ReformIS

[ Contents | Post ]

Peneroka Felda tolak BN.

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 02:30:23

Comments

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Tan Sri Khalil Yaakob berkata, kekalahan BN di kawasan Felda di Pahang yang selama ini tidak pernah tewas akan dikaji.

Beliau berkata, bagaimanapun ia tidak ada kena-mengena dengan sentimen tidak bersyukur oleh golongan peneroka tetapi sentimen politik Kelantan telah dibawa ke situ.

"Saya nampak bahawa sentimen Kelantan itu kuat, bukan sahaja di Pekan, Jengka dan juga Kuantan kerana jelas tempat-tempat itu diduduki oleh orang Kelantan. Yang ini saya positif," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah semalam.

Last changed: December 01, 1999