ReformIS

[ Contents | Post ]

Pertarungan Di Baling- BA OK BN KO

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:57:52

Comments

Pertarungan Di Baling- BA OK BN KO

Pertempuran antara BN dengan BA di Baling sudah sampai ke penghujungnya walau pun hari penentuan belum tiba lagi di mana pihak BN sudah pun tewas sebelum berjuang dengan pukulan KO. Ini berdasarkan kepada insiden dan fenomena berikut :

Guru-Guru Turun Ke Padang Secara Terbuka Untuk Berkempen Bantu Calon PAS Tanpa rasa takut dan penuh semangat kelihatan guru-guru serta kakitangan kerajaan turut mengunjungi markas-markas PAS dengan membawa bahan-bahan cetak REFORMASI untuk diedarkan kepada penyokong-penyokong UMNO dan yang di atas pagar dengan bantuan maklumat daripada petugas-petugas PAS. Di kedai-kedai kopi pula mereka tanpa berselindung lagi memberikan hujah-hujah kepada orang-orang kampong mengapa kali ini BA mesti perintah Malaysia. Dalam hal ini MAHAFIRAUN sudah silap besar kerana pilihanraya dibuat ketika cuti sekolah di mana guru-guru punyai masa 100 % untuk tujuan berkempen ini. Gelagat guru-guru ini memberi kesan yang amat besar kepada orang-orang kampong untuk memihak kepada BA. Guru-guru ini mungkin menyahut SERUAN JIHAD yang sering dilaungkan oleh Ustaz Taib Azamuddin di dalam ceramah-ceramahnya . . . . . . . .

Kaum Thai ( Siam ) Baling Tubuh Markas PAS Tindakan nekad kaum Siam ini betul-betul menjadi petanda bahawa BN pasti tewas ! Tidak pernah terjadi di dalam sejarah pilihan raya Baling dua markas PAS dibina dan dijaga oleh kaum Siam dan mereka telah sebulat hati untuk memberikan undi kepada calon BA kerana mereka telah membuat kesimpulan bahawa Wakil Rakyat BN adalah pembohong ! Markas PAS itu dibina dengan sukarelanya oleh mereka sendiri di Kampong Thai Sirako dan Kampong Thai Jalan Asam Jawa. Sementara pengundi kaum Siam di Kampong Thai Pegang ( Kg Pajak ) telah sebulat suara untuk tidak mahu keluar mengundi kerana mereka juga telah ditipu oleh Non Toyu beberapa kali sebelum ini. Kesannya daripada fenomena ini mengakibatkan BN kehilangan 400 undi .Kalau orang Siam pun dah buat keputusan untuk nak undi PAS, tak kan orang Melayu Islam tak mau pula . . . . . . . . . .

Semakin Banyak Bilik Gerakan UMNO Kosong Ini adalah benar kerana menurut petugas-petugas UMNO, pada tahun ini calon-calon BN tersangat kedekut untuk menghulurkan duit . Perkara ini berlaku kerana calon-calon BN sendiri tidak mahu manabur banyak kerana mereka sendiri tidak berkeyakinan untuk menang. Hal ini dinyatakan sendiri oleh mereka di dalam satu mesyuarat tertutup bersama penyokong kuat mereka. Patutlah di markas BN asyik makan roti kering saja . . . . . . . .

Tok Guru UMNO Baling Gementar Lutut Barangkali kerana terasa takut dengan kehebatan ilmu Bekas Imam Masjid Negara , Tok Guru UMNO ni sudah hilang mood untuk berceramah lagi . Sebelum ini bukan main garang lagi Tok Guru UMNO ni berceramah, tetapi sejak Ustaz Taib Azamuddin mula menjelajah seluruh Baling mematahkan hujah-hujahnya dengan menggunakan bukti-bukti yang sahih melalui ayat Al-Quran dan Hadis, nampaknya ceramahnya pun bernada slow. Orang kampong dah boleh menilai sendiri . . . . . . yang mana patut ikut, cakap Ustaz Taib Azamuddin yang berjuang kerana Allah swt semata-mata sebab sanggup meninggalkan gaji ribuan ringgit ATAU Tok Guru UMNO ni yang berceramah kerana dapat elaun RM 50.00 sekali berceramah . . . . . . . .

Calon BN Gelabah Bila Bacian Terkini Mereka Kalah Laporan mutakhir daripada Bilik Gerakan BN saban hari yang penyokong mereka semakin merosot dan akhirnya ke tahap kalah menyebabkan ketiga-tiga calon BN kecut perut. Gelabah mereka semakin menjadi - jadi bila semakin dekat dengan hari pengundian. Demgar-dengar khabar ada antara tiga mereka ini sudah nak tukar bomoh lain pulak. Tak Syirik ke pakai bomoh ni ? Laporan rakan saya dekat sempadan nanti boleh pastikan ini.

KeAdILan Baling Giat Bantu Calon PAS Syabas kepada saf kepimpinan Parti KeADILan Baling kerana usaha mereka siang dan malam bertungkus-lumus untuk membantu berkempen untuk Calon PAS. Undi daripada ahli KeADILan yang seramai 2 000 lebih tu sudah tentu menjadi penentuan kemenangan muktamad kepada calon PAS kerana hampir semua ahlinya adalah bekas ahli UMNO Baling. Teruskan perjuanganmu wahai pejuang-pejuang REFORMASI !!

Wanita UMNO Baling Dah Putus Asa Untuk Berkempen Keluhan daripada AJK Tertinggi Wanita UMNO untuk terus berkempen semakin kerap didengari kerana kata mereka kebanyakan orang harapan mereka sebelum ini di kampong-kampong sudah lari menyokong PAS. Yang tinggal pun suami dah tak bagi pula untuk bantu mereka kerana gelombang PAS sudah menular ke segenap ceruk rantau kampong. Apa lagi desas-desus berbunyi menyatakan ketua mereka tidak suka kepada dua calon BN yang ada sekarang . . . . . . . .Patutlah satu sumber memberitahu bahawa ada pemimpin wanita suruh ahlinya 'kerat' si anu tu . . . . . . . .Ini sudah cukup bagus !

MCA & MIC Lebih Banyak Ketawa Daripada Bekerja Fenomena ini sangat ketara bila kita cuba sembang-sembang dengan mereka. Mereka ketawa kerana calon-calon BN ni bodoh-bodoh belaka sebab dalam satu parti pun tak mahu bersatu. Alasan yang diberikan ialah jentera calon adalah berasingan selain daripada bilik gerakan calon yang berasingan. Calon-calon UMNO ni sombong kerana jarang ajak mereka berbincang. Jangan terkejut kalau ditanya siapa akan awak pilih ? Jawapannya lebih ramai menjawab itu HAJI BESARLAH . . . . . . . . . . Kalau tak percaya cuba tanya orang Cina di Pekan Baling . . . . . . .. .

Semakin Banyak Sumbangan Untuk Markas PAS Nampaknya Allah swt telah memberikan terlalu banyak rezeki kepada pejuang-pejuang jihad PAS kali ini. Apa tidaknya kerana saban hari bertimbun-timbun sumbangan dalam bentuk makanan dan lain-lain keperluan. Yang terkini sumbangan beras sebanyak satu lori daripada seorang muslimat. Yang lebih hebat ada dua tiga orang Taukeh Cina yang murah hati suruh ambil beberapa jenis barang makanan daripada kedainya tanpa bayar. Pesannya tolong jangan kasi orang BN tahu . . . . . .Tidak hairanlah kalau diperhatikan ramai petugas-petugas UMNO yang tak tau malu untuk tumpang sekaki pekena sepinggan dua juadah di Markas PAS. PAS berkawan dengan semua orang . . . . . . . .

YA ALLAH , BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA SEMUA CALON BA DI SELURUH MALAYSIA INI DEMI UNTUK MENEGAKKAN KALIMAT SUCI LAA ILA HA ILLALLAH DI BUMI BERTUAH INI . . . . . . AMIN.

Dulu UMNO, sekarang PAS.

Last changed: November 24, 1999