ReformIS

[ Contents | Post ]

UMNO TIDAK MENGHORMATI ISLAM.

From:
Date: 26 Nov 1999
Time: 04:18:24

Comments

UMNO TIDAK MENGHORMATI ISLAM.

Pada 23 Nov 1999 Jam 5.30 petang. Tempat Tapak Masjid Kuala Kubu Baru.

Majlis menentukan KIBLAT Masjid Baru.

a) Saya sampai jam 4.45 petang.Diluar masjid iaitu di tepi jalan berderet bendera dacing dan bintang kuning.Sejak bila (hati terfikir) lambang bintang kuning digunakan di masjid.Rupanya bendera MCA.

b) Berhenti satu bas sekolah,turun berbaris masyrakat cina dan masuk ke kemah upacara , lagi terfikir ini upacara ?. Dalam jemputan menyatakan menentukan arah kiblat masjid.

c). Bila tiba MB selangor diiringi gerak gempur pemuda UMNO, baru ramai sikit orang Melayu. Memalukan sungguh , upacara menentukan arah kiblat masjid ini.

d) Di baris hadapan DO, SUK , MBS ,Mem Berkaca Hitam ,MCA, MIC. Kemana Tuan Kadhi Daerah dan Orang Kaya Daerah. Jika ini upacara menentukan kiblat masjid tentu merika orang penting kenamaan.

e) Malu sungguh saya sebagai Orang Islam Tuan Kadhi duduk di belakang. Bersama orang kaya daerah. Dimana letaknya martabat Kadhi Daerah dan orang kaya daerah ?. Ini kah yang pemuda Gempur lihat depan mata ?.

f) Sungguh tak percaya pemuda gempur UMNO telah buta matahati. Patut sungguh digunakan kerana merika tak berfikir waras lagi.

g) Inikah yang dikatakan UMNO menghormati Islam.Cakap dan perbuatan cukup jelas dari golongan munafik.

h) Tuan / puan bolih bertanya maklumat ini di kuala kubu baru . Orang yang membaca doa dari Pej.Ugama Kuala Kubu Baru.

Sedar lah wahai ahli UMNO.

Last changed: November 26, 1999