ReformIS

[ Contents | Post ]

Sedih dan Besyukur

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:05:41

Comments

Sedih dan Besyukur

Assalammualaikum..

Selepas pilihanraya pada 29 November 1999 yang lalu, saya berasa amat bersyukur pada Allah kerana rakyat Kelantan dan Terengganu tidak termakan fitnah-fitnah yang telah dilemparkan oleh orang-orang MAHAFIRAUN ke atas pemimpin-pemimpin Islam kita.Seharusnya kita amat berbangga di atas kejayaan ini. Walaubagaimanapun kami rakyat Sarawak sebenarnya amat bersedih atas keputusan SPR dan ia amat meragukan kami di sini.Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca sekalian, kami terutamanya rakyat Sarawak di Kuching amat membenci pimpinan

Si bedebah Taib Mahmud dari dulu lagi dan amat menghairankan juga bagaimana beliau boleh memenangi pilihanraya ini.Sewaktu pengiraan undi pada 29 November 1999 kira-kira pukul 8:15 mlm kami rakyat Sarawak sebenarnya berada dalam kegelapan @ blackout lebih kurang satu jam setengah dan bagaimana perkara ini boleh berlaku.Apabila bekalan elektrik pulih semula keputusan di Sarawak pula diumumkan dan alangkah terperanjatnya semua kerusi telah dimenangi BN.Rata-rata penduduk di bandar Kuching tidak mempercayai keputusan SPR seolah-olah ada udang sebalik mee di atas kejadian ini dan kita mengharapkan pihak Barisan Alternatif di Kuching mengambil tindakan atas keputusan SPR kerana kami terutamanya rakyat Kuching merasakan di tipu oleh keputusan SPR.

Majoriti penduduk Sarawak menyokong Barisan Alternatif dan kami amat mengharapkan pimpinan Barisan Alternatif akan memerintah di Sarawak.Untuk rakyat Sarawak walaupun kita tewas pada pilihanraya Parlimen ini tidak bererti kita telah berputus asa dan kita ada sekali lagi pilihanraya peringkat negeri lagi.Untuk pejuang-pejuang KEADILAN KITA LAWAN TETAP LAWAN dan tetap akan menghancurkan pemerintah BN..mudah-mudahan Insyallah.

Ya..Allah Ya Tuhan kami berikan hidayat pada kami rakyat Sarawak semoga Barisan Alternatif dapat memerintah kami di bawah naungan parti yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.Sesungguhnya kami rakyat Sarawak ingin menjadi seperti negeri Kelantan dan Terengganu.

Salam dari Kuching

Last changed: December 04, 1999