ReformIS

[ Contents | Post ]

UMNO Dungun, Terengganu Edar HARAKAH Palsu ditangkap.

From:
Date: 28 Nov 1999
Time: 06:32:16

Comments

UMNO Dungun, Terenngganu Edar HARAKAH Palsu ditangkap.

28 November 1999, 9.00 pagi Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Calon PAS N27 Dun Sura) bersama Unit Keselamatan dan UTK PAS Kawasan Dungun telah pergi ke Markah Besar BN/UMNO Parlimen Dungun kerana menerima maklumat bahawa satu van perhubungan UMNO telah membawa masuk HARAKAH Palsu.

Pihak PAS telah memeriksa Van berkenaan dan mendapati HARAKAH Palsu yang dilaporkan memang wujud, lalu Ustaz Wan Hassan mengambil kunci van tersebut terus memandu ke Balai Polis Daerah Dungun dan membuat laporan polis. Pihak polis membuat pemeriksaan dan didapati beberapa ribu Harakah Palsu, T-shirt, Stiker, kasut dll berada dalam van pendaftaran perhubungan UMNO Dungun itu.

Dua orang pemandu van berkenaan juga telah disoalsiat. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai. Harakah Palsu berkenaan adalah sebanyak 400,000 naskah. Sebahagian besar daripadanya telah teredar.

Dari sumber tersebut juga beberapa kenderaan lain yang terbabit ialah :

1. Kancil Merah TX 7691 2. Kancil Merah TY 5804 3. Wira Gelap TT 6888

Pihak PAS Kawasan Dungun juga berharap sesiapa yang ada maklumat berkenaan sila hubungi markas-markas PAS yang berhampiran.

HARAKAH Palsu berkenaan mempunyai 12 muka surat. Muka depannya hampir sama dengan Harakah sebenar yang memamparkan gambar Pro. Datuk Dr. Haron Din

tetapi dengan tajuk yang mengelirukan "Tidakbertanding adalah keputusan

muktamad - saya menyesal masuk PAS."

Antara tajuk-tajuk yang dipaparkan dalam Harakah Palsu ini ialah :- 1. Pas Bukan Parti maksum, ini parti manusia - Ustaz Fadhil 2. Jangan Percaya DAP dan KeAdilan - Ustaz Hadi 3. Peluang Tipis untuk Barisan Alternatif - Anwar 4. Kalau susah sangat bagi UMNO menang - Mat Sabu 5. Saya akan berhenti politik - Dr. Wan Azizah 6. Saya mengaku tak boleh jumpa pengundi - Chandra 7. Memamng pada dasarnya perlaksanaan UMNO lebih baik daripada PAS - Nik Aziz dll semuanya propaganda UMNO yang takutkan isu-isu yang disebut diatas.

Ada beberapa yang mengelirukan dalam pengklonan HARAKAH Palsu ini ialah :-

1. Muka Hadapan Harakah Palsu ini bilangannya ialah 1135 sedangkan yang sebenar ialah 1136. 2. Tarikh dan hari nya tak sama, Muka Hadapan ISNIN 29 Syaban dan 26 November sedangkan sebelah dalamnya 29 November 1999. 3. Terdapat dua muka Hadapan satu isu Haron Din dan Satu lagi Isu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

KESIMPULANNYA :

Memang UMNO/BN menggunakan tektik kotor sebagaimana yang dikatakan oleh

pemimpin Besar mereka Dr. Mahathir. Tidak ada apa yang baik melainkan kepentingan politik mereka. Mereka ini sanggup membuat apa sahaja demi masa depan diri sendiri. Mereka ini boleh menghentam rakan sendiri kerana politik dan pemimpin-pemimpin mereka diperTuhankan.

Orang Melayu harus sedar Islamlah penyelamat agama.

ezri 003

Last changed: November 28, 1999