ReformIS

[ Contents | Post ]

Diam-Diam Siti Hasmah,

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:13:48

Comments

Diam-Diam Siti Hasmah, Porak Peranda Bumi Malaysia!

Saya berpendapat peranan Dr Siti Hasmah adalah sama hebat dengan Dr Mahathir dalam apa juga keputusan samada keputusan untuk memperkayakan anak-anak atau kroni ataupun dalam keputusan menghancurkan karier politik Saudara Anwar. Pendapat ini berdasarkan kepada cerita benar atau pun berdasarkan analisa saya tentang ketamakan atau kebejatan Dr Siti Hasmah.

Dr Siti Hasmah telah memainkan peranan utama dalam menjatuhkan karier Saudara Anwar. Ini kerana hasutan dari anak-anaknya seperti Mirzan atau Mokhzani dan juga anak angkat kesayangan Hasmah iaitu Rahim Tambi Chik yang memang benci kepada Saudara Anwar. Kalau Dr Siti Hasmah adalah seorang ibu bersifat penyayang, masakan dia tergamak melihat kesedihan dan kesengsaraan anak-anak Saudara Anwar yang merindukan belaian kasih seorang ayah.

Kalau dia sebagai muslimah yang mulia, masakan dia tergamak mendengar dan melihat suaminya yang tidak henti-henti berbohong, memfitnah dan mencaci Saudara Anwar sekeluarga, alim ulamak dan ugama Islam. Dari segi ketamakan, semua orang sudah tahu bahawa, selain dari anak-anak Dr Siti Hasmah yang sudah kaya-raya, adik beradik atau kaum kerabatnya juga telah kaya raya hasil dari rompakan harta rakyat. Hashim, Razali dan lain-lain lagi, semuanya dapat projek ratusan juta atau menjawat jawatan tertinggi dalam syarikat gergasi.

Bagaimanapun rakyat masih belum mengetahui bahawa anak-anak angkat beliau juga telah kaya raya hasil dari rompakan harta rakyat ini. Seorang dari anak angkat Dr Siti Hasmah yang bernama Dr Hamid, India Muslim, umur sekitar 40an masih bujang telah mendapat projek membina pelabuhan di Perlis. Dr Hamid ini mendapat pendidikan di Jepun dalam jurusan 'Coastal Engineering'. Setelah tamat saja pengajian beliau pada tahun 1995/1996, beliau telah menubuh syarikat Pashacorp Sdn Bhd.

Atas nama syarikat itu, beliau telah diberi projek membina pelabuhan di Perlis yang bernilai RM 2 billion oleh Dr Mahathir. Selain dari Dr Hamid sebagai pemegang saham utama, pemegang saham terbesar dalam syarikat ini adalah Marina Mahathir dan Dato' Mohammad Nazri Abdul Aziz.

Dari cerita Dr Hamid sendiri, syarikatnya sudah bosan dengan tindak tanduk MB Perlis, Shahidan Kassim. Setiap kali syarikatnya menjemput Shahidan Kassim untuk datang mesyuarat, MB Perlis ini akan minta RM100,000.00. Hai!!! Sama-sama geng pun baham juga. Inilah dia budaya UMNO Baru. Untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, undilah PAS dan Barisan Alternatif.

Sayang UMNO masa Tun Razak Benci UMNO masa Najib Barisan Nasional sudah nazak Barisan Alternatif pengubah nasib!

Anjang Atok.

Last changed: November 28, 1999