ReformIS

[ Contents | Post ]

Sanusi baru sedar diri?

From:
Date: 04 Dec 1999
Time: 10:16:18

Comments

Tan Sri Sanusi Junid hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak lagi akan menjadi Menteri Besar Kedah kerana merasakan beliau tanggungjawab terhadap prestasi buruk Barisan Nasional di Kedah pada pilihan raya umum lepas.

"Setelah melihat keputusan pilihan raya pada malam 29 Nov lepas, saya telah membuat keputusan untuk menolak sebarang tawaran menyambung lagi tugas sebagai Menteri Besar Kedah," katanya semasa membaca kenyataan tiga muka surat di kediaman peribadinya di Jalan Sultanah, di sini.

+....baru nak sedar? Bukankah sejak dulu lagi orang UMNO sudah tolak dia. Lagipun dia adalah sebahagian daripada pakatan konspirasi terhadao DSAI. Apakah ini badi yang terkena pada Sanusi?

Last changed: December 04, 1999