ReformIS

[ Contents | Post ]

BN parah juga

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 23:25:28

Comments

Cuba lihat betapa kuatnya cabaran BA kali ini:

+ Terengganu ditawan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

+ BN memperolehi 148 daripada 193 kerusi Parlimen, 20 kerusi melebihi dua pertiga.

** kita cuma perlu menang 20 kerusi sahaja dalam pilihanraya ke 11 nanti.

+ Pas memenangi 27 kerusi Parlimen, lebih tiga kali ganda daripada lapan yang dimenangi dalam pilihan raya sebelum ini, kesemua kemenangan itu adalah atas kekalahan calon Umno.

+ Pas juga mengekalkan kerajaan negeri Kelantan bagi penggal ketiga dengan margin yang lebih besar. Pas memenangi 13 daripada 14 kerusi Parlimen, satu-satunya calon kerusi Parlimen BN, yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri yang menang ialah Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang.

+ Ia mencatat rekod memperolehi 41 daripada 43 kerusi DUN, mengetepikan ramalan bahawa BN akan menawan negeri Kelantan kali ini.

+ Agak mengkagumkan ialah kemenangan Pas di Terengganu, yang mempunyai royalti tahunan petroleum sekurang-kurangnya RM400 juta daripada Petronas untuk dibelanjakan oleh kerajaan negeri Pas yang baru. Pas memenangi 28 daripada 32 kerusi DUN dan kesemua lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang telah memerintah negeri itu lebih 25 tahun, yang tewas kali ini berkata beliau terperanjat dengan kekalahan itu.

+ Menteri BN yang kalah ialan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Megat Junid Megat Ayob, Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdul Hamid Othman.

+ Beberapa timbalan menteri juga gagal mempertahankan kerusi mereka. Mereka terdiri daripada tiga timbalan menteri dari Terengganu, Datuk Abu Bakar Daud, Datuk Tengku Mahmud Mansor dan Datuk Idris Jusoh, dan Datuk Ibrahim Ali dari Kelantan.

+ Sementara itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, isteri bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi pemegang obor untuk suaminya.

Dr Wan Azizah presiden Keadilan dan memenangai kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang sebelum ini dimenangi Anwar dalam empat pilihan raya sebelum ini.

Last changed: November 29, 1999