ReformIS

[ Contents | Post ]

Parlimen Sik - satu tinjauan

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 23:29:46

Comments

Parlimen Sik - satu tinjauan

Assalamualaikum,

Selain daripada Terengganu dan Perlis, Kedah adalah salah sebuah negeri yang dijangkakan akan menyaksikan pertarungan sengit antara Barisan Nasional dan Barisan Alternatif dalam pilihanraya akan datang. Baru-baru ini, ketika berkunjung ke Kedah, saya cuba membuat tinjauan secara random, ingin melihat sejauh manakah sudah berubahnya rakyat di sana berbanding musim pilihanraya sebelum ini.

Antara banyak-banyak kawasan di Kedah, saya tertarik dengan dua buah daerah di mana PAS mencalonkan dua orang tokoh yang dikenali ramai; Sik (Shahnon Ahmad) dan Baling (Ust Taib Azzamuddin).

Ini sedikit hasil kajian saya untuk Daerah Sik:

Saya merasakan bahawa untuk kali ini, Barisan Alternatif dan Barisan Nasional mempunyai peluang yang hampir sama, 50/50 di kawasan ini; itu pun bergantung kepada sejauh manakah jentera Barisan Alternatif mampu bergerak untuk mengatasi permasalahan yang bakal saya paparkan di bawah. Sebelum itu, diperturunkan di sini, nama calon2 yang bertanding kali ini dan keputusan pilihanraya parlimen Sik 1995:

P13SIK (33,862)

Melayu: 92.31% Cina: 2.15% India: 0.14% Lain: 5.38% 1. Datuk Dr Abdul Hamid Othman (BN) 2. Datuk Shahnon Ahmad (Pas) 1995: Datuk Dr Abdul Hamid Othman (BN) Majoriti 2,134

Seperti yang dapat dilihat di atas, Hamid Othman beroleh majoriti sekitar 2000 orang; dan seperti yang diketahui umum di seluruh Sik, majoriti 2000 ini datangnya cuma dari satu tempat sahaja, iaitu dari Tanah Rancangan Felda Teloi Timur.

Untuk pengetahuan, Tanah Rancangan Felda Teloi Timor ini dibukakira-kira 18 tahun yang lalu; mempunyai hampir 600 keluarga dengan jumlah pengundi berdaftar sekitar 2000 orang. Telah diketahui umum juga di daerah Sik bahawa peneroka-peneroka tanah rancangan ini rata-ratanya adalah orang luar daerah Sik. Mereka ini majoritinya adalah hardcore-hardcore UMNO di tempat asal mereka - satu2nya kriteria yang membolehkan mereka masuk menyertai tanah rancangan ini.

Untuk beberapa siri pilihanraya lepas, merekalah merupakan faktor penentu kepada jatuh bangun UMNO khususnya Datuk Hamid Othman di kawasan Sik. Kerana itu, mereka ini telah diberi layanan dan 'jamuan' yang begitu istimewa tambah-tambah pula menjelang pilihanraya ini.

Malangnya, kerana musim pilihanraya kali ini, ekonomi negara dan juga ekonomi UMNO berada di tahap yang teramat gawat, maka UMNO Sik kali ini sudah kekurangan 'telur' untuk dijamukan kepada peneroka-peneroka Felda di situ Lantas itu, timbullah satu tektik buruk, yang busuk lagi membusukkan, untuk mengelabui mata 2000 orang pengundi-pengundi ini supaya mereka terus memberi undi kepada UMNO.

Peneroka-peneroka ini telah dijanjikan oleh sekumpulan 'pemaju', bahawa tanah mereka akan diambil untuk satu project pertanian besar-besaran yang kononnya sudah pun mendapat green light dari 'orang atas'. Siapa lagi orang atas itu kalau bukan Datuk Seri Dr Mahathir Bin Mohamad. Untuk berlaku adil kepada Dr Mahathir, kita sendiri tak pasti sama ada beliau ada mengetahui kisah ini; tapi inilah apa yang dibualkan orang di sekitar Sik.

Lalu, berpesta sakanlah peneroka-peneroka ini, apa tidaknya tanah 10 ekar mereka itu akan diambil dengan harga RM1.4 juta beserta peluang menjadi rakan kongsi melalui pemilikan saham.

RM1.4 JUTA BUKAN SENANG WEI!!

Dua tiga bulan lepas, saya dimaklumkan bahawa ramai salesman terutamanya car dealers, dari Sungai Petani dan sekitarnya berulang alik ke Felda Teloi Timur untuk mencari pelanggan. Saya dimaklumkan bahawa ada seorang ejen itu mendapat beratus-ratus tempahan untuk kereta-kereta baru, seperti Perdana, Wira Aeroback dsg. Keadaan menjadi bertambah meriah dengan kedatangan berbagai ejen-ejen jualan yang lain. Suasana baru ini menyebabkan ramai peneroka2 Felda Teloi Timur lebih gemar menghabiskan masa berborak dan menyimpan angan-angan berbanding ke Ladang. Keadaan ini juga menyebabkan wujud satu macam ketegangan antara kumpulan yang percaya dengan cerita ini dan mereka yang masih rasional.

Akhirnya, saya dimaklumkan pihak polis sendiri ada turun ke Felda Teloi Timur untuk menyiasat punca cerita Nak Jadi Jutawan ini!!

Saya tak pasti apa hasilnya, tapi satu benda yang pasti hampir 600 orang Peneroka-Peneroka ini dengan jumlah pengundi seramai ~2000 orang akan memberi undi kepada Barisan Nasional kerana mereka cukup percaya dan yakin bahawa sekiranya Datuk Hamid menang di Sik nanti, mereka semua akan bergelar Jutawan!!

ISYH, ISYH! TAK SANGKA BEGITU KOTOR SUNGGUH POLITIK UMNO, SANGGUP MENIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP SEMATA-MATA KERANA NAK DAPAT UNDI PILIHANRAYA!!

Apa-apa pun, pihak Barisan Alternatif perlulah bekerja lebih keras sekiranya ingin menawan Parlimen Sik daripada tangan Hamid Othman; saya tak pasti sejauh manakan kekuatan dan pengaruh PAS di tanah rancangan itu tetapi ada baiknya jika mana-mana pemimpin Alternatif yang popular seperti Ustaz Ismail Kamus, Datuk Dr Harun Din atau pun Tuan Guru Nik Aziz dapat berkunjung ke situ untuk memulihkan kembali mereka-mereka ini yang nampaknya sudah benar-benar terpukau dengan mainan licik politik UMNO ini!!

Jika tidak, harapan kita untuk melihat Ex-YB Datuk Dr Abdul Hamid Bin Othman kecundang di gelanggang sendiri akan terus tinggal harapan......

- sekian dilaporkan

Last changed: November 24, 1999