ReformIS

[ Contents | Post ]

Anwar Punca UMNO Kecundang

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 11:13:51

Comments

Anwar Punca UMNO Kecundang

MAHAFIRAUN berkata bahawa beliau hanya berjanji untuk memenangi majoriti dua pertiga bagi Barisan Nasional(BN) dan tidak berjani menambahkan majoriti undi. Ini jelas menunjukkan bahawa MAHAFIRAUN tahu sokongan rakyat khususnya orang-orang Melayu kepada beliau dan kerajaan BN sudah meleset.

MAHAFIRAUN terpaksa adakan pilihanraya pada tahun ini juga untuk menggelakkan diri daripada kekalahan lebih teruk jika pilihanraya diadakan tahun hadapan kerana bertambahnya pengundi-pengundi baru hampir lebih daripada 1/2 juta orang yang terang-terang anti kerajaan.

MAHAFIRAUN masih tidak mahu menerima hakikat bahawa isu Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara faktor yang menyebabkan undi UMNO merosot. Ramai tokoh-tokoh UMNO dan PAS sendiri mengakui bahawa isu Saudara Anwar Ibrahim banyak merugikan UMNO dan mengguntungkan PAS.

Ramai berpendapat bahawa kemarahan orang-orang Melayu adalah lebih kepada cara-cara MAHAFIRAUN menangani isu Saudara Anwar Ibrahim daripada soal sama ada Saudara Anwar Ibrahim itu bersalah atau tidak. Tindakan MAHAFIRAUN menghukum Saudara Anwar Ibrahim kerana soal moral dan "rasuah" membosankan orang-orang Melayu. Walhal orang Melayu tahu bahawa keputusan sama ada Saudara Anwar Ibrahim bersalah atau tidak belum ditentukan oleh mahkamah.

Apakah pemimpin-peminpin UMNO seperti Rafidah Aziz, Megat Joned, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin, Mohamad Taib dan beberapa yang lain-lain terang-terang terlibat dengan amalan rasuah,penipuan dan salahguna kuasa lebih bermoral dari Saudara Anwar Ibrahim ?

Di Pulau Pinang kekurangan majoriti yang diterima oleh calon-calon UMNO, termasuk TPM Abdullah Badawi,terang-terang menunjukkan bahawa pengaruh Saudara Anwar Ibrahim masih kuat. Majoriti yang diperolehi beliau di kawasan Parlimen Kepala Batas ialah 11,175(17,834) ; di DUN Penaga-1,121(3,299) ; Bertam-3,790 (5,402) dan Pinang Tunggal- 4,376 (6,824). Angka dalam ( ) adalah majoriti pemilu 1995.

Yahaya Abdul Hamid yang menang di Pinang Tunggal dan Dr.Toh Kim Woon yang menang di Macang Bubuk dengan majoriti yang berkurangan mengakui fenomena ini. Dr.Toh Kim Woon berkata,"Malay voters in the Macang Bubuk constituency demonstrated allegiance to their "son",sacked Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim when large numbers voted for Parti Keadilan instead of Barisan Nasional"

Di Permatang Pauh pengaruh Saudara Anwar Ibrahim masih kuat dan berkesan di kalangan pengundi di ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pauh. Seberang Jaya yang dimenangi BN dengan kelebihan undi 853 saja,sedangankan pada 1995 UMNO menang dengan majoriti 8,970.Jika bukan kerana undi orang Cina dan India Seberang Jaya pun akan jatuh ke tangan parti Keadilan.

Bagi DUN Permatang Pasir dan Penanti pula,calon-calon UMNO kalah sungguhpun pada 1995 UMNO menang dengan majoriti besar. Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail berjaya mempertahankan kerusi suaminya dan meraih kemenangan yang cermerlang.

MAHAFIRAUN masih tidak mahu menerima hakikat bahawa kemenagan Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan kekurangan majoriti di semua kawasan UMNO bertanding di Pulau Pinang adalah kerana faktor Saudara Anwar Ibrahim . Sebaliknya MAHAFIRAUN menuduh kemenangan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana undi simpati hasil tagisan Dr.Wan Azizah dan anak beliau ketika mereka berkempen.

Sikap angkuh MAHAFIRAUN dan UMNO tidak mahu memahami perasaan pengundi Melayu ditambah pula serangan habisan-habisan dari mula hingga ke saat akhir melalui media massa,iklan-iklan,video porno dan penampilan primadona UMNO , UmiHalfida , melalui TV3 turut menjejaskan kelakonan UMNO di seluruh negara.

Malah konspirator-konspirator yang terlibat dengan apa yang didakwa oleh Saudara Anwar Ibrahim turut menerima padahnya. Megat Joned hanyut di Parit, Rafidah Aziz dan Daim Zainuddin menang menang kecil di Kuala Kangsar dan Merbok ,hasil sokongan orang-orang Cina dan India dan Ibrahim Ali tenggelam di Pasir Mas bila calon PAS membenamnya dengan majoriti 3216 undi.

Pemecatan Saudara Anwar Ibrahim sememangnya mendapat simpati orang-orang Melayu tetapi tidak pernah diakui oleh MAHAFIRAUN dan UMNO,malah faktor Saudara Anwar Ibrahim ini dianggap ringan oleh MAHAFIRAUN, dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Semasa dalam UMNO, Saudara Anwar Ibrahim pernah dilihat sebagai pemimpin yang banyak melaksanakan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Apabila Saudara Anwar Ibrahim dipecat dan diiabkan,orang-orang Melayu memendam kemarahan terhadap MAHAFIRAUN dan UMNO dan menganggap perbuatan itu seolah-olah mencela Islam yang diperjuangkan oleh Saudara Anwar Ibrahim, sebab itu sokongan orang-orang Melayu beralih kepada PAS.

MAHAFIRAUN dan UMNO harus teliti teguran Najib Tun Razak yang berkata aliran pengundi Melayu yang memihak kepada calon parti pembangkang adalah satu amaran kepada UMNO. Katanya lagi bahawa UMNO mulai sekarang perlu memperbetulkan kesilapan dan mencermin diri sendiri sebelum menuding kepada orang lain mengenai kekalahannya.

Isu Anwar masih dan tetap akan menghantui MAHAFIRAUN dan UMNO. Ini terbukti bila undi orang-orang Melayu berpecah belah dalam pilihanraya ini. Mesej yang disampaikan oleh orang-orang Melayu adalah jelas. Sekarang terpulanglah kepada MAHAFIRAUN untuk memikirkannya.

ALI DITTA

Last changed: December 04, 1999