ReformIS

[ Contents | Post ]

Post Mortem Pilihanraya 1999

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 11:27:42

Comments

Post Mortem Pilihanraya 1999

A'kum, Sebagai salah seorang yang telibat secara langsung dalam pilihanraya 1999 bagi Parlimen Raub & DUN Benta Pahang Darul Makmur, saya ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada semua jentera BA kerana menunjukkan semangat juang & komitmen yang tinggi semasa berkempen. Walaupun BA tewas bagi kedua-dua kerusi (Parlimen lebih 3 ribu majoriti & DUN hanya 268 undi) tetapi kita berjaya menghantar mesej kepada parti BN khusus UMNO yang rakyat mahukan perubahan.Dipihak BA beberapa perkara perlu diperhatikan semasa berkempen untuk pilihanraya akan datang.

1. Kombinasi pelbagai kaum dalam jentera parti - Bagi kawasan Benta , jentera kempen didominasi sepenuhnya oleh orang melayu sedangkan mengikut komposisi kaum 56% adalam Melayu, 36% Cina dan selebihnya ada kaum India. Pihak BA perlu memberi ruang kepada kaum bukan melayu untuk mengambil bahagian dalam jentera kempen kerana adalah lebih mudah untuk menerangkan sesuatu isu di dalam bahasa ibunda para pengundi. Saya sendiri yang menjaga pondok panas menghadapi kesukaran untuk merayu undi dari kaum cina terutamanya yang berumur lebih 50 tahun kerana masalah komunikasi tersebut. Keadaan ini menyebabkan peratusan pengundi bukan melayu yang menokon BA adalah amat rendah berbanding dengan BA

2. Peratusan mengundi yang rendah - Bagi DUN Benta hanya 66% yang keluar mengundi, selebihnya memboikot pilihanraya kali ini. Pada pandangan saya dengan berbekalkan komputer untuk menyemak daftar pengundi, pihak BA akan dapat mengenalpasti mereka-mereka yg masih tidak membuang undi selepas sesi tengahari. Dengan ini jentera BA boleh pergi ke kediaman golongan ini dan merayu mereka turun mengundi untuk BA, Jumlah total mereka yang tidak keluar mengundi adalah lebih 2000 orang, jika BA berjaya menarik hanya 500 orang dari kelompok ini sudah tentu kemenangan berpihak kepada BA

3. "Over Confident" - Terdapat sesetengah petugas BA terlalu yakin yang BA akan menang sehinggakan mereka meninggalkan pondok panas mereka selepas pukul 3 petang. Ini terbukit apabila kami menerima lawatan dari petugas BA dari Padang Tengku (BA kalah dengan majoriti 86 undi) . Sikap begini harus kita ketepikan sehinggalah tempoh mengundi tamat. Kita mesti kekal di tempat kita sehinggalah ke akhir masa. Pengajaran dari kekalahn tentera Islam dalam peperangan Uhud patut dijadikan iktibar dimasa hadapan

4. Meninggalkan Rukun - Terdapat petugas-petugas secara sengaja meninggalkan kewajipan bersembahyang semasa berkempen. Sepatutnya pengurus kempen BA mewajibkan semua petugas BA mendirikan solat secara berjemaah semasa tempoh berkempen kerana kita mengkehendaki kemenangan dengan pertolongan yang berkuasa. Saya berasa amat terkilan dimana semasa jemaah mendirikan sembahyang ditingkat atas bilik gerakan terdapat suara-suara sumbang yang membuat bising ti tingkat bawah. Jika keadaan ini terjadi bagaimana kita hendak mendapatkan kemenangan dengan pertolongan yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya pihak BA telah mendapat kemenangan secara tidak langsung apabila ramai Jeneral-jenaral BA tersungkur dan Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mengakui bahawa mereka perlu melakukan "homework" mereka dan berhenti dari menunding jari kepada orang lain.

Salam Reformasi, Lawan Tetap Lawan.5 tahun bukanlah satu tempoh yang lama

Rizal Jamin

Last changed: December 04, 1999