ReformIS

[ Contents | Post ]

Gerak Gempur BN Kecoh Di Johor Bahru

From:
Date: 26 Nov 1999
Time: 04:14:05

Comments

Gerak Gempur BN Kecoh Di Johor Bahru 24 Nov 1999 Salam Reformasi,

Saya baru sahaja balik dari ceramah BA di kawasan Taman Plentong Baru di Johor Bahru. Ceramah tersebut bermula dalam keadaan aman dan tenteram tetapi telah diganggu oleh sekumpulan Gerak Gempur BN Johor Bahru. Kumpulan tersebut bermotosikal dalam 15 buah motosikal termasuk beberapa buah kereta telah menganggu ceramah PAS yang diadakan di taman ini.

Kononnya mereka cuba nak buat provokasi terhadap mereka yang hadir disitu, tetapi mereka telah melakukan satu kesilapan yang besar dengan mendedahkan SAMSENG mereka dengan menganggu ketenteraman disekitar taman perumahan tersebut. Kejadian tersebut adalah merupakan insiden yang membuka mata penduduk dikawasan taman perumahan ini tentang KEBACULAN BN... Perangai BERUK-BERUKbermotorsikal itu adalah seolah-olah geng bermotosikal samseng yang terdapat di negara barat yang boleh melakukan apa sahaja untuk menganggu ketenteraman awam. Inikah Gerak Gempur yang dilaung-laungkan oleh BN ?? Apakah BN menganjurkan Gerak Gempur untuk seolah-seolah menggalakkan ahli-ahlinya menjadi Samseng Geng Motosikal ??

Kebetulan pada waktu yang sama dan ditaman perumahan yang sama, BN juga membuat ceramah mereka. Tetapi alangkah sedihnya...., tiada yang menghadiri ceramah tersebut.....

Ini peringatan dari kami penduduk dikawasan ini untuk BN, buatlah apa yang anda suka, kami sedang memerhatikan gerak- geri anda, hukumannya adalah pada 29 November ini..........

AllahuAkbar !! AllahuAkbar !! AllahuAkbar !!

- Reformist JB -

Last changed: November 26, 1999