ReformIS

[ Contents | Post ]

Mesti Bersyukur Apa Yang Ditentukan

From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 04:11:29

Comments

Mesti Bersyukur Apa Yang Ditentukan

Asssalammualaikum,

Saya selalu melihat dan membaca laman-laman seperti ini sejak ia mula ditubuhkan. Namun begitu belum pernah untuk saya menyuarakan walaupun sedikit pendapat.

Walaupun apa yang sedang kita perkatakan tentang ketidaktelusan akan SPR dan pilihanraya yang terbaru ini , hendaklah kita sedar bahawa apa yang kita dapati itu adalah sesuatu yang kita sendiri tidak tahu.

Selalunya sebagai naluri manusia kita akan selalu inginkan kemenangan, tetapi jika keinginan itu lebih kepada nafsu ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang ikhlas.

Apa saja yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Ke'Tauhid'an kita jangan dirosakkan dengan nafsu kita sendiri. Sebagai contoh Pas tidak boleh menawan Kedah. banyak yang kecewa tetapi apakah kita tahu berapa banyak hutang yang ditanggung oleh kerajaan Kedah.

Dari apa yang diketahui merupakan salah satu negeri yang paling banyak berhutang kepada kerajaan pusat. Negeri kedah ada apa? Hasilnya apa yang membolehkan ia membayar semula hutangnya yang berbillion itu.

Jadi jika kerajaan PAS menang, maka akan mendukunglah biawak hidup. Inilah kekuasaan Allah yang ditunjukan kepada kita agar boleh sedikit sabar. Itulah senjata orang-orang Islam yang sebenar di samping keTaqwaannya kepada Allah.

Usah gusar dan khuatir dengan apa yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita selalu mengkritik apa saja kejadian yang berlaku maka sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari kita. Memanglah kita diberi daya untuk berusaha tapi perlu juga ada titiknya ( yakni sedaya sebagai manusia sahaja) kerana penentuan dari Allah.

Biarlah Allah yang menentukan akan perjalanan dan kehidupan kita atau politik kita atau apa saja, bilamana kita boleh berdoa maka hanya Allah lah yang tentukan segala-galanya. Jangan bertindak mengikut nafsu sehingga seperti kita dilihat untuk merubah Qada dan Qadar yang telah ditentukan sejak Qodim lagi.

W'salammualaikum w.t.w

Pemerhati politik

Last changed: December 02, 1999