ReformIS

[ Contents | Post ]

FATAH `patah kandar` di DUN Sijangkang  :Episod Kedua

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:45:47

Comments

FATAH `patah kandar` di DUN Sijangkang :Episod Kedua

Assalamualaikkum w.b. buat semua penyokong B.A. Kembali lagi kita mem`bicara`kan Dato` Patah Kandar. Untuk pengetahuan semua, Dato` kita ini sebenarnya telah di`reject` oleh pihak atasan UMNO negeri Selangor untuk disenaraikan sebagai calon BN DUN Sijangkang dalam pilihanraya nanti, kerana dikatakan tidak `relevan` lagi dan ditakuti menambahkan lagi nasib malang UMNO. Dah jadi sifat tak sedar diri pemimpin UMNO, dari peringkat tertinggi sampailah ke peringkat barua-barua, yang merasakan `masih diperlukan`, Dato` kita ini telah merayu kepada pihak UMNO Pusat menerusi pengaruh istana agar dimasukkan ke dalam senarai pencalonan. Mungkin dah sedap duduk kat atas; maklumlah exco Pertanian Selangor, projek pulak masuk juta-juta, tak termasuk komisen jual tanah rakyat atas dasar` berjasa kepada rakyat`, sanggup tebalkan muka untuk pastikan cerah masa depan. Bayangkanlah, kalau puak dalam UMNO sendiri dah tak mahu terima dia, apalagi rakyat yang bertambah-tambah meluat dengan dia.

Tak faham-faham....Dahlah tu.. posternya pulak tak ceria langsung! Ada ke beri gambar muka masam, macam lepas berperang dengan bini! Kalau ye pun nak pancing undi orang yang masih tak sedarkan diri, berilah gambar yang `handsome` sikit, barulah dapat satu dua undi kesian(maklumlah muka welfare).Kalau kalahpun nanti, taklah diketawakan orang. Bak kata P.Ramlee dalamcerita "Ali Baba dengan 40 Penyamun" , "Ana mati dalam iman."

Mahligai Dato` kita ini pulak dengar khabarnya pasang ASTRO di semua bilik dan ruang tamu. Tak tahulah pulak kalau dalam jamban pun masuk ASTRO! Maklumlah duit dah banyak, tak tahu nak dihalakan ke mana. Ataupun Dato` ibarat `sakai dapat tembakau`. Kalau terlebih duit tu, rasa-rasa masih banyak orang miskin di kawasan Dato` tu, tabung surau ke, masjid ke, bayar zakat ke. Nak dikatakan duit elaun ADUN dan excotak le banyak sangat sampai boleh buat harta melimpah ruah. Inilah yang memeningkan kepala kami orang-orang kampung di sini. Bukan kami hasad dengki dengan harta Dato`, tapi manalah tahu harta kami juga ada termasuk dalam senarai harta-harta Dato`. Apa kata Dato` sendiri beritahu orang kampung tentang asal usul harta benda Dato`, atau lebih baik Dato` sendiri beritahu BPR! Barulah orang tak buruk sangka dengan Dato` yang baru setahun dua jadi YB ini. Amacam Dato`? Yang lain-lain hal peribadi Dato` tu, malaslah saya nak ceritakan. Tanya ajelah pada orang Sijangkang untuk maklumat lanjut...

Kepada orang-orang UMNO yang masih `membontoti` YB kita ini, berubahlah demi aqidah anda dan kesejahteraan agama dan bangsa. Jangan sampai anda menyesal di dunia dan akhirat kerana secubit dua kesenangan sementara di dunia. Pintu taubat masih terbuka. Masih ada waktu untuk menyesali diri.Keluarkan diri anda dan keluarga anda dari Barisan Najis dan nyatakan sokongan anda dengan mengundi PAS, teraju utama Barisan Alternatif di DUN Sijangkang dalam pilihanraya nanti.

Ingatlah pepatah lama "Sekali terkena, kali kedua beringat, kali ketiga kita mengena"

Salam Reformasi Cucu Tok Syed

Last changed: November 24, 1999