ReformIS

[ Contents | Post ]

hang on there buddy!!

From:
Date: 01 Dec 1999
Time: 00:55:44

Comments

hang on there buddy!!

For the past 1 year, almost everyday....every morning.. . Aku mesti baca berita dari h/page reformasi. Dari beratus-ratus site reformasi.., ada yang silih berganti dan bertukar webmaster. Aku mengikuti perkembangan pejuang keadilan di Malaysia.

Tapi hari ni... aku sedih.. aku rasa keseorangan, semua site yang aku lawati tidak di<b>up date</b>.

Kenapa??

Setelah 1 tahun kamu semua (pengendali web-web reformasi), mengumpulkan kami rakyat yang di zalimi, memperkenalkan kami kepada pemimpin-pemimpin yang bakal mengantikan firaun dan menteri-menterinya di Malaysia. Tak kan sekarang kamu nak biarkan rakyat-rakyat seperti kami terkapai-kapai??

Aku masih ingat kata-kata Tn Guru Nik Aziz ketika PAS menang di Kelantan tahun 1990. yang lebih kurang... "Mempertahankan kemenangan adalah lebih berat dari berkerja untuk kemenangan".

Sekarang kita dah ada Kelantan dan Terengganu...malah wakil-wakil kita di DUN Kedah, Perak, Pahang, Melaka.

Kita perlu menonjolkan Kelantan dan Terengganu sebagai negeri contoh...., dan kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa wakil kita sebagai pembangkang di DUN adalah lebih baik dalam memperjuangan nasib rakyat.

Bagi aku PEMIMPIN ALTERNATIF LEBIH MEMERLUKAN KITA SEKARANG daripada sebelum pilihanraya.

Tambahan lagi sekarang kita sodah mempunyai contoh-contoh untuk ditunjukkan kepada rakyat betapa pentingnya kerajaan yang memerintah tidak mempunyai 2/3 majoriti.

Dengan itu.. saya amat...berharap...agar.... web-web reformasi kembali seperti dahulu..

we miss you all!!!

Last changed: December 01, 1999