ReformIS

[ Contents | Post ]

Pesanan Kepada Semua Pengundi Sabak Bernam

From:
Date: 25 Nov 1999
Time: 00:00:51

Comments

Pesanan Kepada Semua Pengundi Sabak Bernam

Saya adalah anak jati Sabak Bernam dalam DUN Sungai Air Tawar. Saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Sabak Bernam supaya menolak calon-calon dari BN sebaliknya pilihlah Dr Ghazali Basri (keADILan - Parlemen), Ust Abd Jalil Bajuri (PAS - Sg Air Tawar), Ust Mohd Yunus (PAS - Sabak) dan Ust Salehen Mukhyi (PAS - Sg Besar).

Calon-calon yang seharusnya dipilih sememangnya layak keseluruhannya - anak tempatan, berkelulusan tinggi, banyak pengalaman dalam gerakan politik mahupun NGO, Islam yang mereka perjuangkan sesuai dengan majority pengundi Sabak Bernam, boleh bercakap di Parlemen dan DUN serta insyaAllah amanah dalam kepimpinannya.

Khusus bagi Dr Ghazali Basri, saya percaya beliau boleh mewakili rakyat terutama di Parlemen kerana dengan kelulusan PhDnya dari United Kindom pernah menyandang jawatan dekan di UPM sebelum menjawat pengarah Institute Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Aktivist ABIM sejak awal lagi dalam pimpinan tertinggi. Dan yang paling penting sekarang ialah Ketua Perhubungan keADILan Selangor. Isterinya tidak perlu diperkenalkan, Prof Noriah Muhamad, pakar persuratan Melayu UKM (khusus Persuratan Jawa) selalu menulis di akhbar anak jati Sabak Bernam.

Sebaliknya calon BN yang diketuai Dato' Zainal Dahlan (Parlemen) telah ditolak kepimpinannya sebagai ketua bahagian kerana terlalu lama dan bukan anak tempatan. Banyak pula yang tidak telus dalam menguruskan wang parti. Berjuta-juta wang parti hasil penjualan tanah di Sungai Panjang kepada syarikat Korea dikawal sendiri olehnya tanpa sebarang audit.

Akibatnya, Dato' Mahbub Hashim yang mengambil alih kepimpinan UMNO Sabak Bernam daripadanya amat sukar mengendalikan parti sehingga namanya terkeluar dari senarai calon pilihanraya. Saya tidak berhajat untuk menceritakan bagaimana dia memperoleh isterinya yang baru setelah kematian Kak Ani yang misteri.

Calon BN Sungai Air Tawar Mat Yasir Ihsan sebenarnya menumpang tuah dari DS Anwar Ibrahim apabila beliau berjaya merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian dari Dato' Ramli Norani setelah bersatu dengan Dato' Mahbub Hashim menentang Dato' Zainal Dahlan. Beliau adalah rakan karib Dato' Muhamad Taib. Sebab itu beliau telah mendapat tanah anugerah di Sepang bernilai berjuta-juta ringgit. Punya dua orang isteri (kesian Kak Juriah Ngah) setelah menjadi kaya raya.

Sebelumnya sengkek je dengan rumah teres dua tingkat di Shah Alam. Sebenarnya banyak kerja yang dibuatnya tak menjadi. Bagaimana dengan sebidang tanah untuk memajukan KPPMS di Seksyen Tiga, Shah Alam?

Kepada pengundi Sg Air Tawar, jika Mat Yasir beri duit untuk memancing undi, ambil tapi jangan pangkah dia kerana duit itu duit kita juga. Dato' Ramli Norani, jutawan segera walaupun sebelumnya seorang pelayan makmal sahaja.

Kalah kepada Mat Yasir dalam perebutan Timbalan Ketua Bahagian. Pengampu nombor satu Dato' Abu Hassan Omar. Banyak wang yang telah ditabur untuk kepentingan politik peribadinya. Kita tak pernah dengar dia bercakap di DUN Selangor. Memang kebolehannya pun tiada.

Bagaimana nak menyuarakan masalah rakyat Sungai Besar yang rata-rata petani. Oranag Sg Besar bukan sahaja yang kebanyakannya cenderung kepada PAS tetapi ahli UMNO sendiri nyata menolak kepimpinannya dari awal lagi. Dato' Raja Ideris walaupun sudah dua penggal menjadi DUN Sabak, tak banyak perubahan yang dibawa. Pekan Sabak masih macam itu juga.

Maklumlah mungkin kekurangan ilmu dan pengalaman untuk mentadbir tak banyak yang dapat disumbang. Kawan sekelas Dato' Mat Taib tapi play safe dalam perebutan kuasa antara Dato' Mat Taib dengan Dato' Abu Hassan. Sebab itu masih dapat bertanding.

Kalau tidak sudah pasti dicantas oleh Dato' Abu Hassan seperti Dato' Mahbub Hashim. Oleh itu wahai pengundi Sabak Bernam, saya mewakili golongan intelek di Sabak Bernam merayu, tukarlah kepimpinan lama. Berilah peluang kepada orang baru untuk menjana pertumbuhan ekonomi, sosial, budaya dan agama ke arah yang lebih baik berdasarkan kebenaran dan keadilan sejagat.

Telah nyata kebobrokan pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut khazanah negara untuk kepentingan kroni dan peribadi, tetapi juga menyimpang dari landasan perjuangan, mengamalkan perbuatan zalim dan menindas rakyat, menjual maruah bangsa dan agama kepada Yahudi dan kuasa asing, bermegah-megah dengan projek mewah yang terlalu sedikit manfaatnya menggunakan wang rakyat dan menyalahgunakan institusi perundangan, kepolisan, eksekutif dan jentera kerajaan untuk kepentingan segelintir manusia tamak dan rakus. Selamat mengundi untuk perubahan. Intelek yang celik Sabak Bernam.

Last changed: November 25, 1999