ReformIS

[ Contents | Post ]

JAWATAN MB TANGGUNGJAWAB BESAR BAGI SAYA, KATA HADI

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 02:43:12

Comments

JAWATAN MB TANGGUNGJAWAB BESAR BAGI SAYA, KATA HADI

Menteri Besar Terengganu yang baru dilantik, Haji Abdul Hadi Awang berkata jawatannya sebagai ketua kerajaan negeri merupakan satu tanggungjawab besar dan berat bagi beliau.

"Saya tak minta jawatan ini, malah saya ada cadangkan orang lain," katanya semasa ditanya mengenai perasaannya ekoran pelantikannya itu.

Abdul Hadi ditemui selepas raptai acara angkat sumpah jawatan di Istana Maziah di sini hari ini. Majlis angkat sumpah menteri besar dan 10 anggota Exco kerajaan negeri akan diadakan di istana berkenaan pagi esok.

PAS membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum Isnin lepas.

Abdul Hadi menerima watikah pelantikannya sebagai menteri besar daripada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Beliau berkata beliau telah mencadangkan agar orang lain diberikan jawatan itu memandangkan dalam PAS ramai yang layak menjadi menteri besar "tetapi pucuk pimpinan parti memberi amanah itu kepada saya."

"Saya mesti melaksanakanya dengan pertolongan Allah dan rakan-rakan yang menjadi pembantu dalam tempoh lima tahun ini," katanya.

Last changed: December 01, 1999