From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 22:04:39
Nasihat Kepada Anuar Musa Yang Kalah.
Hai Datuk..rumah dah lama siap, pahat baru berbunyi. Dahlah tu... dah kalah terima sajalah. Saya kalah, Datuk pun kalah. PAS kalah di Sabah kerana 'rakyat belum bersedia menerima' corak dan pendekatan politik yang berasaskan kepada akhlak dan syakhsiyah Islam. Budaya kotor politik wang, menyebar surat layang, pengundi hantu dll. sudah lama membarah dalam diri dan jiwa sebahagian besar rakyat Sabah hasil daripada didikan UMNO dan para pemimpinnya yang bacul dan biadap!!! Kami tidak bermain wang, tiada sogokan material, tiada fitnah memfitnah.PAS Sabah menerima hakikat bahawa akan tiba suatu masa kelak yang rakyat Sabahakan bersedia menerima perjuangan PAS yang meletakkan keadilan Islam sebagai asas pentadbiran negara.
Bagi Datuk....sudahlah kalah undi, kalah pula wang-wang yang ditabur kepada pengundi. Fitnah, maki hamun, tipu helah dan beli undi jangan ceritalah. Itu memang sudah sebati dalam jiwa Datuk dan UMNO. Itukan memang budaya UMNO dan para pemimpinnya. UMNO kalah dan meninggalkan parut-parut dosa yang akan dikutip diakhirat nanti. Tengok sajalah...
Sebentar tadi saya nampak Datuk tunjukkan kertas undi pos yang Datuk dakwa telah tidak dikembalikan kepada SPR. Saya nampaklah dikertas-kertas undi tu coretan pangkah pada lambang BN, yang simbolnya dacing penipu yang para pemimpinnya terdiri dari penyebar fitnah dan penghina Islam terbesar abad ini. Tetapi saya nampak seperti semua bentuk pangkahan itu serupa (identical) sahaja. Haii...siapa pula yang pangkah pada lambang BN dalam bentuk yang serupa sahaja tu? Pegawai SPR kah yang lakukannya??
Nampaknya terbukti sudah bahawa minda para pemimpin BA lebih canggih daripada pemimpin BN yang sudah berkarat tu. Bukankah para pemimpin BA awal-awal lagi minta dihapuskan undi pos?? Kenapa pemimpin UMNO/BN tak sokong?? Bangang betul ya otak pemimpin UMNO/BN ni!! Alaa Datuk...jangan nak main sendiwaralah...kami tahu bahawa undi pos yang Datuk tunjukan dalam TV 3/4 semalam tu adalah lebihan kertas-kertas undi yang dicetak oleh SPR yang telahpun didedahkan oleh para pemimpin PAS sebelum ni. Jangan nak tipu kamilah.
Saya dapat maklumat bahawa pegawai SPRlah yang bertanggungjawab memberi kertas undi berlebihan tu kepada Datuk kononnya kertas undi pos. Perasan betul Datuk..... tak dapat terima kekalahan secara gentleman ker? Kenapa, masih banyak lagi duit-duit projek yang belum dikutip daripada kroni-kroni Datuk sewaktu jadi Menteri dulu?? Alah....pesan-pesan kat Menteri yang baru tu ler supaya jangan kacau bahagian Datuk yang masih berbaki pada sesi lepas...Anwar Musa kalah tapi Ku Li Gua Musang menang. Syukurlah ada juga watak musang dalam UMNO.
HAMZAH HJ. ABDULLAH