ReformIS

[ Contents | Post ]

KU LI Kena "BOO" Di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu

From:
Date: 29 Nov 1999
Time: 07:20:56

Comments

KU LI Kena "BOO" Di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu

Pada hari ini 28/11/1999 Ku Li telah melawat ke Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu dengan tujuan mahu memujuk/memancing undi. Kalau sebelum ini Ku Li menjadi idola rakyat Kelantan tapi hari ini satu upacara sambutan hangat yang sama sekali tidak pernah dijangka oleh beliau telah diberikan oleh peniaga di pasar tersebut.

Tidak saperti sebelumnya setiap kali lawatan Ku Li ke sesuatu majlis akan disambut dengan pulut semangat (kuning) tapi hari ini Ku Li telah di "BOO" sebagai menyambut kehadiran beliau. Begitulah nasib yang terpaksa diterima oleh seorang yang dulunya disanjung tapi kini telah dihina dan dipandang rendah oleh rakyat Kelantan sendiri.

Semuanya kerana kesalahan beliau sendiri. Seorang yang cakap tak serupa bikin , melompat dari satu parti ke satu parti, berjanji tapi melupakan janjinya akan tersisih. Rakyat Kelantan tidak dapat menerima pemimpin sebegi

Last changed: November 29, 1999