ReformIS

[ Contents | Post ]

Teruskan Usaha Kita!

From:
Date: 02 Dec 1999
Time: 04:00:31

Comments

Teruskan Usaha Kita!

Assalamualaikum para pembaca budiman,

Saya adalah seorang pembaca tetap laman laman reformasi di Internet.Biarpun saya tidak menyumbang berita namun berita yang disadurkan oleh laman laman tersebut saya gunakan sebagai bahan kempen bagi pilhanraya yang baru saja berlalu.Saya berpendapat majoriti pembaca juga begitu.

Setiap hari laman laman ini tidak sunyi dari berita yang dikirimkan oleh mereka yang mempunyai bukti,hingga sanggup scan surat-surat penting yang saya kira memperkukuhkan lagi dakwaan tentang ketidakadilan depan mata. Secara tak langsung, walaupun para penulis ini tidak pernah kita temui, namun saya rasa telah wujud satu ikatan ukhwah dan mesra antara webmaster, pengirim berita dan juga pembaca walaupun di alam cyber. Kita 'dihubungkan' melalui berita yang disampaikan. Tindakan kita memilih Barisan Alternatif mebuktikannya! Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya webmasters dan penulis penulis artikel.

Namun apa yang diharapkan oleh kita untuk menidakkan 2/3 BN tidak menjadi kenyataan walaupun pelbagai usaha telah digiatkan. Saya dapat rasakan perasaan kecewa dan tersentak menyelubungi ribuan reformis. Ada yang kelihatan frust dan putus semangat. Apalagi bagi mereka yang masuk bertanding dan berjuang secara terang terangan, pelbagai risiko menanti mereka sepanjang 5 tahun akan datang.

Antara bukti perasaan sedih para pejuang ialah tiada berita berita terbaru di laman2 reformasi sebaik saja keputusan piliihanraya diumumkan.Sedangkan jika diperhatikan di 'fastcounter', bilangan pembaca bertambah, ini menandakan pembaca masih perlukan artikel2 yang boleh menjadi pembakar semangat! Wahai webmasters dan penulis artikel, anda tidak keseorangan, terdapat berjuta pembaca yang masih dahagakan cerita kebenaran! Jangan jadikan keputusan pilihanraya yg jijik itu sebagai noktah perjuangan kita!

Jangan biarkan Mahafiaun dan kuncu-kuncunya terus terus memperlekehkan usaha kita! Pupuk semangat kita agar sentiasa bersemangat untuk perjuangan 5 tahun akan datang ! Ini kerana kita yakin kita boleh tegakkan kebenaran! Pohonlah doa ke hadrat Ilahi agar kita dikurniakan semangat pahlawan sepanjang masa..bkannya hanya bila tiba pilihanraya..Bagi mereka yang dinafikan hak mengundi, berusahalah dari sekarang untuk membalas kezaliman. Para mahasiswa muda...jangan biarkan diri anda dikatakan lesu. Berjuanglah sebagaimana abang dan kakak anda dikampus berjuang !

Kerana sebenarnya..PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI....

LAWAN TETAP LAWAN !

SRIKANDI MARHAIN

Last changed: December 02, 1999