ReformIS

[ Contents | Post ]

Calon Barisan Di Tanjung Karang Sudah Terdesak

From:
Date: 27 Nov 1999
Time: 01:26:43

Comments

Calon Barisan Di Tanjung Karang Sudah Terdesak

Saya adalah anak jati Tanjung Karang. Saya menuntut di ITM dalam jurusan kejuruteraan awam. Ayah saya adalah ktgn kerajaan di daerah Tanjung Karang. Pada hari ini (25 November 1999), saya menghadiri majlis bantuan pelajaran koperasi KOSWIP yang beribu pejabat di Kuala Lumpur di mana ayah saya adalah ahli dan saya adalah salah seorang yang menerima bantuan.

Pada majlis tersebut disampaikan juga bantuan banjir kepada ahli-ahli koperasi (baguih betul koperasi nih... semua dia nak tolong). Pada majlis tersebut... adalah sekitar 100 ke 150 orang yang hadir. Namun apa yang saya kesalkan, tanpa disangka-sangka datang calon BN yang bertanding si Noh dengan Dato' Aini Taib dengan suku sakatnya.... nak rasmikan majlis macamlah majlis tu dia yang empunya.

Saya tengok wakil-wakil dari koperasi yang duduk di depan tu masam mencuka. Apa tak nya.... datang dari jauh untuk meraikan majlis, tiba-tiba majlis dikuasai oleh calon BN dua ekor nih. Apalah punya desperate. Majlis bantuan sekolah anak-anak koperasi pun hang nak bolot. Dah lah duit bantuan tu datangnya dari koperasi KOSWIP, hangpa plak menyebuk dalam majlis orang. Dengarnya makan minum petang tu.... si Noh dengan Aini yang belanja. Please la dato', takkan mee sepinggan pun nak kempen. Dah la tu, hentam Fadil Nor, kata Dr Hatta mengelirukan rakyat.

Kemudian hentam PAS kononnya PAS ni menyeleweng dari nak menubuhkan negara Islam. BN dah banyak berjasa. Kerajaan dah melabur duit RM500 juta untuk mengkaji sistem pengairan di Selangor. Come on la, takkan buat kajian sampai 500 juta. Masuk poket sendiri 500 juta tu, ada la. Wakil dari koperasi tu berucap tak sampai 10 minit. Yang dua ekor nih bercakap, sampai dekat satu jam. Habis semua cerita kehakiman di keluarkan, macamlah awak tu pandai sangat tentang undang-undang Malaysia. Kalau hangpa dua ekor nak tahu, kat dalam dewan yang tak sampai 200 orang tu semuanya penyokong kuat Dato Hassan Ali. Hangpa ingat kitorang ni suma nak dengar celoteh korang tu. Kalau tak dek kerana cek bantuan tu dah diserahkan kepada pengerusi majlis, tak kan kami tunggu korang bercakap la.

Masa si Noh tu bercakap, ada sorang hamba Allah bertakbir..... ALLAHU AKBAR.. si Noh yang tengah bersemangat berucap tu....boleh menggelabah sekejap. Kemudian terus singkatkan ucapan. Bila selesai ucapan, wakil koperasi tu memberikan cek bantuan kepada mangsa banjir dan terus balik, meninggalkan calon berkaliber dua ekor ni memberikan cek bantuan pelajaran untuk anak-anak ahli. Apalah punya muka tak malu. Bila nama saya dipanggil.... saya tak maju ke depan untuk jumpa calon BN nih.... tapi saya tunggu sehingga majlis selesai dan berjumpa dengan wakil Tanjung Karang untuk mengambil cek.

Kepada abang wakil KOSWIP yang ada mengambil gambar dimajlis tu.... harap dapat siarkan gambar si Aini tak malu tu dalam laman nih..... biar satu Malaysia tahu yang diorang ni suma dah desperate nak berucap...tapi semua orang dah tak layan...

Saya cakap kat abah.... 'Bah lain kali, abah je lah datang ambik cek bantuan nih.... saya tak nak datang!'

ALLAHU AKBAR

jijoi

Last changed: November 27, 1999