ReformIS

[ Contents | Post ]

Ulasan Pilihanraya

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 03:35:57

Comments

Ulasan Pilihanraya

Assalamualaikum,

Selesailah sudah satu babak dalam arena politik semasa; biar apa pun MAHAFIRAUN nak kata mengenai keputusan pilihanraya ini tetapi rata-rata rakyat termasuklah mereka yang bertanding berpendapat pilihanraya kali yg ke-10 ini adalah yang paling mencabar dalam sejarah politik negara.

Hampir semua orang kecuali MAHAFIRAUN beranggapan demikian; contohnya saya petikkan di sini ulasan ringkas Shahidan Kassim mengenai pilihanraya kali ini:

"KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan pilihanraya umum ke-10 sebagai yang paling "hebat" dalam sejarah hidupnya. "Dalam sejarah saya bersama pilihanraya sejak tahun 1970an, inilah pilihanraya yang paling hebat", katanya dalam satu temuramah dengan RTM pagi tadi" [Harian Metro 30/11/99]

Sedangkan MAHAFIRAUN pula dalam ulasan ringkasnya malam tadi, sekitar pukul 3:30 pagi selepas BN dimumkan sudah memperolehi 2/3 kerusi parlimen berkata :

"Keputusan tidak rasmi menunjukkan kita sudah memperolehi hampir 143 kerusi parlimen; jumlah ini jauh melebihi jumlah kerusi yang kita perolehi pada tahun 1995 lalu".

Jumlah kerusi yg dimenangi oleh BN "secara sah" pada tahun 1995 adalah sekitar 120 -130 kerusi. Menurut MAHAFIRAUN, walaupun sebelum dibubarkan parlimen, jumlah kerusi parlimen BN melebihi 160 kerusi, tapi jumlah itu termasuk kerusi-kerusi parlimen yg diperolehi hasil kemasukan wakil2 S46 dan PBS ke dalam BN. Jadi, pada anggapan MAHAFIRAUN, untuk pilihanraya kali ini, BN telah memperolehi kejayaan di luar dugaan kerana berjaya mengatasi rekodnya pada tahun 1995!!

Bila saya lihat jumlah kerusi parlimen yg dimenangi PAS/ADIL di Terengganu (8-0), Kedah (8-7) dan Kelantan (14-1) , yg begitu di luar jangkaan, saya jadi hairan dengan sikap bongkak yg ditunjukkan oleh MAHAFIRAUN ini.

ISH, ISH GUANO MU MAHAFIRAUN - DAH KALAH TERUK PUN TAK MAU MENGAKU LAGI!!

Berbalik kepada keputusan p/raya umum ini; kita tak perlu ulas panjang, cukup kalau kita kata bahawa MAHAFIRAUN dan UMNO menang hanya kerana undi bukan Melayu. NOKTAH!!

Sepintas lalu, usaha MAHAFIRAUN berkunjung ke China di tengah-tengah kegawatan politik negara; diikuti dengan kunjungan balas Perdana Menteri China ke Malaysia dalam waktu yg sebegitu singkat selepas lawatan MAHAFIRAUN ke sana - kononnya sebagai lawatan balas - adalah satu tektik politik kotor murahan yang begitu mudah dibaca oleh semua orang. Resolusi 17 perkara yang kita rasa ada udang di sebalik batu semuanya menjurus ke arah satu perkara - untuk mendapat undi masyarakat Cina di Malaysia.

Hasilnya seperti yang kita lihat malam tadi; untuk kerusi-kerusi parlimen, MAHAFIRAUN berharap sepenuhnya kepada sokongan dari kawasan-kawasan dan parti-parti komponen bukan Melayu.

Jika trend ini berterusan, dan jika ditakdirkan Tuhan MAHAFIRAUN masih bernafas lagi untuk 5 tahun akan datang; maka jangan terkejut dan merasa hairan jika dua tiga hari menjelang pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 nanti, MAHAFIRAUN tanpa ragu-ragu akan berkata:

"MAKA DENGAN INI SAYA MENGISYTIHARKAN TIDAK ADA LAGI TARAF BUMIPUTERA DI MALAYSIA DAN AGAMA ISLAM TIDAK LAGI MENJADI AGAMA RASMI, SEMUA ORANG DAN SEMUA AGAMA KINI SAMA SAJA MENURUT KACAMATA PERLEMBAGAAN NEGARA!!"

Lalu, pada ketika itu, BN akan menang dengan lebih cemerlang, bukan setakat 2/3 malah hampir-hampir mencecah 3/3 kerana ketika itu semua orang - Cina, India, Serani, Sikh, Sakai, Negrito, Jakun, Semai, Iban, Kadazan musyrikin dan segala jenis suku bangsa bukan Islam di Sabah dan Serawak akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional!!

Di manakah kita, orang-orang Islam berbangsa Melayu pada ketika itu?

Itu tak perlu kita ulas; cuma kita perlu berdoa dan berharap dengan penuh harap dan hampa berdegap moga-moga dengan izin Allah SWT dua tiga bulan selepas pilihanraya ke-10 ini, pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kesedaran akan berusaha untuk menjatuhkan MAHAFIRAUN dari dalam!!

ULASAN RINGKAS TENGKU RAZALEIGH HAMZAH TADI MALAM (30/11/99) SUDAH MENUNJUKKAN BUNGA-BUNGA KE ARAH ITU.

Nasib MAHAFIRAUN dalam arena politik negara untuk beberapa bulan mendatang amat menarik untuk diberi perhatian...

Wassalam, Pakdin

Last changed: December 01, 1999