From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 04:15:55
Bermulanya Gerakan Reformasi Total
Assalamualaikum.wmt.wbt!
Pertamanya, tahniah kepada kesemua yang terlibat dalam menentukan pucuk pemerintahan yang nyata masih lagi dimenangi oleh Barisan Nasional untuk menentukan hala tuju negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang. Namun, sekalung tahniah dan penghargaan kepada Barisan Alternatif yang diketuai oleh PAS dan penduduk-penduduk Negeri Kelantan dan juga Terengganu, kerana telah berjaya membuktikan kegemilangannya sekali lagi di Negeri Kelantan dan berjaya mengibarkan sayapnya ke Negeri Terengganu yang mana nyata-nyata memeranjatkan ketua turus Barisan Nasional sehingga tidak dapat berdiri dengan betul ketika ditanya tentang kekalahan Barisan Nasional di Terengganu.
Biarpun Barisan Alternatif tidak dapat menidakkan majoriti Barisan Nasional pada pilihanraya ini, namun kita masih boleh berbangga kerana banyak keputusan yang memeranjatkan kita malah menyesakkan pernafasan Mahathir Mohamad di mana ramai panglima-panglima nya terkorban di dalam pilihanraya kali ini. Namun apa yang pasti hampir kesemua Ulama’-ulama’ UMNO kalah di dalam perjuangan mereka kali ini dan UMNO terpaksa menerima hakikatnya bahawa sebenarnya UMNO cuma boleh berbangga di dalam menyatupadukan orang Melayu yang mana nyata-nyata nya orang-orang tua dan bukan nya penegak syiar Islam di bumi ini.
Mungkin ada diantara kita yang sudah luntur semangat perjuangannya di dalam proses menegakkan kebenaran ini, itu kita tidak dapat elakkan namun ada beberapa perkara yang kita perlu pastikan dalam menangani kekalahan kita di dalam saluran politik ini:-
1. Adakah kemungkinan di mana Bangsa Cina dan India masih lagi ragu-ragu tentang perjuangan kita sehingga mereka cuma mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk pilihanraya yang lepas.
2. Mungkinkah jika 680,000 pengundi baru yang tidak dapat berjuang bersama kita tempoh hari diberikan kelepasan untuk mengundi, Barisan Nasional tidak akan dapat mengecap nikmat 2/3 mereka.
3. Mungkinkah Negeri Johor, Melaka, Negri Sembilan dan Pahang mempunyai terlalu ramai orang tua yang mana usia mereka disekitar 50an dan ke atas yang mana sudah pasti kita sedia maklum mereka semestinya terlalu totok dengan UMNO sehingga tidak dapat menerima Barisan Alternatif.
4. Adakah sentimen Melayu undi Melayu atau Cina undi Cina masih lagi kekal dalam cara pemilihan para pengundi.
5. Mungkinkah DAP masih lagi tidak dapat menambat hati para pengundi Melayu lebih-lebih lagi mereka-mereka yang berusia 50an keatas.
6. Mungkinkah jika Barisan Alternatif bertanding pada pilihanraya ini dengan berbekalkan satu lambang yang mewakili kesemua parti-parti di dalamnya akan berjaya meraih undi yang lebih memberansangkan.
7. Mungkinkah pengundi-pengundi wanita yang dilaporkan hampir 50% dari jumlah pengundi seluruh negara ini yang mana kebanyakan nya suri-rumah sepenuh masa jika telah diberikan kesempatan dan penerangan yang secukup-cukupnya oleh Barisan Alternatif mereka mampu untuk menidakkan majoriti 2/3 Barisan Nasional.
8. Ataupun sememangnya pilihanraya kali ini hanya untuk dinikmati oleh golongan-golongan warga tua sahaja yang mana rata-rata nya adalah pengikut UMNO totok dan juga sikap tidak berani dan masih belum cukup di “turnover” oleh Barisan Alternatif kepada kaum kaum bukan Melayu iaitu Cina dan India untuk menerima perubahan.
Namun, walau apa pun kesimpulan yang mampu kita buat, Barisan Alternatif kini sudah mempunyai suara-suara yang selama ini cuma dapat didengar di ceramah-ceramah mereka sahaja dan kini sudah berkumandang di Dewan Negeri dan juga Dewan Rakyat. Kini tugas anda ialah memastikan pejuang –pejuang muda reformasi akan terus bernafas untuk tempoh lima tahun akan datang serta mengukuh dan menambahkan lagi bilangan mereka agar pada pilihanraya akan datang hak mereka untuk mengundi tidak diketepikan begitu sahaja tanpa pembelaan yang kukuh, kerana bagi kami pilihanraya 1999 ini hanya untuk dinikmati oleh datuk nenek kami sahaja. Tunggu dan lihatlah nanti pilihanraya akan datang di mana bumi ini hanya akan dipijak oleh tapak kaki kaum belia yang berani lagi cekal dalam menuntut hak mereka yang lebih adil lagi telus dan bukan nya orang-orang tua yang semakin hari semakin uzur namun mereka ketika itu sudah menjadi penasihat serta motivator kepada kami pejuang muda untuk menumbangkan Barisan Nasional kebanggaan mereka suatu waktu dahulu. InsyaAllah. Akhirul kalam, pejuang muda Reformasi masih lagi bernafas dan akan terus bernafas selagi keadilan yang dituntut tidak diperolehi dan beri kami masa untuk menyiapkan diri dalam tempoh lima tahun ini dengan ilmu dan semangat perjuangan agar sampai masa dan ketikanya nanti Barisan Alternatif akan dibarisi oleh pejuang-pejuan muda lagi berilmu serta punya semangat tulen akan menentang pejuang pejuang Barisan Nasional yang cuma dibarisi oleh pejuang pejuang keris bogel yang sudah tua lagi nyayuk.
- Kepada pejuang muda mungkin buat masa sekarang kita sudah boleh melonggarkan sedikit tali yang selama ini begitu ketat di dalam proses perjuangan kita ini, dengan berbalik pada matlamat asal kita dengan menyiapkan diri dengan ilmu seadanya dan InsyaAllah kita kembali lagi lima tahun akan datang untuk merealisasikan impian kita kearah Malaysia yang lebih Adil.