ReformIS

[ Contents | Post ]

Mempersoalkan Kewibawaan Dato' Najib

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:08:55

Comments

Mempersoalkan Kewibawaan Dato' Najib

Semenjak parlimen dibubarkan saya tidak nampak Dato' Najib lantang di sana-sini tak macam Dato' Badawi yang nampaknya 'memaksa' diri bercakap lantang walhal tak pernah pun cakap macam tu dulu. Mungkin ada terselit dicelah-celah berita-berita fitnah terkini pukul 8 malam.... Maaf, mungkin saya tak perasan sebab banyak sangat iklan kempen 'promosi' tokoh-tokoh BA.

Sekarang saya nak mempersoalkan sejauh manakah KEWIBAWAAN pimpinan Dato' Najib sebagai seorang Menteri Pendidikan dalam memberi sumbangan yang berguna dan boleh diterima pakai oleh rakyat. Seterusnya nilai samada dia layak lagi berada di situ atau tidak? Sudah lama saya perhatikan sistem pengurusan pendidikan di negara ini yang kelam-kabut.

Ini adalah penilaian dari kacamata seorang rakyat biasa. Mungkin ada saudara/I yang lebih arif. Antaranya adalah:

1. Pengurusan UPU dalam memilih pelajar IPT tahun 1998 yang kelam-kabut, bertindih dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang tercicir manakala yang kurang baik pula dapat sampai 2 /3 tawaran. Saya ingin kemukakan satu contoh yang baik untuk kemasukan ke universiti-universiti di UK adalah melalui UCAS yang menguruskan segala permohonan. Jangkamasa pengurusan amatlah efektif. Saya mendapat beberapa tawaran dari universiti di UK pada tahun 1993 dahulu. Tidak seperti UPU yang nama sahaja ada 'PUSAT' tapi sistem tak berpusat.

Dalam tempoh yang diberikan UCAS akan meminta kita memutuskan universiti yang dipilih dan akan mengemukakan resit untuk ketetapan. Jadi dengan itu mereka dapat memberi peluang tawaran selebihnya kepada pelajar lain. Malah UCAS juga mengadakan satu majlis di Hotel Istana pada tahun itu untuk memberi peluang mana-mana pelajar tercicir memeriksa peluang-peluang yang masih tinggal dan majlis itu disertai oleh hampir kesemua universiti di UK.

2. Kerajaan BN berkempen untuk menggalakkan sistem kekeluargaan yang kukuh dengan memberi cuti pada hari Sabtu pertama setiap bulan kepada kakitangan serta menggalakkan percutian bersama dan sebagainya. TETAPI PENERAPAN KONSEP INI TERCICIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN KITA. Cuba fikirkan jika anda mempunyai ramai anak yang sudah bersekolah dalam berbagai tingkat - dari sekolah rendah hinggalah di universiti. TIDAK PERASANKAH ANDA CUTI SEMESTER PELAJAR DI IPT TIDAK SAMA ANTARA SATU SAMA LAIN? Kalau nasib baik adalah berselisih seminggu tapi adik-adik di sekolah pula tak cuti.

Ibubapa pula pening kepala jika ada majlis perkahwinan, kenduri-kendara, nak balik kampung, nak makan angin dan sebagainya. Mengapa kita tidak mengambil contoh cuti semester di negara-negara maju seperti di UK (Sesiapa di US, Australia , NZ dan lain-lain boleh bagi pandangan). Cuti Semester adalah 3 minggu semasa Easter Break, 3 bulan Summer Break dan 3-4 minggu Christmas Break untuk pelajar universiti. Yang saya perasan pelajar-pelajar sekolah akan bercuti sama seperti itu cuma lebih pendek terutama semasa Summer cuma 2 bulan sahaja dan mereka dapat bercuti bersama ke tempat-tempat peranginan. Sistem ini hampir sama dengan kita tetapi sudah berubah-rubah.

Dahulu semasa saya di sekolah rendah sistem cuti lebih teratur. Kita perlu merombak semula cuti-cuti semester dan biarlah sama, kalau beza pun seminggu dua tak apa. Kalau cuti raya panjang maka kita potonglah cuti semester tersebut. Tidak menjadi masalah. Yang penting lebih banyak masa untuk keluarga bersama dan ini dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja. Kita perlu sesuaikan dengan budaya dan adat resam masyarakat kita. MASALAH SEBENAR YANG SAYA NAK PERSOALKAN IALAH BUDAYA KERJA KERAJAAN BN.

Mengapa perlu menghantar Menteri, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, JPA dan MARA 'makan angin' ke luar negeri yang kononnya nak buat research dan lawatan tetapi 80% masa selebihnya adalah untuk makan angin sahaja. Bila balik macam tu juga. Saja buang duit rakyat. Mengapa tidak mengambil pandangan pelajar-pelajar yang beribu-ribu telah dihantar belajar ke luar negeri? Bukan dalam masalah sistem pendidikan sahaja, malah sistem pengangkutan, pembuangan sampah dan lain-lain boleh didapati dan disuarakan oleh bekas-bekas pelajar.

Ramai orang berkata negara kita 40 tahun tertinggal dari negara maju dalam banyak bidang. Contoh di atas salah satunya. Tak buat kerja. Masalah adaptasi sistem tidak menjadi hal dan boleh disesuaikan. Kita tidak perlu bersusah payah seperti mereka di negara maju yang telah melalui berbagai eksperimen untuk mengeluarkan sistem terbaik. Kita di negara membangun amat beruntung. GERAKAN REFORMASI di negara ini sejak setahun yang lalu telah membuka minda semua rakyat tentang apakah bezanya demokrasi dengan 'demokasi'. Saya percaya hikmah hasil laungan pemimpin reformasi kita DSAI ini dapat membantu negara kita maju lebih cepat dari yang dijangkakan oleh Dr M 2020.

Yang ditekankan oleh Dr M hanyalah kemajuan pembangunan sahaja. SEBENARNYA kemajuan minda lebih penting maka barulah yang lain akan lebih maju. Kita lihat bagaimana Scandinavian (Norway, Finland dan Sweden) yang maju dan hasil mereka dalam bidang teknologi, telekomunikasi dan lain-lain amatlah mengagumkan sekali. Tetapi jika kita ke sana ada tak bangunan pencakar langit setinggi 88 tingkat?

Kemajuan bukan bererti fizikal semata-mata. Keberanian rakyat bersuara di internet dan akhbar sekarang menunjukkan rakyat sudah berani dan bersuara atas apa yang mereka ingin cadangkan dan tidak berpuas hati. Malah di luar negeri pun dah ada yang berani gantung poster!!

FIKIRKAN APAKAH SUMBANGAN YANG TELAH DIBUAT OLEH KERAJAAN BN DIPERLUKAN LAGI ATAU TIDAK?

INSYAALLAH KITA AKAN LEBIH MAJU DI BAWAH KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF!!!

Tabik Reformasi Buat Pelajar-pelajar di Manchester dan UK Eire!!

X - MANCUNIAN 1993-96 Epsley Close

Last changed: November 28, 1999