From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:16:36
BA Menang Pusingan Kedua
Daripada kajian yang dibuat dari tarikh penamaan calon hingga hari terakhir ini, bolehlah dikatakan BA telah memenangi pusingan kali kedua ini. Insa'Allah BA akan memenangi pusingan terakhir pada hari esok.
Dari tinjauan yang dibuat di merata bilik gerakan di Lembah Kelang sama ada dari pihak BN atau BA, kebanyakan bilik gerakan BN sunyi sahaja. Ada di antara bilik gerakan BN yang kosong tidak ada penghuni. Sebaliknya bilik gerakan BA semakin rancak dan meriah dikunjungi oleh orang ramai. Kebanyakan bilik gerakan BA dilengkapi dengan komputer yang canggih untuk memeriksa pendaftar undi sedangkan di bilik gerakan BN jarang terdapat komputer. Inilah yang menggerunkan pihak BN.
Ada yang mengatakan BA telah mendapat bantuan asing untuk membeli komputer-komputer ini. Tetapi mereka lupa, kebanyakan penyokong BA adalah dari kalangan pertengahan yang rata-rata mempunyai komputer. Maka komputer-komputer inilah yang dipinjam untuk bilik gerakan.
Propaganda-propaganda di TV yang dibuat oleh BN nampaknya tidak berkesan. Malah menjadi ejekan dari pihak penyokong BA. Kerana kebanyakan iklan-iklan yang memburukan BA yang ditayangkan di TV ada kalanya tidak masuk akal. Budak sekolah pun mengetahuinya. Apabila ada sahaja suara nada sedih dari Fauziah Nawi yang keluar di TV atau di Radio, orang ramai semakin benci. Kerana lakunannya terlalu over sangat. Nada merayunya serta dengan suara terketar-ketar seolah menagih simpati supaya memilih BN.
Begitu juga dengan lakonan Ahmad Tarmimi yang kononnya Saudara Lim Kit Siang berkata "Langkah mayat saya dahulu" dan saudara Anwar berkata "Saya Pening Kepala". Amat melucukan sekali. Seolah-olah sebagai satu lakunan yang ditayangkan di TV. Begitu juga dengan gambar Kak Wan Aziz yang dikeluarkan di TV nampak jelas gambar tersebut adalah satu suntingan yang telah dibuat semula.
Taktik kotor menerbitkan film lucah yang kononnya dilakunkan oleh saudara Anwar juga tidak mendatangkan kesan, malah masyarakt Melayu semakin membencikan UMNO. Kerana sudah pecah tembelang mereka, yang UMNO rupa-rupanya pengeluar film lucah. Apa yang menaikkan api kemarahan masyarakat Melayu ialah anak-anak belasan tahun dihidangkan dengan film-film lucah yang diterbitkan oleh UMNO sendiri dan film-film ini di tonton ditempat-tempat awam. Begitulah jijiknya parti yang bernama parti UMNO.
Akhir sekali tektik kotor yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menerbitkan akhbar Harakah palsu. Ini pun tidak masuk akal. Adakah tajuk beritanya di muka hadapan ialah bahawa Dato' Harun Din Menyesal Masuk Pas. Tidakkah terfikir oleh kita yang Dato' Harun Din telah dihina, difitnah dan dicaci oleh MAHAFIRAUN dengan begitu rupa senang-senang sahaja nak keluar dari PAS.
Jika dilihat daripada perkembangan semasa ini UMNO sedang benar-benar terdesak. Kerana setiap tektik kotor yang dilakukannya sedikit pun tidak melunturkan semangat untuk orang-orang Melayu memangkah BA. UMNO sudah lupa, bahawa masyarakat Melayu sekarang bukan bodoh seperti yang dijangkakan. Orang UMNO ingat orang-orang Melayu boleh di Turn Over begitu sahaja.
UMNO lupa yang mereka telah menanam sifat-sifat kezaliman dan kekejaman terhadap saudara Anwar sudah setahun lebih di dalam hati sanubari orang-orang Melayu. Tidak semudah itu sifat kezaliman dan kebencian ini dapat dipadam dengan lakunan-lakunan bodoh yang dipaparkan di media massa kroni-kroni MAHAFIRAUN. Kekejaman dan kezaliman inilah yang menjadi semangat orang Melayu untuk menegak keadilan di muka bumi Malaysia ini.
Salam Reformasi Dari:
Jebat Siber