From:
Date: 30 Nov 1999
Time: 21:40:22
Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Syed Husin Ali, berkata hasil pilihan raya ini mungkin mewujudkan satu polarisasi baru dalam negara.
"Hakikatnya ialah Barisan Nasional, terutamanya Umno, nyata kehilangan sokongan majoriti Melayu dan nampaknya memperolehi sokongan baru dari kalangan bukan Melayu," katanya.
Syed Husin juga berkata Barisan Alternatif menerima sokongan rakyat berdasarkan kepada undi yang diperolehi serta pengurangan undi majoriti dalam pilihan raya itu.