ReformIS

[ Contents | Post ]

Siapa kata kita kalah?....perjuangan baru bermula.

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 22:22:14

Comments

Dalam kita meratapi keputusan-keputusan pilihanraya yang mendukacitakan namun kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh BA perlulah diambilkira dan diraikan bersama.

+ kejayaan Pas di Kelantan memalukan Ku Li.

+ kejayaan Pas di Terengganu patut dicontohi semua rakyat yang cintakan keadilan dan menentang kezaliman.

+ Haman (Hamid Othman) dipancung.

+ Wan Mokhtar (jawatan MB) dan Yusuf Nor dipancung.

+ kemenangan Dato Fadzil Nor di parlimen. Beliau layak jadi Ketua Pembangkang yang baru.

+ kemenangan DS Wan Azizah di Permatang Pauh memberi mesej jelas dan pembelaan buat DSAI.

+ kemenangan Sdr Azmin di Hulu Kelang menebus maruahnya sekeluarga dan menongkah dakwaan Ummi Hafilda.

+ kemenangan banyak DUN di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang membuktikan penentangan yang kuat buat BN.

+ kemenangan para ulamak seperti Datuk Ismail Kamus menyuntik semangat baru.

+ kemenangan cendikiawan melayu/Islam seperti Datok Hasaan Ali akan menghangatkan suasana dewan.

+ kekalahan beberapa Menteri seperti Hamid Othman, Dato Mustapha Mohamed, Dato Annuar Musa dan Megat Junid Megat Ayub memalukan BN.

+ kejayaan KeADILan mendapat beberapa kerusi parlimen dan DUN walaupun berusia hanya 7 bulan.

+ kejayaan orang-orang kuat KeADILan/BA mengurangkan majoriti berbelas-belas ribu menjadi seribu sahaja seperti di Lembah Pantai, Titiwangsa, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

+ kejayaan mengurangkan majoriti menteri-menteri MCA, MIC dan Gerakan.

Ini semua menunjukkan bahawa BA telah berjaya memberikan cabaran yang getir buat BN. Momentum ini MESTI diteruskan. Ia memberikan cahaya bagi meneruskan perjuangan reformasi yang suci ini. MM tidak dapat bertahan lama.

BA perlu buat persiapan untuk pilihanraya ke 11 mulai sekarang.

+ BA mesti wujudkan satu logo.

+ parti-parti komponen BA mesti kukuhkan parti masing-masing terutama KeADILan, DAP dan PRM.

+ dekati pengundi-pengundi baru (680,000 orang) supaya menyokong parti-parti BA.

+ gunakan pengalaman pilihanraya ke 10 ini untuk pilihanraya akan datang. 4 atau 5 tahun bukan satu tempoh yang lama.

Ingatlah Sdr/Sdri....perjuangan baru bermula. Kita mesti bekerja dengan ikhlas dan kuat. Lupakan keputusan-keputusan ini dan lihatlah ke hadapan. Rakyat memerlukan BA untuk menghadapi kezaliman MM dan BN.

Last changed: November 29, 1999