ReformIS

[ Contents | Post ]

P/RAYA: KIT SIANG MINTA PENGUNDI MEMILIH DENGAN BIJAK

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:14:48

Comments

P/RAYA: KIT SIANG MINTA PENGUNDI MEMILIH DENGAN BIJAK

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang hari ini meminta kira-kira 9.6 juta pengundi berfikir dengan tenang dan memilih dengan bijak pada pilihan raya umum ke-10, Isnin ini. Dalam perutusannya sebelum hari pengundian Isnin ini, Lim berkata masa depan anak cucu mereka kini terletak di tangan pengundi.

Beliau berkata antara lain agenda partinya ialah membina semula tanahair berdasarkan kepada nilai-nilai moral asas; memulihkan semula pemerintahan undang-undang; menghormati hak warganegara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan; dan memperjuangkan hak untuk mendapatkan kebebasan.

Selain itu, DAP akan pastikan sistem ekonomi yang adil dan saksama dengan hasil pembangunan dikongsi bersama; memulihkan kewibawaan sistem perundangan dan memansuhkan undang-undang yang tidak adil seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lim berkata para pengundi juga perlu bijak memilih antara pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka Barisan Alternatif dan Barisan Nasional demi masa depan negara.

"Pilihlah degan bijak. Kami tidak mahukan kuasa. Kami mahukan hak untuk melindungi dan memantau penyalahgunaan kuasa. Kami tidak mahukan pengagungan kedudukan tetapi peluang berkhidmat untuk rakyat negara ini," katanya.

Lim berkata para pengundi akan membuat pilihan bagi diri mereka, keluarga dan negara

Last changed: November 28, 1999