ReformIS

[ Contents | Post ]

DRB-HICOM MENGANAS LAGI

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:47:33

Comments

DRB-HICOM MENGANAS LAGI

Assalamualaikum

Saya adalah salah seorang bekas pekerja anak syarikat DRB-HICOM. Saya ingin berkongsi maklumat dengan pembaca sekelian berkenaan DRB-HICOM dan peranannya semasa pilihanraya.

Seperti yg diketahui DRB-HICOM adalah merupakan sebuah syarikat kroni yang terbesar diMalaysia. Mengapakah Mahathir berani memberikan bermacam-macam kemudahan kepada syarikat ini ? Jawapannya :

a. Semenjak awal 1980an lagi pekerja2 kilang AMM di Pekan telah diangkut ke Marang untuk mengalahkan Ustaz Hadi. Tetapi semenjak 1990, bas-bas yg membawa pekerja kilang tersebut tidak dapat pergi ke Marang kerana dibaling batu oleh mereka yg berkenaan.

b. DRB-HICOM merupakan pembekal kenderaan nombor satu bagi BN. Bermacam-macam kenderaan telah dibekalkan termasuk Pajero, Trooper dan sebagainya. Sebagai balasan - DRB-HICOM dapat membekalkan kenderaan pacuan 4-roda kepada pihak Kerajaan. Pernah dahulu 4 buah Trooper dibekalkan ke Parlimen Rompin - Jamaluddin Jarjis @ Main Bini Orang dengan megahnya mengaku bahawa kenderaan tersebut adalah dari duit poket dia sendiri.

c. Bagi pilihanraya ke10 ini, saya telah dimaklumkan bahawa banyak pekerja Intrakota yg berasal dari Kelantan telah diberikan wang RM100 untuk balik mengundi BN. Tapi, pekerja2 ini telah memberi jaminan - Wang Ambik -Undi Tetap Alternatif.

Dengan itu saya meminta petugas2 Alternatif mengawasi syarikat DRB-HICOM ini kerana mereka memang terkenal dengan menyalahguna pekerja mereka.

Sekian.

Osama Laden

Last changed: November 24, 1999