From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 04:14:42
BN Menang Tetapi UMNO Kalah
Berlatar belakangkan pelbagai taktik kotor yang dimainkan oleh MAHAFIRAUN dan Barisan Nasional(BN) tidak hairan jika BN menang dengan mudah dalam pilihanraya 1999 ini. Walaupun MAHAFIRAUN mengatakan bahawa kemenangan BN sebanyak 148 kerusi itu adalah lebih baik daripada 131 kerusi yang dimenangi dalam tahun 1995, jangan kita lupa bahawa kemenangan BN kali telah dibelenggui dengan 3 kejutan drastik.
Pertama,pengaruh PAS meningkat. PAS dapat mempertahankan Kelantan dan menawan Terenganu dengan cemerlang sekali.
Kedua,semua menteri-menteri dan calon-calon daripada UMNO yang menang memperolehi majoriti yang sangat berkurangan,umpamanya Datu Seri Najib Tun Razak yang menang dengan majoriti 241 undi berbanding 10,793 undi majoriti yang diperolehinya dalam tahun 1995 dulu di kawasannya yang dianggap selamat..
Ketiga ialah kekalahan beberapa orang Menteri, dan Timbalan Menteri,Menteri Besar Terengganu dan tidak lupa juga hampir semua ulamak UMNO tewas.
Kekalahan ramai tokoh-tokoh ulamak UMNO ini adalah pertanda bahawa keyakinan masyarakat orang-orang Melayu kepada UMNO sebagai pembela agama Islam sudah merosot sama sekali.
Bagi kerusi Parlimen UMNO kalah 24 kerusi dan menang 70 kerusi saja. Kekalahan 24 kerusi ini adalah yang paling banyak dalam sejarah UMNO berbanding dengan komponen-komponen parti-parti lain dalam gabungan BN tersebut seperti MCA yang memenangi 29 kerusi dan MIC yang memenangi kesemua 7 kerusi. Namun demikian kemenangan calon-calon MCA dan MIC juga agak tipis.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula bilangan kerusi yang dimenangi oleh UMNO merosot daripada 350 kepada 279 buah saja. Peristewa yang amat memalukan UMNO dalam pilihanraya ini ialah kekalahan teruk UMNO di Terengganu yang hanya berjaya memperolehi 4 kerusi saja. Disamping itu tokoh-tokoh kanan UMNO termasuk Menteri Besar dan Menteri dan Timbalan Menteri tewas.
Di Kelantan, MAHAFIRAUN dan Tengku Razaleigh beria-ia bermimpi untuk menawan Kelantan dengan janji seribu satu macam,akhirnya BN kecundang teruk.
Pada 1969 undi UMNO merosot kerana orang Melayu telah menyalahkan UMNO dengan menuduh UMNO tidak menolong orang-orang Melayu memperbaiki nasib mereka, akibatnya orang-orang Melayu menjadi mundur dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial.
Pada 1999 ini undi UMNO merosot kerana orang-orang Melayu sedar betapa teruknya pemimpin-pemimpin UMNO yang kuat menipu,mengamalkan rasuah,kronisma, nepotisma dan kegagalan UMNO menangani gejala-gejala sosial yang mengugat kepercayaan dan agama Islam sendiri.
Ketika orang-orang Melayu berpecah belah,orang-orang Cina dan India bersatu menyokong BN. Kemenangan ramai calon-calon BN ini adalah hasil daripada undi padu orang-orang Cina dan India yang setia kepada BN.
UMNO tidak boleh megah dengan kemenangan besar BN ini. MAHAFIRAUN dan ahli-ahli UMNO tahu bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi kesan yang besar dan mempengaruhi trend pengundian di kebanyakan negeri di Semenanjung ini, terutamanya di negeri-negeri sebelah utara.
MAHAFIRAUN dan UMNO tidak akan mengaku hakikat ini. Namun MAHAFIRAUN dan UMNO tahu bahawa faktor SDR ANWAR IBRAHIM lah yang telah mempengaruhi prestasi UMNO dalam pemilu ini. Walaupun MAHAFIRAUN menang besar tetapi ada banyak persoalan yang perlu MAHAFIRAUN jawab kepada UMNO dan masyarakat Melayu umumnya.
ALI DITTA