih menyembunyikan fakta yang sebenar kenapa berlaku hal yang demikian. Dalam tinjauan yang dibuat, kebanyakan undi Melayu berpihak kepada pembangkang disamping kekuatan pembangkang itu sendiri adalah protes kemarahan mereka kepada MAHAFIRAUN. Mereka melihat MAHAFIRAUN adalah ancaman kepada kestabilan negara dan pemusnah kepada kebebasan sektor-sektor kerajaan seperti kehakiman, polis dan tentera. Mereka juga melihat MAHAFIRAUN begitu angkuh menghina ulama dan hukum Islam dan juga kezaliman yang jelas kepada saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak pernah sejarah berlaku undi protes dari pihak tentera dan polis yang begitu banyak terhadap parti Alternatif. Saya sendiri berada bersama beberapa orang Polis ketika pengiraan undi dijalankan dimana pihak polis telah mendapat maklumat lebih cepat dan tepat, apabila mereka memaklumkan setiap keputusan yang berpihak kepada kemenangan PAS, saya melihat mereka bertakbir dengan begitu semangat sekali. Apa yang ternyata keluar dari mulut mereka adalah "Mampus MAHAFIRAUN".

Orang-orang tua di kampung saya sendiri telah keluar undi untuk memberi undi kepada PAS adalah dengan harapan MAHAFIRAUN jatuh dan Anwar dibebaskan. Begitu juga dengan pendokong-pendokong UMNO yang membawa pengundi untuk mengundi dimana mereka sendiri yang berkempen dalam kereta supaya mengundi PAS untuk mengajar MAHAFIRAUN. Kekalahan ramai tokoh-tokoh dalam Umno adalah mangsa kemarahan rakyat kepada MAHAFIRAUN.

Orang-orang Melayu yang sudah matang tidak boleh lagi digulakan dengan isu pembangunan dan politik wang. Mereka sudah menunjuk minat yang mendalam kepada politik dan sentiasa ingin mendapat maklumat yang benar. Kenyatan-kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno untuk menutup kelemahan mereka bukan sekadar menjadi bahan ketawa mereka malah budak-budak sekolah diperingkat rendah pun ketawa. Dengan menuduh pembangkang iaitu Pas menbawa ajaran sesat dengan membiarkan tanpa diambil tindakan oleh Pusat Islam adalah melambangkan kelemahan pemikiran dan kejahilan dalam undang-undang negara. Sudah banyak kenyataaan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam tentang kumpulan ajaran sesat tetapi PAS tidak pernah tersenarai dalam kategori itu.Tidak perlu lagi pemimpin Umno yang tidak seberapa tahu tentang Agama mengeluarkan fatwa. Kenyataan kenyataan seperti itu hanyalah layak zaman 70an dahulu.

Justeru itu daripada analisis yang saya buat daripada pertemuan dan perbincangan maka disini beberapa kesimpulan yang dibuat.

1. MAHAFIRAUN dan Umno tidak layak lagi mendabik dada sebagai Parti suara orang Melayu kerana Majoriti orang Melayu telah menolak Umno, ini telah dinyatakan sendiri oleh calon-calon Umno yang menang bahawa kemenangan mereka adalah disebabkan oleh pengundi Cina dan India. MAHAFIRAUN sendiri sudah menyedari hal ini sehingga beliau telah jelas dilihat beberapa tindakan yang dibuat adalah untuk menjaga pengundi Cina. Apakah makna kewujudan Umno jika pendokongnya adalah terdiri dari kaum Cina dan India?

2. MAHAFIRAUN tidak layak lagi memimpin Umno kerana disebabkan dirinya orang Melayu menolak Umno, keputusan pilihanraya kali ini adalah membuktikan kebenaran ramalan Tengku Abdul Rahman bahawa MAHAFIRAUN akan membawa bencana kepada perpaduan orang Melayu. Ramai pemimpin Umno yang kalah di Terengganu hari ini menyalahkan MAHAFIRAUN diatas kekalahan mereka. Mereka mengutuk MAHAFIRAUN lebih dari Parti Pembangkang mengutuk lagi.

3. Kedudukan kuasa orang Melayu di Parlimen adalah amat lemah dimana Umno hanya memilki 74 ahli Parlimen daripada 148. Ini bermakna Malaysia diperintah adalah berasaskan kuasa seimbang antara parti Umno dan parti-parti yang lain. Ini amat bahaya kepada ketuanan Melayu dimasa hadapan.

4. Orang Melayu telah berpecah kepada dua iaitu Umno dan Pas dan Keadilan. MAHAFIRAUN adalah bukan tokoh yang layak untuk bercakap tentang perpaduan Melayu kerana dizaman pemerintahannya orang Melayu berpecah dengan begitu teruk. Dan dalam Umno sekarang tidak ada tokoh yang boleh membawa penyatuan kepada orang Melayu. Daripada tinjauan yang dibuat dengan beberapa tokoh Umno mereka sepakat mengatakan hanya Saudara Anwar Ibrahim sahaja yang dapat menyatukan perpecahan ini kerana ia diterima oleh semua pihak termasuk dalam Umno sendiri. Ini dapat dilihat ramai ahlinya sendiri yang ramai melakukan sabotaj ketika kempen pilihanraya untuk memberi kemenangan kepada Parti Alternatif demi untuk menjatuhkan MAHAFIRAUN dan untuk mengangkat saudara Anwar Ibrahim sebagai PM.

Justeru itu demi keutuhan Islam dan ketuanan Melayu saya memohon supaya saudara Anwar Ibrahim diberi pengadilan yang sebenar dan dibebaskan kerana segala pertuduhan keatasnya tidak boleh menutup lagi mata orang-orang Melayu dan ianya dilihat sebagai satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Tidak ada orang Melayu yang percaya kecuali pemimpin Umno yang dungu dan yang menjaga perut sahaja dan orang kampung yang tidak pandai membaca dan orang Melayu yang fikirannya sudah diprogramkan bahwa segala apa yang kerajaan buat semuanya betul belaka.

5. Menyakini Saudara Anwar dapat memberi kekuatan kembali kepada Islam dan Melayu bukan sahaja di Malaysia tetapi dirantau ini. Beliau adalah pemimpin alaf baru kerana gelombang kebangkitan Islam sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Generasi muda adalah kebanyakkan mereka yang begitu cenderung kepada penghayatan agama. Pemimpin yang jahil terhadap Islam dan sentiasa menghina Ulama sudah tidak relevan lagi untuk menjadi pemimpin alaf baru. Dengan penggabungan antara Umno, Pas dan Keadilan berasakan Islam yang syumul dan menolak segala bentuk sistem yang bercanggah dengan Islam akan memberi kekuatan yang hebat dimana kita akan diberi kemuliaan oleh Allah swt. Jangan ditakuti apa sahaja ancaman kerana kita yakin dengan janji Allah swt sebagaimanaa firman-Nya: "Sesiapa yang hendak dimuliakan oleh Allah swt tiada siapa yang dapat menjatuhkannya dan sesiapa yang hendak dihina oleh Allah swt tiada siapa yang boleh menolongnya".

Bersatulah orang Melayu diatas nama perpaduan untuk menegakkan Islam kerana amatlah hina kita hari ini dengan kuasa yang ada pada kita. Pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak yakin dengan Islam perlu ditolak. Ini adalah tanahair kita dan diamanahkan oleh Allah swt untuk memakmurkannya dengan Ruh Islam dan kita akan berjuang walaupun darah kita yang dituntut. Dengan ini saya berharap marilah mulai hari ini kita mengatur langkah memastikan MAHAFIRAUN meletakkan jawatan dan kawan-kawan dalam Umno marilah kita bergerak untuk mendapatkan sokongan menghantar memorandum kepada MAHAFIRAUN agar ia melepaskan jawatan dan jika berkeras kita melakukan melalui undi tidak percaya. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Islam dan kekuasaan orang Melayu mesti dipertahankan.

MAHAFIRAUN, zamannya sudah berlalu. Dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin alaf baru yang bukan sahaja kita memerlukan kekuatan ekonomi tetapi juga kekuatan kerohanian (Agama). ini adalah citarasa generasi-generasi muda di negara kita dan MAHAFIRAUN ternyata bukan seorang yang mampu untuk membawa kepada RUH agama kepada generasi baru. Marilah kita melakuan REFORMASI demi Agama, Bangsa dan Negara.. Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh Saudara Anwar Ibrahim selaku sebagai seorang manusia, maafkanlah ia kerana penjara telah memberi ia banyak pengajaran dan kesedaran. Hal ini dinyatakan sendiri olehnya dan ia melihat sebagai takdir Tuhan yang hendak membersihkannya. Kesalahan yang dilakukan bukannya yang besar-besar sebagaimana pemimpin Umno yang masih berkuasa dan bebas lagi. Kehidupannya dalam penjara penuh dengan ibadah dan mendalami agama. Ia adalah lambang pemimpin yang sanggup berkorban demi mempertahankan prinsip demi cinta kepada bangsanya sendiri.

Daripada Ahli Umno Terengganu yang cintakan Agama,Bangsa, Parti dan Tanahair

Last changed: December 04, 1999