From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:59:31
Cawangan Khas Angkatan tentera Menjadi Dalang
KUALA LUMPUR - 22 NOV 99. Saya telah menerima panggilan daripada seorang kenalan yang juga merupakan sahabat baik yang kini bertugas sebagai pegawai di sebuah Bahagian di Jabatan Perdana Menteri. Dari maklumat yang telah saya terima, sebuah cawangan di Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan laporan situasi pilihanraya yang akan datang iaitu yang ke 10 kepada MAHAFIRAUN. Kandungan surat /laporan itu menurut sahabat saya itu menerangkan keadaan sebenar sokongan rakyat kepada semua parti yang akan bertanding .
Saya menjadi tempat beliau bercerita kerana saya mengenali beliau sewaktu saya berkhidmat DI Jpm sebagai pegawai perisikan tentera. Menurut beliau lagi, laporan ini telah ditandatangani oleh seorang yang berpangkat jeneral dengan menggunakan alamat Kementerian Pertahanan.
Salinan surat ini masih belum saya perolehi tetapi isi kandungannya telah di maklumkan kepada saya dan akan saya tulis semula untuk tatapan pembaca yang mana akan saya emailkan setelah siap semakan sepenuhnya.
TINDAKAN
Saya tidak terkejut dengan maklumat beliau kerana memang sudah menjadi tugas kami sebagai pegawai risik akan menubuhkan sebuah bilik gerakan disetiap negeri dan diketuai oleh pegawai tentera yang biasanya berpangkat mejar dengan dibantu oleh beberapa orang angota bukan pegawai.
Tugas kami adalah melapurkan segala kejadian yang berlaku di kawasan tangungjawab kami kepada Markas ATCK (Anggota Tentera Cawangan Khas). Seterusnya pihak kami akan membuat ulasan dan laporan kepada pihak atasan dengan objektif memastikan kerajaan yang akan dipilih bebas dari sebarang ugutan dan merupakan pilihan sebenar rakyat.
Kami juga akan meramalkan siapakah yang dijangka memenangi pilihanraya tersebut. Cawangan ini (ATCK) memang amat terkenal dengan ketepatannya meramalkan kemenangan sesuatu parti yang bertanding. (Macam Nujum Pulak - ishhhhhhhhhh semakin sesat nampaknya askar ni).
Ini terbukti dengan ramalan kami bahawa PAS akan terus memerintah negeri Kelantan walaupun SB Polis mengatakan BN akan menang disana.
ATCK DALANG PEROMPAK BESAR NEGARA
Namun begitu isi kandungan yang dibaca oleh sahabat saya ini amatlah berbeza dengan laporan yang pernah kami keluarkan semasa saya masih berkhidmat dahulu.
Menurut sahabat saya ini, MINDEF telah mengenalpasti kubu kuat parti pembangkang (BA) yang perlu digempur oleh BN. Cadangan -cadangan juga telah diberi dengan memberikan beberapa taktik jahat bagaimana untuk melemahkan sokongan rakyat kepada BA melalui propaganda yang merupakan senjata utama ATCK.
Beliau telah bertanya kepada saya adakah memang menjadi tugas tentera untuk menidakkan hak rakyat dengan mengajar perompak menipu???????? Sungguh memalukan sikap kepimpinan tentera sekarang
SOALAN KEPADA KETUA ATCK
Jadi, saya ingin bertanya kepada ATCK, apakah yang mendorong saudara menjadi seorang yang tidak bermaruah. Sanggup menggadai kehormatan diri demi menjaga kepentingan segelintir pihak yang cuba untuk menipu rakyat dengan menjadi kan saudara sebagai kuli, hamba abdi, balaci seterusnya menjadikan seluruh warga KORRIS (Kor Risik) dan ATM serta bekas tentera sebagai batu loncatan saudara untuk mengejar kemewahan dunia tanpa sedar bahawa lubang kubur sedang menanti dihadapan.
Ingatlah bahawa disamping menjalankan tugas, tanggungjawab kepada Allah jangan dilupakan. Jangan fikir saudara akan boleh senang lenang dengan rasuah daripada pihak BN (Bangsat Negara) yang pastinya akan kami bongkar apabila BA berjaya memerintah nanti. Saya juga ingin mengingatkan saudara bahawa sebagai seorang tentera, saudara masih terikat dengan Akta Tentera dan PMAT (Perintah Majlis Angkatan Tentera) yang dikeluarkan sebagai arahan rasmi. Adakah saudara fikir akan dapat lari daripada dakwaan yang akan kami siapkan menjelang pemerintahan alaf baru bersama BA????
Kamu mungkin lupa apabila menerima rasuah tapi bukan kami!!!. LATARBELAKANG KETUA ATCK Secara terperinci tidak dapat saya jelaskan kerana hal ini hanya akan saya dedahkan lagi setelah BA berjaya nanti, walaubagaimanapun untuk pengetahuan pembaca semua beliau ini merupakans eorang yang berada di dalam keadaa amat kecewa kerana gagal mendapakan 'Bintang' setalah bertungkus lumus membodek semua menteri besar dan panglima yang terdahulu. Beliau ini berpangkat Kolonel.
Beliau dirasakan telah direkrut oleh ejen BN dengan dijanjikan habuan yang cukup lumayan termasuk bintang yang di tunggu-tunggu. (hah tunggulah! Kalau bintang tak datang, bulan akan menyinar dan disaksikan oleh mata yang sentiasa terbuka).
AMARAN KEPADA PETUGAS BA TERUTAMA PAS DAN KeADILan
Berhati-hati apabila berhadapan dengan ejen-ejen ini kerana mereka ini bertindak dengan cara yang teramat istimewa dan teramat professional. Mereka ini telah dilatih untuk tidak bergantung kepada wang semata-mata sebagaimana SB Polis bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Mereka ini akan cuba berbaik-baik dengan petugas bagi mengetahui perancangan yang telah dibuat untuk dilapurkan kepada PM.
Kebanyakan yang ditugaskan adalah anak kampung itu sendiri bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mudah bergaul dengan orang ramai tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka. Oleh itu :
1. Jangan beri jawapan kepada orang luar yang berambut pendek (biasanya) dan boleh diagakkan sebagai ejen rahsia ATCK.
2. Kalau nak jawab pun sila jawab berlawanan daripada jawapan yang sebenarnya. Ini bertujuan unutk mengelirukan ejen tersebut seterusnya cadangan yang akan diberi kepada PM akan menjadi lawak lagi bodoh.
3. Jangan layan apa pun kehendak mereka dan kalau comfirm boleh halau saje terus
4. Ambil maklumat seperti no plat kereta, gambar mereka, seterusnya butir-butir mereka . Ini bagi membolehkan BA mengambil tidakan membuat Laporan Polis yang mana anggota ini telah melanggar arahan kerajaan supaya anggota tentera tidak boleh terlibat secara aktif di dalam politik. Kita juga boleh mengeluarkan gambar-gambar mereka di dalam Harakah supaya diambil tindakan. Kes-kes sebegini akan dapat menakutkan ejen-ejen ini daripada merapati markas/bilik gerakan BA.
CARA MENGENALI EJEN ATCK
Berikut adalah beberapa cara yang boleh di ambil kira:
1. Berpakai agak kemas tidak seperti SB yang macam sial.
2. Biasanya menaiki kereta iswara/wira bewarna putih dibekalkan oleh Spanco atau Nissan wagon bewarna biru.
3. Jika menaiki pajero, model yang digunakan sama dengan yang digunakan oleh kerajaan.
4. NoPlat yang digunakan adalah no plat Wilayah dan sama seperti kenderaan polis. INGATAN UNTUK EJEN ATCK Kamu tu sedarlah sikit, kerana kamulah yang menyebabkan parti seperti BN terus memerintah negara tanpa mengenal apa itu hak rakyat.
Adakah kamu lupa bahawa anak-anak kamu , isteri kamu mengharapkan kamu mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah. Kamu ingat sekiranya isteri kamu sedang mengandung, anak kamu mungkin menerima akibat dan bala akibat balasan tuhan keatas kamu yang bersubahat menidakkan kebenaran, meyokong pemimpin yang zalim.
Adakah kamu lupa bahawa elaun yang kamu terima itu amatlah jauh lebih rendah daripada yang boss kamu terima. Paling banyak kamu boleh dapat ialah sekitar RM200.00 sahaja sedangkan bos kamu semestinya minimum sebanyak RM 20,000.00 untuk pilihanraya ini.
Adakah kamu sewaktu memasuki tentera dahulu mengaku akan bersedia dianjing-anjingkan oleh pihak atasan yang bodoh dan bongkak.????? Ingatlah bahawa keikhlasan kamu adalah JIHAD dan sumbangan kamu adalah sedekah yang akan tetap Allah berikan ganjaran.
Kamu perlu ingat bahawa sekaya mana pun seseorang dimuka bumi ini, Ugama tetap menjadi pegangan dan Allah tetap menjadi penentu segala. Sedarlah wahai anggota tentera yang terlibat.
SOALAN UNTUK ANGGOTA TERLIBAT
1. Adakah ATM akan bantu kamu apabila BN memerintah nanti?
2. Adakah ATM akan memberikan kamu keistimewaan jika BN bejaya memerintah?
3. Adakah boot/kasut buruk kamu itu boleh ditukar baru apabila BN terus memerintah? (Sebagaimana soalan yang telah dikemukan di TUDM Kuantan baru-baru ini)
4. Adakah bos kamu akan menjadi seorang yang menghormati hak kamu apabila BN menang? (Semakin bongkak mungkin)
5. Adakah kamu akan dinaikkan pangkat jika BN memerintah?
6. Adakah kamu fikir ibu/bapa kamu yang menjaga kamu sejak kecil bangga mempunyai anak yang takut menegakkan kebenaran?
7. Adakah ATM akan memberikan kamu keistimewaan jika BN bejaya????
8. Adakah kamu lupa bahawa Allah sentiasa memerhati gerak-geri kamu?
9. Ingatlah kamu sedang menyelewengkan hak seluruh warga tentera dan kamu turut memalukan selurh warga bekas tentera yang turut rasa terhina dengan kesanggupan kamu menerima kemungkaran dan penipuan sebagai ikutan.
10. Adakah kamu merasa bangga hanya dengan dapat menggunakan kereta kerajaan sedangkan dimasa yang sama ibu dan bapa kamu ditipu, diperah keringat untuk membayar cukai demi kesenangan ahli politik durjana.
11. Kamu harus ingat, sekiranya BN terus memerintah dan fitnah terus berleluasa, kamu juga akan turut menanggung dosa kerana kamulah orang yang menyebabkan mereka ini terus melupakan Allah.
12. Kamu juga akan menjadi penyumbang kearah masyarakat tentera yang penuh dengan budaya bodek dan menipu. Sekali lagi diingatkan. Allah sentiasa memerhati.
APA YANG ATCK BOLEH BANTU KAMI
1. Beri gambaran yang salah kepada pihak atasan. Sokongan kamu kepada Islam adalah JIHAD.
2. Beri maklumat yang salah kepada Bilik Gerakan BN.
3. Dedahkan kisah sebenar kepada media pro kebenaran seperti Harakah. Kalau boleh termasuk gambar penipuan yang dilakukan oleh BN dan ATCK.
4. Dedahkan arahan ketua kamu supaya kamu menyokong BN supaya beliau boleh dikenakan tindakan selepas ini. Kita boleh lihat adakan PAT/PTD/KSPP mampu bertindak ? Jika tidak rakyat serata seluruh warga ATM akan mengambil tindakan.!!! Kami akan turut membantu walaupun hanya diluar.
PERINGATAN KEPADA PAT
1. Kamu kononnya bertindak dengan tegas, tapi kenapa kamu selewengkan dan menipu hak rakyat?
2. Kenapa kamu sokong parti politik sedangkan kamu sepatutnya memastikan parti yang bertanding menang dengan usaha sendiri? DAN MEMANG DIPILIH OLEH RAKYAT.
3. Kenapa kamu memilih seorang pegawai kanan yang rendah akhlak sebagai ketua ?
4. Allah berikan kamu peluang menjadi begitu dihormati, berpangkat dan kaya tapi adakah ini balasan kamu kepada Nya??? Menindas dalam diam hak rakyat??
5. Ingat bahawa kesenangan yang diberikan hanya sementara, Allah boleh menarik semula dengan segera tanpa amaran!
RAYUAN KEPADA PAT
1. Wujudkan kebenaran.
2. Berikan kepada yang hak.
3. Keikhlasan kamu adalah JIHAD!.
4. Kami sentiasa mendoakan saudara berada didalam golongan yang beriman.
5. Dedahkan kemungkaran BN untuk diadili.
6. Pastikan pemimpin negara tidak dianiaya sebagai ejen asin kononnya, sedangkan kamu tahu siapa sebenarnya ejen asing itu! ( Risik 5 telah terbukti berjaya mengawal pengaliran keluar maklumat rasmi kerajaan dengan penangkapan ramai ejen negara luar. ( BUKTI KAN SEKALI LAGI MAHAFIRAUN KAH ATAU ANWAR YANG TERLIBAR MENERIMA BANTUAN ASING)
7. Ganggu siaran TV/Radio dengan bantuan RSPE (Rejimen Semboyan Peperangan Elektronik) apabila BN menyiarkan berita yang memburuk dan menghinakan ulamak yang sepatutnya mereka sanjungi dan jadikan teladan sebaliknya siarkan/selitkan kisah sebenar yang berlaku.
8. KUASA DITANGAN YANG DIBERIKAN ALLAH JANGAN PERSIAKAN DAN JANGAN DISALAHGUNAKAN!. BANTULAH KAMI.
PENUTUP
Sesungguhnya, pendedahan yang saya lakukan bukanlah bertujuan memburukkan sesiapa, tetapi sebagai permulaan kepada perubahan kearah kebenaran. Untuk semua warga tentera dan bekas tentera, pilihlah kebenaran sebagai sandaran, buktikan Islam sebagai pegangan.
Mari bersama menukar kerajaan kepada yang lebih adil dan bermaruah. Undi kamu walaupun satu tetap membantu. Walaupun menjadi amalan SPR undi tentera di jadikan umpan ikan dan harimau, ingatlah kuasa Allah mampu membantu asalkan ikhlas dan sentiasa bertawakkal kepada Nya.
Kenyataan pengerusi PBTM janganlah dijadikan punca hilang keyakinan sebaliknya jadikan ia sebagai satu cabaran. Insyallah, jika BA berjaya , mereka yang membantu BN selama ini menipu akan kami pecahkan tembelang mereka dengan bentuan daripada seluruh rakyat Malaysia. Takbir! Takbir! Takbir
Yang benar,
DULU RISIK TENTERA KINI RISIK NEGARA