ReformIS

[ Contents | Post ]

BEKAS PEGAWAI TENTERA DAKWA BOLEH MENGUNDI DI TIGA TEMPAT

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 19:40:36

Comments

BEKAS PEGAWAI TENTERA DAKWA BOLEH MENGUNDI DI TIGA TEMPAT

KLANG, 25 Nov (Bernama) -- Bekas kapten tentera mengadu kepada calon DAP bagi kerusi Parlimen Klang Teng Chang Khim bahawa mengikut senarai pemilih 1998 beliau boleh mengundi di tiga kawasan pilihan raya Parlimen pada 29 Nov ini.

Teng berkata bekas pegawai tentera Mohamad Salleh Mahat, sekarang seorang awam mengadu kepada (Teng) semasa kempen pilihan rayanya di sini hari ini.

Beliau berkata Mohamad Salleh sekarang bekerja dengan syarikat Insurans Takaful, mengetahui perkara itu apabila beliau menyemak dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan nombor kad pengenalan biasa, kad pengenalan tentera dan kad pengenalannya semasa berkhidmat dengan tentera Wataniah.

Menurut senarai pemilih tersebut, Teng berkata, bekas pegawai tentera itu boleh mengundi di kawasan pilihan raya Parlimen Shah Alam, Selangor, Batu Pahat dan Kota Tinggi, Johor.

Setiausaha DAP Selangor itu menyuarakan kebimbangannya, jika terdapat 200,000 bekas tentera seumpama itu, ia akan membuatkan jumlah pengundi seumpama itu dua atau tiga kali ganda dalam senarai pemilih.

Teng juga menerima aduan daripada tiga pengundi, nama mereka tidak ada dalam senarai pemilih walaupun dua daripadanya mengundi pada pilihan raya lepas dan seorang lagi telah mendaftar lima tahun lepas. -- BERNAMA

Last changed: November 25, 1999