ReformIS

[ Contents | Post ]

PAS diiktiraf sebagai pemerintah

From:
Date: 30 Nov 1999
Time: 20:00:45

Comments

Calon PAS yang baru dilantik bagi kawasan Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata keupayaan parti itu mengekalkan pemerintahan di Kelantan telah meningkatkan statusnya sebagai parti kebangsaan.

"Rakyat telah membuat pilihan untuk menerima PAS sebagai kerajaan dan bukan hanya sebagai sebuah parti pembangkang," katanya.

PAS dipilih berkuasa di Kelantan bagi kali ketiga berturut-turut sejak 1990, memenangi 41 daripada 43 kerusi negeri. Ia juga menguasai 10 daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

Dua lagi kerusi negeri dimenangi calon Barisan Nasional (BN) manakala tiga daripada kerusi Parlimen menjadi milik Parti Keadilan Nasional.

Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan satu-satunya calon BN yang menang di Kelantan apabila menewaskan calon PAS.

Kamaruddin berkata beliau akan berusaha menjadi anggota Parlimen yang baik dalam memberi khidmat di kawasan pilihan raya dan memain peranan membina di Parlimen.

Last changed: November 30, 1999