From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:53:41
Rintihan Gabungan Pelajar Malaysia Kent
Assalamualaikum wrt Kepada semua pejuang-pejuang keadilan di Malaysia dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran dan kestabilan politik, ekonomi dan sosio-budaya.
Sejarah yang silam menyaksikan bahawa Malaysia yang kita sayangi pernah dijajah, kekayaan negara diratah dengan buasnya oleh penjajah yang sememangnya bencikan kita semua. Peliknya hari ini kita masih lagi diratah dan dinafikan hak kita, tetapi hari ini kita tidak melihat penjajah kita seumpama penjajah yang lepas , kali ini kita melihat penjajah kita adalah anak bangsa kita sendiri.
Kami yang jauh di bumi bekas penjajah seakan-akan merasai perit kesakitan rakahan pejajah yang makin buas menelan anak bangsa sendiri, musuh agama Zionis yahudi dijadikan kawan sedangka ulama' pewaris nabi dijadikan hinaan. Alangkah ruginya kita hari ini tetapi itulah realitinya Malaysia tanahairku.
Jiwa yang merdeka seakan hilang ..yang datangnya hanyalah kepuraan dalam pembangunan. Hak kami selaku pengundi dinafikan ..inilah perbuatan dayus yang mencabuli hak kami, sedangkan dalam masa yang sama begitu lantang menjaja imej Multimedia Super Corridor. Terserlah kepalsuan dan ketidakadilan , keserakahan dan kehinaan.
Budaya kronisme menjadi anutan sedangkan hak rakyat didesa jauh ketinggalan. Adakah pembangunan namanya jika muda-mudi berpeleseran , yang kaya menghisap darah yang papa kedana dan maruah negara digadai kepada mereka yang berkepentingan.
Ke mana hilangnya idealisme perjuangan anak bangsa sedangkan kita menyembah kuasa barat, lantang bersuara kononya wira dunia ketiga sedangkan dalam masa yang sama berserakah menelankan perjuangan ummat Islam.Ulama' diperkecilkan sumbangannya ..pelajar universiti dinafikan hak menerusi AUKU yang mengikat idealisme perjuangan. Inikah jasa yang harus dikenang!!!!!!!!!
Sanggupkah kita melihat anak bangsa kita yang Islamnya diragut , yang maruah diheret .....mana pemerintah yang melihat. Mungkin hari ini kita mampu melihat sambil menggelengkan kepala , tetapi esok lusa entah siapa pula mangsanya ...seandainya adik kita , kakak kita ataupun anak-anak kita, mampukah kita hanya melihat sahaja .
Justeru menginsafi akan hakikat ini dan menyakini bahawa akan kecundangnya anak bangsa seandainya hal ini berlanjutan , kami menyeru agar semua rakyat Malaysia bangkit menentang sebarang kezaliman yang berlaku dalam negara kita.
Kami akan berdiri teguh dibelakang pejuang-pejuang keadilan kerana kami yakin itulah jalan yang terbaik. Lakukan reformasi dan perubahan , tumbangkan rejim BN dalam pilihanraya kali ini. Lakukanlah yang terbaik kerana kita dalah yang terbaik. Kuasa rakyat akan menentukan segalanya. Salam perjuangan dari kami yang jauh ini. Doa kami akan mengiringi kalian... Wassalam
Wakil Gabungan Pelajar Malaysia Kent, United Kingdom