ReformIS

[ Contents | Post ]

Cerita Dari Flat Seri Perlis-Perhatian Leman Brandy

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 20:00:50

Comments

Cerita Dari Flat Seri Perlis-Perhatian Leman Brandy

Terpanggil dengan coretan penduduk Kg Baru, aku pun mulalah hendak menggatalkan tangan jugak mencoret akan perihal buruk laku wakil Buaya Naga Parlimen Titiwangsa. Teringat aku masa banjir dulu [masa ari raya puasa]. Si Leman ni dengan muka seposen datang ler berkunjung [perihatin la kununnya] ke rumah mangsa banjir. Memandangkan tempat aku ni [flet Sri Perlis 2] memang menjadi pusat pertakungan air yang terkemuka di sekitar Kg Datuk Keramat maka banjir pada hari tu [masa raya aji], naik ler sampai takat atas lagi pada pinggang, tu pun mengikut perkiraan tinggi aku yang tak seberapa nih.

Tak pernah seumur idup aku tengok si Brandy ni datang menjenguk mencemar duli sampai ke block belakang [ada lima blok jer flet aku ni], iaitu ler blok C ngan blok B. Sepanjang dah lebih dari berbelas kali flet aku ni banjir, tu ler sekali yang dia datang sampai ke blok belakang. Siap pakai kasut getah [biasa orang jual ikan pakai]. Selalu tu sekadar jengok jer dari depan [blok E] pastu merambus.

Apa yang nak aku tekankan kat sini ialah, masa dia datang tu, ada ler dia singgah kat rumah satu pakcik ni. Kununnya nak tanya kabar ler, pengabihnyer si muka toya ni kena 'babun pedas' dek pakcik tadi. Berbakul-bakul dibabunnya, siap cakap orang putih pakcik nih! Si Brandy ni apa lagi, terkedu tak bercakap, dengar jer. Macam guru mengherdik anak murid!

Penghujungnya, dia ada kata kat pakcik tu; dia akan bagi sorang RM500.00 untuk setiap mangsa banjir dan dia cakap laaa, dia akan gunakan duit dia sendiri. Hari berganti hari, selut lama dah kering dan kini berganti dengan selut baru yang lecak dan berbau hanyir. Haram! Jangankan RM500.00! RM50.00 pun si Brandy ni tak bagi. Dasar penipu!

Satu lagi pasal sumbangan banjir; UMNO ni gunakan Baitulmal untuk menunjukkan yang dia tu parti yang perihatin [kununnya] tapi, jumlah yang diperolehi oleh mangsa banjir adalah tidak sekata dan tidak setara. Ada yang dapat RM100.00, ada yang dapat RM300.00 dan ada yang tak dapat langsung. Ada janda yang dapat bantuan dan ada pulak janda yang tak dapat apapun. Kalau tak nak bagi tu, cakap ler siang siang, tak payah ler orang tua-tua kat flet aku ni pergi mengadap kat sana dengan penuh harapan. Pengabihnya .... bantuan entah kemana tapi penat dan malu yang dapat, dibuatnya ni kita macam peminta sedekah. Celaka betul UMNO ni...

Kitorang bukan tak tahu pekong si Brandy ni. Dulu janji nak usahakan agar flat Sri Perlis 2 dijadikan hakmilik setiap penghuni. Janji ni aku dengar hebat dulu masa pilihan raya tahun 1990. Dah dekat sepuluh tahun dah janji bangang tu tak ditunaikan. Dah dua kali pilihanraya orang flat dibodoh-bodohkan dek Leman celaka ni.

Ni sekarang ni masalah banjir yang semakin teruk, Leman bukan buat apa pun. Kalau ada pun yang aku tengok, longkang kat kawasan flat aku dipercantikkan dan dipagar. Bodoh punya wakil rakyat. Longkang cantik nak buat apa? Bangang sungguh orang BN ni. Patutnya longkang tu di dalamkan dan supaya aliran air menjadi lebih lancar; pertembungan arus air di antara longkang flat dengan sungai tu hendaklah dipasti tak tersumbat!!!!

Sound ler sket pemaju kat depan tu! Ker Leman ni takut nak sound ataupun dia dah termakan budi ngan pemaju tu [aku dengar pemaju yang buat lebuhraya bertingkat tu dipunyai oleh Kroni Mamak Tua Kubang Pasu]. Tu ler kalau pilih wakil BN yang bertuankan tokeh perniagaan. Ni bukan jenis wakil rakyat Leman ni... wakil tokeh. Otak kira untung jer.

Semalam, aku tengok dah berlambak poster Buaya Naga bersilang kat flat Sri Perlis 2. Terpampang ler muka si penogak Brandi ni dengan boss dia, Mamak Tua Kubang Pasu. Aku heran betul, bukankah UMNO cawangan Keramat Jaya dah dibubarkan? Ahlipun bukannya adapun; nak buat mesyuaratpun tak cukup korem, mesyuarat tahunan pun tak dak. Sungguh tak releven, poster ader tapi ahli dan penyokong tak berapa nak ada! Yang kelakarnya, satu bendera UMNOpun tak der kat flat aku.

Ada pulak tuh, aku dengar; mula-mula budak-budak yang disuruh tampal poster akan diberi ganjaran sebanyak RM50.00 satu malam, last-last dah kureng pulak, RM25.00. Fuih! UMNO pun ada agensi pekerjaan, makan separuh! Sekarang ni aku tengok, ader ler bebudak yang masih lagi taat setia dengan parti yang dah releven tu, menggantung poster. Tak tau ler berapa dapat! Kalau nak kata bekerja dengan ikhlas tanpa ganjaran, MUSTAHIL! Mamak Tua Kubang Pasu tu pun kalau buat projek mega yg dia kata untuk rakyatpun mesti ada bahagian untuk dia punya. Inikan pulak orang bawahan dia. Kira dorang ni buruh murahan ler....

Aku heran betul dengan dorang punya leader, tak tahu yang mana satu; si Wahi tu ker atau si Ateng [muka macam cina], wei! korang ni tak jaga ker anak buah korang tu? Tampal poster sampai kat dinding, pulak tu gunakan pelekat yang kuat. Ni dah kira Vandalisme ni. Aku sure punyalaa, lepas pilihanraya ni memang korang tak akan bukak balik poster tu; sampai berkulat kat dinding. Ni mana punya ajaran ni? Tak tau undang-undang ker? Mana boleh tampal poster kat dinding awam? MAHAFIRAUN ajar korang ke? Ceh! Tak berdisiplin sungguh. Yang aku perasan, cuma ada dua jer poster pemimpin PAS kat dinding flet tu, itu pun aku sure, akan diturunkan oleh si penampal tanpa mengotorkan dinding awam. Bukan macam korang tuh!

Aku nasihatkan pemuda-pemuda flat aku, jangan libatkan diri dengan dorang tuh! Buktikan pada mereka walaupun kita dari kalangan pemuda ni BUKAN dari kalangan orang yang pandai UGAMA tapi bila ada orang yang LEBIH pandai UGAMA mengajak kita untuk menegakkan UGAMA dan keADILan maka menjadi tanggungjawab kita untuk memainkan peranan kita, MENYOKONG mereka.

Kalau dah poster dan bendera Buaya Naga dah berkibar kat tempat kita, maknanya tak lama lagi tentu si Buayanaga jelmaan ni akan datang berkunjung ke tempat kita.

Kita kena fikir, hak kita untuk mengundi telah dinafikan oleh Mamak Tua Kubang Pasu. Aku tau, kebanyakkan dari korang telah mendaftar untuk mengundi baru-baru ni tapi disebabkan si Mamak Tua tu dari jenis yang penakut maka hak kita dinafikan. Oleh itu, menjadi hak kita pulak untuk tidak bekerjasama dengan mereka dan menjadi hak kita jugak untuk memastikan si Leman Brandy ni gagal dalam kempen pilihanraya dia! Gagalkan di sini bukan ler bermaksud sabotaj. Kita ni bukannya macam dorang, manusia tak bertamadun.

Aku pinjam kata-kata Allahyarham Dr HAMKA untuk kita kongsi bersama-sama:

"Hidup ini adalah gerak dan gerak itu ialah MAJU, BERJUANG dan NAIK dan JATUH dan NAIK lagi!"

Mari kita pujuk pulak emak kita, bapak kita, abang kita dan seluruh keluarga kita agar tidak memberi undi mereka pada parti Buaya Naga pada hari Isnin ni. Kalau buleh masa mereka hendak pergi mengundi tu, biarlah kita sendiri yang memimpin mereka. Dan di sepanjang perjalanan ke tempat mengundi tu, kita bekalkan cerita kezaliman pemimpin besar parti Buaya Naga, si Mamak Tua Kubang Pasu tu. Kezaliman dia terhadap saudara Anwar Ibrahim. Kezaliman kroni-kroni dia yang menyebabkan hidup kita sentiasa dilumpuri dengan banjir selut. Ceritakan jugak tentang kebodohan dan kezaliman calon Parti Buaya Naga, si Leman Brandy. Ceritakan semua yang korang tahu.

WAHAI PENDUDUK flat SRI PERLIS 2! JANGANLAH DULU, KINI DAN SELAMANYA KAMU DIPERDAYAKAN OLEH BARISAN NASIONAL!

Sekian dari aku;

Hang naDIm

Last changed: November 25, 1999