ReformIS

[ Contents | Post ]

Kesejahteraan Wanita Malaysia

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:57:01

Comments

Kesejahteraan Wanita Malaysia Terjamin Di Bawah PAS

Kaum wanita merupakan aset dan sumber tenaga manusia yang penting di Malaysia. Menyedari akan realiti ini , PAS telahpun merancang dan menyediakan agenda yang mantap dan kemas bagi melahirkan wanita Malaysia yang berilmu, bermaruah, berwawasan, berdaya maju, berketrampilan, dihormati demi memenuhi aspirasi negara di masa hadapan. MENUBUHKAN BADAN ATAU INSTITUSI WANITA YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENDIDIKAN WANITA. ? Penekanan terhadap pendidikan akhlak dan moral secara berterusan dan berkesan.

? Mendidik wanita akan hak-hak dan tanggungjawab mereka

? Mengiktiraf setiap golongan wanita sebagai aset penting dalam pembangunan negara.

? Mendidik serta menyedarkan kepentingan kemahiran keibubapaan serta tanggungjawab bersama (equal responsibility) dalam pengurusan rumahtangga.

? Menubuhkan pusat komuniti sebagai tambahan kepada instituisi formal sedia ada.

? Mempertingkatkan mutu perkhidmatan kaunseling remaja dan keluarga

MENWUJUDKAN SISTEM KERJA BERBENTUK 'EMPLOYMENT FRIENDLY' (MESRA KERJA) UNTUK WANITA BEKERJA ..

? Cuti bersalin tiga bulan.

? Cuti tambahan tanpa gaji bagi yang memerlukan tanpa hilang taraf kekananan (seniority). ? Waktu kerja anjal.

? Penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

? Mengembangkan sistem telekerja (telework).

? Melupuskan kerja syif malam bagi kaum wanita.

? Penilaian prestasi berasingan bagi lelaki dan wanita.

MENGEMASKINI DAN MENGGUBAL UNDANG-UNDANG BERKAITAN WANITA

? Mengkaji undang-undang penderaan fizikal , seksual dan sebarang pengeksploitan terhadap wanita.

? Meningkatkan taraf dan keberkesanan mahkahmah Syariah terutama dalam kes perceraian yang melibatkan hak penjagaan anak , hak nafkah dan hak harta sepencarian.

? Hak wanita untuk dilindungi sebagai rakyat tanpa diskriminasi jantina terutama di tempat kerja.

MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN WANITA DAN PRASARANA PUSAT-PUSAT KESIHATAN

? Mewujudkan konsep 'mesra hospital' di hospital dan klinik-klinik kerajaan

? Menyediakan prasarana mencukupi dan berkualiti di bandar dan desa

? Menjaga kebajikan wanita hamil - kupon makanan, kelas bimbingan 'pre-natal' dan 'post-natal'

? Menambah bilangan doktor wanita dalam setiap bidang kepakaran

MENGEMASKINI LAIN-LAIN AGENDA PERUBAHAN UNTUK MEMAJUKAN WANITA

? Mewujudkan pusat aktiviti sosial yang lebih terkawal - menggalakkan pembinaan kolam renang, jimnasium dan taman rekreasi untuk wanita.

? Bekerjasama dengan NGO's dalam aktiviti dan program masyarakat untuk memajukan wanita.

? Memberi jaminan saluran media yang lebih adil terhadap kaum wanita - menonjolkan kebolehan intelektual dan profesionalisma wanita.

? Mengemaskinikan agenda dan program untuk ibu-ibu tunggal.

DARI MEJA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Last changed: November 24, 1999