ReformIS

[ Contents | Post ]

Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) Dipergunakan.

From:
Date: 26 Nov 1999
Time: 04:19:20

Comments

Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) Dipergunakan.

Tindakan MPSA beberapa hari lalu menurunkan bendera PAS dan KeADILan adalah satu tindakan dayus dan pengecut. Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan pilihanraya diumumkan Barisan Alternatif telah menaikan bendera disetiap tiang lampu diPesiaran Kayangan menghala ke Istana Mastika (istana?) kediaman Abu Hassan bekas menteri besar Selangor. Adakah Abu Hassan ‘basah seluar’ melihat beratus ratus bendera disepanjang jalan hala keistana beliau?

Adah kah Abu Hassan dan orang orang hardcore UMNO di Shah kecut dengan kebangkitan Barisan Alternatif dikawasan menengah terpelajar di Shah Alam? Adakah orang orang UMNO takut bila melihat beribu ribu rakyat Shah Alam memberi sokongan moral kepada Saudara Ezam Mohd Nor semasa penamaan calun tempoh hari sehingga calon UMNO, Mohd Zin yang di ‘boo’ terpaksa mengimport pemuda ‘berseluar pendek’ dari MCA untuk mengibarkan bendera MCA? Adakah dari Istananya di atas bukit Abu Hassan tak boleh tidur melihat penduduk seksyen 7 Shah Alam memberi sokongan kepada calon calon Barisan Alternatif malam Isnin lalu? Mengapa YDP MPSA sanggup mengarahkan kakitangan nya menurunkan bendera bendera berkenaan. Walhal bukannya bendera bendera berkenaan menggangu tanda arah atau pemandu kenderaa disepanjang jalan. Soal nya adakah hasil kutipan cukai MPSA datangnya dari orang orang UMNO sahaja? Saya tahu jawatan YDP MPSA ialah jawatan politik dan YDP bukannya dilantik olih rakyat walaupun beliau mungkin dilantik menjadi ahli DUN.

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ketempat kerja saya lihat parti PAS telah menggantikan bendera bendera yang diturunkan dengan yang baru. Kalau sekali lagi MPSA menurunkan bendera bendera berkenaan jelaslah MPSA bacul dan telah dipergunakan olih Barisan Nasional yang korup. Adalah lebih baik MPSA menumpukan kepada kerja kerja memperbaikki alat alat ditaman permainan yang rosak, membetulkan bilek ayer bilek ayer yang telah rosak di taman tasik atau memastikan sampah sarap dikawasan perumahan dikutip mengikut jadual. Janganlah hanya tahu mengigatkan penduduk untuk membayar cukai pintu setiap tahun!!!

Haji Afiq A. Ba’i

Last changed: November 26, 1999