ReformIS

[ Contents | Post ]

UMNO Kelantan Ketandusan Tokoh Berwibawa????

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 07:22:00

Comments

UMNO Kelantan Ketandusan Tokoh Berwibawa????

Sebagai lanjutan artikel yang disiarkan didalam akhbar Harakah 26 November 1999 bertajuk "UMNO Tandus Tokoh Berwibawa - Tukang Kebun antara calon BN Kelantan." suka saya menyatakan terdapat beberapa orang lagi calun yang diketengahkan oleh BN Kelantan dalam pilihan raya kali ini tidak berwibawa. Secara tidak lansung ianya mengambarkan berlakunya pemilihan dari suku sakat/puak tertentu.

Calun-calun yang tidak berwibawa terpilih mengatasi calun-calun lain yang lebih baik yang dikemukakan oleh Bahagian Umno. Pemasalahan ini wujud dengan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Beliau telah mengenepikan calun yang lebih berwibawa semata-mata untuk mencalunkan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 yang telah beliau kuburkan. Disebabkan inilah, keputusan memilih calun sukar dibuat kerana terdapat bantahan dari Anuar Musa dan Mustafa Mohamed.

Diberitakan, telah berlaku pergaduhan antara Tengku Razaleigh dengan Anuar Musa semasa mesyuarat pemilihan tersebut. Ini sudah tentu akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya kali ini. Dibawah ini saya perturunkan beberapa calun yang yang saya kira tidak relevan untuk dipilih oleh pengundi nanti. DUN N31 - GAAL Abdul Rahman Yaakob adalah seorang penyokong kuat Tengku Razaleigh semasa dalam parti Semangat 46 dahulu.

Berjaya mengatasi calun-calun yang diketengahkan oleh kelompok UMNO Baru yang lebih tinggi tahap pengajiannya dan lebih berwibawa. Beliau adalah bekas tukang kebun disebuah klinik di daerah ini. Pemilihan ini disebabkan oleh sikap berpuak-puak yang diamalkan oleh Tengku Razaleigh. Bukannya disebabkan tiada tokoh UMNO berwibawa di DUN Gaal. Ku Li kalau boleh ingin memilih lebih ramai ahli-ahli S46 bertanding kali ini dengan membelakangkan calun-calun UMNO Baru. Cuba bandingkan dengan tokoh yang dikemukakan oleh Barisan Alternatif (PAS), Dr Nik Mazian Nik Mohamad seorang Pakar Bedah Perunding di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. DUN N30 - SEMERAK Jelani Jaafar adalah bekas wakil rakyat Barisan Nasional kawasan tersebut sebelum tahun 1990.

Tidak aktif lagi sebagai ahli politik. Boleh dikatakan telah bersara. Dipilih semula mengatasi tokoh-tokoh UMNO baru lain yang lebih muda di kawasan tersebut saperti Ismail Awang dan Cik Gu Agil. Beliau mendapat banyak faedah dengan perlaksanaan Projek Kemasin Semerak serta banyak membolot tanah kerajaan. Dengan pemilihan beliau, bermakna Tengku Razaleigh tidak menaruh kepercayaan kepada tokoh-tokoh muda UMNO di kawasan Semerak.

Beliau lebih senang dengan tokoh yang berkarat, bersara. Inilah cara politik Ku Li semata-mata ingin menjamin kedudukan beliau sebagai Pengerusi UMNO Kelantan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan cara beliau. Adakah beliau mahu mengangkat martabat UMNO atau menjahanamkan UMNO Kelantan???? Ahli UMNO pasti mampu menilainya. DUN N29 LIMBONGAN Calun BN bagi DUN Limbongan Samat Mamat telah dikenakan tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan pinjaman Bank sebanyak RM180,000.00 pada hari ini 27/11/1999.

Walau bagaimanapun diberitakan, beliau berjaya menjelaskan tuntutan bank tersebut yang tidak mampu dijelaskan sebelum ini. Entah siapa yang tolong membayarnya, tidak pula kami ketahui. Mungkin Tengku Razaleigh yang menolong kerana beliau adalah calun dari parti S46 sebelum ini. Beginilah calun yang dipilih oleh Ku Li untuk mewakili rakyat Kelantan. Ahli yang bersara, ahli yang diambangk kebangkrapan telah dipilih sebagai calun. Adakah orang-orang begini mampu memberi khidmat untuk rakyat? Berjuang untuk rakyat?.

Apa yang pasti jika beliau menang kali ini, tumpuan utama beliau adalah untuk menjelaskan hutang kepada orang yang menolong beliau.. Kemenangan beliau sebagai wakil rakyat akan digunakan untuk mencari duit. Pasti duit peruntukan untuk pembangunan akan disalahguna atau kos untuk pembangunan kepada rakyat secara tidak lansung akan diagihkan secara tidak jujur demi menjelaskan hutang tersebut. DUN N23 KADOK Calun DUN kawasan ini, Ariffin Said ialah seorang pemandu Motor Roller di Jabatan Kerja Raya yang telah bersara. Bukanlah niat saya untuk menghina beliau. Tapi yang menjadi tanda tanya, apakah kriteria pemilihan yang digunakan oleh Ku Li dalam pemilihan calun kali ini. Agak sukar untuk kita fahami. Adalah mustahil kalau alasan tidak ada tokoh UMNO yang berpendidikan tinggi di kawasan Kadok yang boleh diketengahkan.

Satu lagi strategi Ku Li untuk menjahanamkan UMNO Kelantan. PARLIMEN P31 KUALA KRAI Pemilihan semula Dr Nik Hussin yang telah lama tidak aktif dalam politik adalah sesuatu yang tidak dijangka sama sekali. Sesiapa yang mengenali beliau, seorang bekas Timbalan Menteri Kerja Raya pasti tidak akan mengundi beliau walaupun pengundi tersebut seorang ahli UMNO. Satu lagi pengkhianatan kepada tokoh-tokoh muda UMNO yang lebih berwibawa dan bermaruah dari Dr Nik Hussin di Parlimen Kuala Krai.

Jelaslah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru dilantik ini tidak menjeling walau sebelah mata kepada pemimpin muda UMNO kini. Dari cara pemilihan yang dipraktikkan oleh Ku Li tidak dapat tidak, kegiatan mencantas calun UMNO oleh ahli UMNO akan berlaku secara berleluasa. Apakah UMNO dapat menawan Kelantan dengan keadaan begini???? Ku Li yang nampaknya syuk sendiri. Mimpi disiang hari. Merasakan dia masih menjadi sanjungan rakyat Kelantan saperti dulu.

Sebaliknya, rakyat Kelantan kini tidak lagi menyanjungi seorang yang suka melompat parti. Tidak berpegang kepada sumpah sendiri. Apa yang dibimbangkan, Ku Li pun jadi Ibrahim Azmi di Terengganu yang dimakan sumpah sendiri. Menghidapi penyakit pelik sebaik sahaja pulang dari Perhimpunan Agong UMNO baru lalu. Sampai disini dulu kali ini

Last changed: November 29, 1999