ReformIS

[ Contents | Post ]

NIK AZIZ KATA UMNO TAK MAMPU CAPAI MATLAMAT INSAN CEMERLANG

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 07:07:12

Comments

NIK AZIZ KATA UMNO TAK MAMPU CAPAI MATLAMAT INSAN CEMERLANG

KOTA BAHARU, 27 Nov (Bernama ) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno tidak akan mampu mencapai matlamat untuk mewujudkan insan cemerlang di negeri ini seperti yang dinyatakan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan.

Katanya sebagai sebuah parti berfahaman kebangsaan, Umno yang diasaskan kepada pemikiran manusia tidak mampu berbuat demikian kecuali ia menerima sepenuhnya Al-Quran dan hadis sebagai sumber perjuangannya.

"Mustahil bagi Umno nak buat insan cemerlang... kerana tak ada cara nak cemerlangkan orang kecuali melalui Islam." katanya ketika berceramah di sini.

BN Kelantan melancarkan manifesto pilihan raya yang bertema "Insan Cemerlang, Negara Gemilang" dua hari lepas sebagai tambahan kepadamanifesto BN peringkat kebangsaan.

Nik Aziz juga berkata Umno hanya berjuang untuk kepentingan keduniaan, berbeza dengan perjuangan PAS yang menjalankan usaha untuk meningkatkan syiar Islam melalui pemerintahannya.

"Umno tidak setanding dengan perjuangan PAS membawa Islam. Sepatutnya kita tak bertanding dah (pada pilihan raya ini). Setiap orang Islam wajib sokong Islam, nak bertanding apa pula," katanya.

Menurutnya Umno melalui kerjasama media massa terus memfitnah setiap rancangan pembangunan Islam yang dibuat PAS di Kelantan seperti program "Bulan Sembahyang" dan sistem pajak gadai Islam yang menghapuskan riba.

Last changed: November 28, 1999