ReformIS

[ Contents | Post ]

Ugutan Tidak Akan Mematahkan Semangat

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 00:07:13

Comments

Ugutan Tidak Akan Mematahkan Semangat

PAS memandang berat pengaduan beberapa orang pengundi di Kawasan Kuala Kedah mengenai ugutan yang mereka terima supaya tidak mengundi PAS dalam pilihanraya kali ini.

Beberapa orang rakan dari masyarakat Cina dan juga kakitangan kerajaan mengadu mereka menerima ugutan dari orang-orang yang tidak dikenali supaya jangan mengundi calon-calon PAS yang bertanding dalam kawasan ini.

Tindakan tersebut bukan sahaja kotor dan menghina proses demokrasi yang kononnya menjadi amalan Barisan Nasional, malah bertentangan sama sekali dengan tamadun kemanusiaan. Jika Barisan Nasional benar-benar terdesak dan putus asa dalam pilihanraya kali ini, mereka sepatutnya memulihkan imej dan semangat mereka yang hancur melalui amalan demokrasi dan bukannya memilih tindakan samseng yang mendekati jenayah.

PAS yakin rakyat kali ini benar-benar membulatkan tekad mereka untuk menamatkan penguasaan Barisan Nasional yang tidak henti-henti menaburkan janji palsu kepada mereka.

Di Kawasan Parlimen Kuala Kedah sahaja, terdapat begitu banyak kemudahan rakyat yang serba daif, jalan-jalan yang begitu mendukacitakan, jeti yang tidak dibina untuk para nelayan walaupun berkali-kali telah dijanjikan dan projek perumahan rakyat yang terbengkalai kerana sikap Barisan Nasional yang enggan menghormati janji.

Di Kawasan Parlimen Kuala Kedah juga, kita menyaksikan rakyat yang kelihatan menyokong Barisan Nasional sebenarnya telah memutuskan untuk mengundi PAS. Sekumpulan Pemuda Umno dan beberapa tokoh Gerakan telah menemui saya dan menyatakan keazaman untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya ini.

Malah, saya menerima sumbangan RM1,000 dari seorang tokoh Pemuda Umno yang turut sama mengiringi Datuk Seri MAHAFIRAUN dalam penamaan calon 20 November lalu.

Saya percaya dalam pilihanraya kali ini, Barisan Nasional bukan sahaja akan ditumbangkan oleh penyokong-penyokong Barisan Alternatif dan pengundi-pengundi majoriti senyap, malah akan dijahanamkan oleh anggota-angota Barisan Nasional sendiri.

HAJI MOHAMAD SABU Calon PAS Kawasan Parlimen Kuala Kedah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Last changed: November 25, 1999