ReformIS

[ Contents | Post ]

Tahniah, .....reformis Terengganu

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 20:02:08

Comments

BA menang bergaya di Terengganu apabila memenangi 28 kerusi DUN daripada 32 kerusi yang dipertandingkan manakala menyapu bersih kesemua 8 kawasan parlimen di Terengganu.

Pas berjaya membentuk kerajaan di Terengganu setelah memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, sekaligus mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa selama 38 tahun, pada pilihan raya umum ke-10 ini.

Pas juga memenangi tujuh daripada lapan kerusi parlimen sementara satu lagi kerusi parlimen iaitu di Kemaman dimenangi pengerusi Keadilan negeri Abdul Rahman Yusof.

Last changed: November 29, 1999