ReformIS

[ Contents | Post ]

Najib akui orang melayu tak sokong UMNO.

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 01:29:04

Comments

Naib Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, trend pengundi Melayu yang memihak kepada calon parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-10 semalam merupakan satu amaran kepada Umno.

Beliau berkata, mulai dari sekarang Umno perlu memperbetulkan kesilapan dan mencermin diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain tentang kekalahan Umno selain bekerja lebih keras dalam menentukan kejayaan parti itu dan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Maka jelaslah bahawa UMNO bukan lagi wadah perjuangan untuk orang-orang melayu. Kita sarankan UMNO dibuka seluas-luas untuk semua kaum selain orang melayu.

Last changed: December 01, 1999