ReformIS

[ Contents | Post ]

Rumusan Pilihan Pengundi Pilihanraya Dan Beberapa Cadangan Membina

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 11:36:06

Comments

Rumusan Pilihan Pengundi Pilihanraya Dan Beberapa Cadangan Membina

Syukur kita pada Allah S.W.T diatas segala apa yang telah ditentukaNYA. Saya, anak jati Johor,rasa terpanggil untuk sama sama berkungsi pendapat dengan saudara saudara kita yang seperjuangan, dalam menilai, juga menelek kelemahan dan prestasi kita dalam pilahanraya yang baru berlalu.Maafkan saya jika saya salah, perbetulkan saya jika saya tidak benar.

PADA HEMAT SAYA:

Kemenangan BN dinegeri negeri saperti di Johor, ialah rata rata kerana orang melayu masih UMNO totok, orang melayu masih kebendaan, kurang pendedahan dan ada yang tidak tahu apa itu parti komponen BA. Pada mereka jika rumah besar, kereta besar, orang itu sudah kaya, walaupun duit simpanan tidak ada. Tetapi diKelantan, realiti kehidupan adalah disebaliknya, kerana agama yang memimpin mereka dan bukan mereka yang memimpin agama (kata kata YB Haji Hadi,MB Terengganu)

Kaum cina memberikan undi kepada BN, kerana jika BN berkuasa orang cina senang berniaga,kerana mereka boleh beri rasuah pada orang melayu BN, dan orang melayu dalam BN pula suka menerima rasuah.

Kaum cina memberi undi kepada BN kerana pada tanggapan meraka, meraka tidak boleh minum arak lagi, kaki tangan meraka akan dipotong jika mereka mencuri, jika PAS memerintah, atau pun mereka ditakut takutkan dengan tanggapan begitu.Sebab itu mereka yang pro dengan DAP juga enggan mengundi DAP lagi sebab DAP bersekutu dalam BA,khususnya PAS.

Orang cina dan india mengundi BN kerana setengahnya beranggapan bahwa jika BA memerintah, mereka lebih cenderung kepada keagamaan sahaja dan tidak kepada duniawi dan negara akan jadi mundur

Orang India memberi undi kepada BN, kerana setengahnya tahu bahwa Mahathir adalah sama keturunan dengan mereka dan mereka berbangga bertuankan Mahathir, hero mereka kononnya.

Orang India tidak memberi undi kepada BA setengahnya kerana kurang pendedahan dan ada yang tidak tahu apa itu BA, dan ada yang merasa mereka sudah senang sekarang dan tidak mahu hidup susah lagi jika parti lain memerintah.

Para intelek dan cendikiawan cenderung kepada BA kerana mereka tahu apa yang kerajaan BN lakukan dari kacamata sosio-ekonomi dan micro-ekonomi. Secara tidak lansung, hanya orang yang tahu tapi tamak, hanya orang UMNO totok, hanya orang yang memperlekehkan agama,khususnya Islam yang masih lagi tinggal dalam UMNO atau BN.

Orang orang yang bukan intelek atau cendikiawan masih lagi cenderung kepada BN atau UMNO kerana setengahnya buta hati,tidak mahu mendengar,membaca atau pun memaham. Setengahnya tidak faham apa yang kerajaan BN buat kepada rakyat,contohnya saperti, jika kerajaan BN menjual bond diluar negara dengan interest yang tinggi,apakah implikasinya kepada kita,anak kita dan generasi kita seterusnya.Jika kerajaan BN buat menara kembar Petronas dengan harga 10 biliun pun, apakah implikasinya dengan kehidupan mereka sebagai rakyat.

Dalam isu Datuk Seri Anwar pula, setengahnya beranggapan bahwa semua orang besar atau menteri menteri itu dua kali lima sahaja, mereka kaki songlap, kaki perempuan, kaki judi, kaki rasuah dsbnya, dan DSAI juga tidak terkecuali. Mereka fikir mereka tidak ada pilihan lain lagi selain daripada BN. Biasanya orang yang begini ialah orang yang tidak cenderung kepada agama.

PADA HEMAT SAYA:

Untuk menolak sifat kebendaan, masyarakat hendaklah dididik dengan asuhan agama, ceramah agama, usrah usrah yang beterusan dan dengan secara tidak lansung akan memberi sumber rezeki kepada para ilmuan yang mahir dalam bidang agama.Jika meraka mulai cenderung kepada agama khususnya Islam, mereka akan menyokong perjuangan PAS dan menolak parti sekular saperti BN, InshaAllah.

Sebelum pilihanraya yang lepas, setiap kali ceramah BA dihadhiri olih lima hingga lapan ribu orang dan mungkin juga olih orang orang yang sama dalam daerah yang berdekatan, ini tidak termasuk spy spy dan orang yang pro dengan BN. Jumlah ini tidak boleh diambil kira untuk mengukur kemampuan kita, kerana dalam satu kawasan DUN misalnya ada 15,000 pengundi melayu.

Kita perlu menambah dengan pendekatan yang lain untuk mendekati kaum ibu misalnya, supaya pendekatan itu lebih menyeluruh. Terangkan kepada mereka dari segi mikro-ekonomi apa yang kerajaan BN sudah buat dan apakah implikasinya kepda kehidupan kita.

Jika kerajaan membazir apakah implikasi nya pada kita misalnya. Para ilmuan ekonomi hendaklah memainkan peranan menerbitkan risalah ilmu untuk disebarkan kepada rakyat.

Tubuhkan lebih banyak cawangan persatuan pengguna, badan badan NGO dan badan sukarelawan yang lain. Beritahu apakah hak hak rakyat dalam membeli rumah misalnya, hak mereka sebagai pengguna, apa mereka perlu tahu tentang kenaikan kenaikan cukai dalam belanjawan negara, dsbnya. Pastikan orang orang BA menguasai badan badan ini.Disamping menolong mencelikan rakyat, kita dapat mendekati mereka dengan lebih berkesan lagi.

Buktikan kepada mereka khususnya kaum cina bahwa PAS tidak mengabaikan duniawi juga. Kita ulangi sejarah pertubuhan Darul 'Alqam, dimana mereka punyai satu rangkaian perniagaan secara Islam diseluruh negara. Kita boleh mulakan dengan membuka lebih banyak cawangan Kohilal diseluruh negara. Kita ada rangkaian syarikat syarikat islam dari negara jiran dalam internet untuk membantu kita dan kita ada negeri Kelantan dan Terengganu untuk menolong kita mendapatkan kepakaran, dsbnya. Pastikan setiap ahli PAS membeli barangan dari Kohilal. Kita ujudkan pajak gadai secara Islam untuk ahli dan orang awam. Franchisekan Kohilal supaya ia lebih berfungsi. Tubuhkan pusat pusat tuisyen untuk anak anak ahli dan orang awam untuk membuktikan kita juga boleh berjaya membentuk masyarakat kita sendiri. InshaAllah, kita akan berjaya membuka matahati mereka.

Marilah kita bergabung tenaga mulai dari sekarang untuk membentuk aspirasi kita ini. Memaki hamun bukanlah jawapannya. Berselisih faham juga tidak akan menolong kita. Saya tidak bersekolah tinggi, perbetulkan saya jika saya salah, abaikan cadangan saya jika ia tidak realistik. Akhir kata, kepada Allah kita berserah, moga moga kita semua dilorongkan hendaknya. Terima kasih.

"Yang dinamakan rumah itu ialah sebuah pondok yang bolih kita berlindung dari hujan dan panas" "Yang dinamakan makan itu ialah cukup setakat sesuap nasi atau sepiring bubur, cukup untuk mengalas perut"

Zulmah

Last changed: December 04, 1999