ReformIS

[ Contents | Post ]

Seruan kepada SPR

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:06:16

Comments

Seruan kepada SPR

Assalamualaikum wbt. wrt. Alhamdullilah, pilihanraya telah berjalan dengan aman; tidak seperti yang digembar-gemborkan oleh MAHAS**T. Saya adalah salah seorang yang telah dinafikan hak untuk membuang undi adalah merasa terpanggil untuk menyumbangkan idea untuk laman popular ini.

SYABAS kepada penyokong BA yang tabah menghadapi dugaan ALLAH ini. Ada hikmah di sebaliknya.Insyaallah. Saya merasa agak terkilan kerana ada sahabat-sahabat saya yang merupakan pendaftar baru (mei 98) dapat mengundi padahal antara mereka dan saya, saya mendaftar lebih dahulu dari mereka. Kemudiannya kebanyakan pengundi-pengundi telah dipindahkan ke merata tempat. Apakah tujuan sebenar SPR ini?

INGAT anda tidak akan menongkat langit selamanya seperti MAHAS**T itu. Jika anda pekerja SPR tidak menjalankan amanah yang dipertanggunjawabkan pada anda, kami akan tuntut di depan ALLAH nanti. Kita semua sedia maklum, sesungguhnya pilihanraya kali ini tidak berjalan seadil yang diharapkan. Saya yakin jika SPR adalah satu badan yang telus, tipis harapan untuk BN kembali memegang tampok pemerintahan negara ini.

Andaikata anda kakitangan SPR ingin meloloskan diri dari akibat yang buruk ini, eloklah anda bongkarkan sebelum dibongkar oleh para reformist. Andai perkara penipuan ini diketahui dari sumber lain, kami akan pastikan anda tidak akan aman hingga keakhir hayat. Segeralah bertaubat kembali kejalan yang benar selagi masih ada harapan. Anda kakitangan SPR harus ingat bahawa yang HAQ itu tetap akan menang juga akhirnya.

Takbir! Takbir! Takbir!

Pengundi Kecewa

Last changed: December 04, 1999