ReformIS

[ Contents | Post ]

Catatan Bersama DATO' Ibrahim

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 07:26:43

Comments

Catatan Bersama DATO' Ibrahim

Hari Ahad 28 November 1999 merupakan hari terakhirsebelum hari pembuangan undi. Sepertimana biasa, saya menghabis masa hujung minggu bersama keluarga. Hari ini, walaubagaimanapun merupakan suatu hari minggu yang luar biasa kerana "mood" pilihanraya dapat dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dua malam lalu berturut-berturut, saya berpeluang meronda kawasan Kuala Lumpur untuk membuat penilaian suasana pilihanraya. Ternyata dari dua kawasan yang saya tinjau, di Kg Baru dan Lembah Pantai, bahang pilihanraya amat terasa.

Hari minggu ini amat isntimewa buat saya dan beberapa orang rakan yanglain. Saya berpeluang mengiringi Dato' Ibrahim, ayahanda kepada SDR ANWAR IBRAHIM untuk membuat tinjuan di beberapa buah bilik gerakan BA di sekitar Shah Alam,Subang, USJ, PJ, Kg. Baru, Pantai Dalam dan Dato' Keramat. Kami memulakan rondaan kami dari PJ mulai lepas waktu zohor.

Pada mulanya rencana kami hanyalah melawat bilik-bilik gerakan BA di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Subang sahaja. Tujuan kami adalah sebagai memenuhi hasrat Dato' Ibrahim untuk bertemu mesra dengan petugas-petugas dan penyokong-penyokong BA di sekitar kawasan berkenaan, khususnya untuk menyampaikan pesanan terima kasih SDR ANWAR IBRAHIM kepada petugas-petugas bekenaan. Harapan kami juga, kehadiran Dato' Ibrahim itu juga adalah hendaknya meninggikan moral dan semangat petugas-petugas BA yang berkerja keras dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Tinjaun itu juga adalah dengan hasrat untuk melihat sejauh mana peluang untuk calun-calun BA yang bertanding di kawasan-kawasan berkenaan.

Kami mulakan lawatan ke Subang Jaya. Calun DUN kawasan ini ialah wakil DAP. Biarpun lawatan kami itu secara mengejut, kami terkejut dengan sambutan yang diberikan. Pertamanya, kami melihat sendiri bagaimana petugas-petugas BA membuat persiapan di bilik gerakan masing-masing. Kami kagum dengan kerjasama petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan di bilik gerakan berkenaan. Mereka masing-masing memperlihatkan semangat yang tinggi dan optimistik mengenai kemenangan calun BA. Kami sempat melawat 2 bilik gerakan di Subang Jaya.

Kemudian kami menuju ke Shah Alam. Kawasan ini telah menjadi kubu yang semangkin kukuh bagi BA. Bilik gerakan BA di Shah Alam ternyata begitu teratur dan kami dapat melihat bagaimana ramainya petugas-petugas sukarela BA. Masing-masing datang menghulur tangan mengalukan kedatangan Dato' Ibrahim. Ada yang bertanya khabar mengenai kesihatan SDR ANWAR IBRAHIM. Mereka benar-benar yakin terhadap kemenangan calun-calun BA di Shah Alam, terutamanya Ezam.

Sambil kami melalui kawasan berkenaan, kami berkesempatan melihat bilik-bilik gerakan BN. Dengan mata kepala kami sendiri, kami melihat bagaimana murung dan muramnya suasana bilik-bilik gerakan BN di kedua-dua kawasan ini. Ada bilik gerakan BN yang ditinggalkan kosong sahaja. Bayang mereka entah ke mana.

Kami sempat meninjau 3 bilik gerakan di Shah Alam. Setiap petugas yang kami temui memperlihatkan semangat yang begitu tinggi. Sukarelawan yang datang tak putus-putus. Masing-masing datang kerana ingin menghulurkan tenagan dan bantuan sedaya mungkin. Semangat mereka begitu tinggi dan menyakinkan. Paling membanggakan, kita lihat bagaiamana petugas-petugas yang terdiri dari kaum wanita bersama-sama membantu di dalam tugas-tugas yang berkaitan di bilik gerakan. Mereka optimis BA akan menang. Mereka yakin BN akan jahanam.

Kami teruskan perjalanan menghala ke TTDI melalui Batu 3. Ini kawasan parlimen Subang. Irene Fernandez merupakan calun BA di sini yang akan bertentangan dengan Dato' Ninjar. Melalui jalan ke TTDI, kami melintasi persimpangan sebuah kawasan perumahan orang-orang India. Kami tidak yakin pada mulanya bila melihat beberapa orang pemuda India di simpang jalan itu yang sedang mengusung bendera hijau. Untuk kepastian, kami singgah di simpang itu dan melihat sendiri, pertama kalinya dalam sejarah hidup setiap seorang dari kami, bagaimana orang-orang india berugama hindu menggibarkan bendera PAS.

Kami perkenalkan diri kepada pemuda-pemuda ini. Sebaik sahaja mereka tahu Dato' Ibrahim bersama-sama kami, kami dikerumi mereka dengan kata-kata yang begitu konfiden sekali. Dato' Nindhar mereka mahu jadikan Turtle Ninja di parlimen Subang. Tidak sedikitpun dari raut wajah mereka yang gentarkan PAS. Tiada seorangpun diantara mereka menggap perjuangan pilihanraya kali ini perjuangan PAS, Keadilan, DAP atau PSRM. Bagi mereka, perjuangan di dalam pilihanraya kali ini bukan perjuangan pemimpin. Bagi mereka, perjuangan pilihanraya kali ini adalah perjuangan rakyat.

Kami kagum. Kagum kerana segala hasutan dajal BN bahawa PAS akan mengenepikan pengundi-pengundi bukan islam dan Malaysia akan menjadi hura hara dengan rusuhan kaum jika BA memerintah, ternyata merupakan tuduhan tidak bertanggung jawab dan dayus. Bukankah terbukti bahawa BA telah berjaya mengharmonikan berbagai kaum di negara kita ini?

Kami singgah di bilikan gerakan PAS di TTDI selepas solat asar. Sebelum kami solat, kami lihat 20 - 30 kenderaan yang membawa bendera-bendera BA ke kawasan itu.

Sepertimana tempat-tempat lain sebelum itu, petugas-petugas di sini juga bersemangat tinggi. Kami berkesempatan melihat video 'SIAPA ANWAR?" yang berada di bilik gerakan itu. Pita video berkenaan telah diedarkan di Makro Shah Alam kepada pemandu-pemandu teksi. Pemandu-pemandu teksi ini telah menyerahkan pita video ini ke markas PAS.

Kami sempat melihat temubual Sukma yang dirakamkan. Memang jelas, bahawa rakaman berkenaan adalah kerja-kerja pihak polis kerana ianya mengandungi pengakuan Sukma diliwat oleh SDR ANWAR IBRAHIM. Inilah kerja dakyah BN di bawah pimpinan PM p**im*k MAHAFIRAUN MOHAMED. Persoalan kami, siapa yang merakamkan pita ini? Jawab kami, polis. Soal kami, siapa yang menyimpan rakaman ini? Jawab kami, tentunya polis. Tanya kami lagi, siapa punya kerja yang mengedarkan pita ini. Jawab kami, polis berserta iblis.

Kerja-kerja menyiapkan kain pembentang dan poster masih berjalan di TTDI. Seperti yang dikatakan, sukarelawan ini tidak mengambil upah sepertimana petugas-petugas BN. Segala persiapan yang dibuat adalah hasil usaha mereka sendiri, termasuk mengeluarkan perbelanjaan mereka sendiri serta derma yang diperolehi. Memanglah, penyokong BA bukan golongan manusia yang semata-mata mengejar duniawi. Jelaslah, penyokong BA tidak terdiri dari kroni. Sahlah, BA tidak mendapat bantuan dari luar negeri.

Kami juga sempat meninjau bilik gerakan BN di sini. Amat sedih sekali. Bilik gerakan itu kosong sekosongnya. Petugasnya entah ke mana. Kami yakin, ini bukan permainan saikologi BN untuk memberikan keyakinan yang berlebihan kepada BA.

Dari TTDI kami bergegas ke Pantai Dalam. Pertarungan kerusi parlimen antara Sharizat dan Zainur. Hasrat kami mahu mengakhiri tinjuan kami di sini. Kami ke bilik gerakan PAS/KeADILAN di hujung Pantai Dalam. Setiba kami, ada yang memang sedia mengenali Dato' Ibrahim. Ketibaan kami disambut dengan takbir 3 kali. Jeritan Allahuakbar meniupkan semangat kami.

Kami kagum di sini melihatkan bagaimana sebuah warong bertukar wajah menjadi bilik gerakan. Ada kelengkapan komputer yang mempunyai akses internet. Senarai pengundi tersedia di sini. Memang kesemuanya bersemangat tinggi. Mereka berkerja keras hingga ke pagi. Mana tidaknya, penyagak BN telah menggantung poster gambar SDR ANWAR IBRAHIM dengan tulisan "BAPAK LANUN" "RM 3,000,000,000". Kami lihat bagaimana Dato' Ibrahim dalam suara yang sebak ketika memberikan sepatah dua tersinggung dengan poster jahanam itu. Mujurlah. Kegigihan petugas yang meronda pada malamnya telah berjaya menurunkan poster biadap dan kurang ajar BN itu.

Kami juga ditunjukkan dengan akhbar HARAKAH palsu di Pantai Dalam. Melihat kandungan "HARAKAH" itu, sahlah bahawa PM telah menunaikan janjinya, bahawa pilihanraya ke 10 kali ini akan merupakan satu pilihanraya yang paling kotor. Memang sahlah, BN mengamalkan gangsterisma. Tidak hairan jika peras ugut dan fitnah memfitnah menjadi budaya hidup mereka.

Kami meneruskan ke flat Sri Angkasa dan Kondo Rakyat diBukit Pantai. Setiap kali rombongan tiba di bilik-bilik gerakan di sini, takbir bergema. Kami lintasi bilikan gerakan BN yang berhampiran. Jelas sangatlah mereka di dalam keletihan. Yang kelihatan cuma 3- 4 orang yang duduk berbual smabil menghisap rokok. Berbeza dengan yang kami lihat di bilik gerakan BA, sapaan mereka mesra kepada semua orang.

Kami solat maghbrib di kondo rakyat berimamkan Dato' Ibrahim. Kami singgah sebentar di sana bertanya khabar dan berterima kasih terhadap sokongan. Kami masing-masing keletihan. Khususnya Dato' Ibrahim yang berusia 70'an. Setakat itu telah 8 bilik gerakan yang dilawati dalam tempoh 5 jam. Hasrat kami mulanya hendak mengakhiri tinjauan kami setakat ini. Namun semangat penyokong-penyokong dan petugas-petugas BA yang kami temui telah mendorong Dato' Ibrahim untuk meneruskan acara tinjauan kami. Kali ini, destinasi kami ke Kg Baru dan Dato' Keramat. Kami makan nasi lemak antarabangasa di Kg. Baru.

Di mana-manapun tinjauan kami, ternyata semangat juang yang tinggi petugas dan penyokong BA. Mereka semua yakin dengan kemenagan BA di kawasan-kawasan ini InsayaAllah. Kami juga yakin kerana bila melalui pondok BN di Kg. Baru, adalah 3 - 4 kerat orang-orang kerahan BN di situ. Sebuah TV kelihatan di dalam bilik gerakan BN yang terletaknya diselangi sebuah pintu dari bilik gerakan PAS. Kebetulan ketika kami melalui bilik gerakan itu, kelihatan yang 3-4 orang petugas ini sedang memerhati ke arah jalan raya sambil membelakangkan peti TV di bilik gerakan berkenaan. Ketika itu, kebetulan stesyen TV sedang menanyangkan semula temuduga si BETINA UMI SUNDAL. Nampak sangatlah bahawa orang BN sendiripun tak kuasa nak mendengar apa yang di fitnahkan oleh si betina itu.

Kami akhiri lawatan kami di Kg. Dato' Keramat (AU3). Ternyata kehadiran Dato' Ibrahim di bilik-bilik gerakan itu menyampaikan salam SDR ANWAR IBRAHIM meniupkan semangat juang kpeada penyokong dan petugas berkenaan. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik Malaysia di mana rakyat semua bangun menentang kezaliman. Semangat inilah yang telah menyatukan rakyat negara kita kita. Semangat yang lahir tanpa tiupan material ataupun wang ringgit.

Kepada mereka kami ucapkan berbanyak terima kasih kerana sambutan yang diberikan. Kepada semua, buktikanlah semangat itu dengan undi yang akan tuan-tuan berikan. Kita buktikan kepada MAHAFIRAUN dan BN bahawa rakyat negara ini boleh hidup aman dan maju di bawah BA. UNDILAH BA.

Awang ISA

Last changed: November 29, 1999