ReformIS

[ Contents | Post ]

Apa yang BN canang

From:
Date: 24 Nov 1999
Time: 22:37:54

Comments

Apa yang BN canang

Ideologi merupakan isu yang semakin hangat diperkatakan oleh media-media kerajaan BN sekarang. Rata-rata calon BN yang bertanding persoalkan isu yang PAS, KeADILan, DAP dan PRM tidak boleh bersatu. Alasannya Mudah. Kerana

gabungan BA diwakili oleh rakyat yang berbagai kaum. Mereka dakwa, PAS adalah parti Islam untuk orang melayu. DAP pula extremis china indirectly anti melayu. KeADILan pula masih kabur perjuangan sementara PRM kurang bermaya dipersada politik tanahair. Jadi mengapa rakyat harus sokong gabungan seumpama ini.

Untuk mereka (BN), kerajaan sekarang adalah yang terbaik. UMNO, MCA, Gerakan, MIC adalah yang paling bagus. Menurut Dr. Ibrahim Saad (calon BN Pematang Pauh), tiada alternatif untuk kerajaan sekarang. Yang Ada Cumalah BN. Pemimpin Sekarang kata BN pentingkan kestabilan dan keharmonian negara. Mereka mahukan perjuangkan nasib semua rakyat.

Tolonglah BN don't be such hipokrit and actor in making your statement. Apa yang ada dalam perlembagaan BN, bukankah salah satunya untuk pertahankan (iyea ke) maruah dan agama islam. MCA pula, bukankah untuk pertahankan martabat kaum cina dan hal yang berkaitan dengannya. MIC pula, Untuk Kaum India. Gerakan, kununnya universal, masih untuk kaum cina.

Jadi basicaly, Ideologi parti yang ada dalam BN juga boleh dipersoalkan. Jika mereka kata PAS dan DAP tak boleh duduk semeja, mengapa pula UMNO dan MCA atau MIC boleh. Kalau kata DAP menolak negara Islam, then yang tunggul MCA, Gerakan atau MIC tuh bagi ka!!!!! (tolong jawab). Or kalau kata DAP perjuangkan Malaysian Malaysia atau hak sama rata semua kaum, then MCA,

Gerakan atau MIC tuh tak ada cita-cita yang sama ka. Kalau tak..jadi tak gunalah rakyat undi mereka. Sedarlah sikit wahai pemimpin BN yang semuanya intelektual (depa la kata) tuh.

Sebenarnya, persoalan gabungan Alternatif usahlah dipersoalkan. Terus-terang saya katakan, barisan sebenarnya telah lama praktikkan sistem ini. Jika ia berjaya untuk mereka kenapa tidak untuk BA. Cuma para pengundi harus sedar satu perkara. Yang membezakan kedua-kedua parti adalah agenda perjuangan mereka. Jangan dipecahkan perkataan BN or BA menjadi DAP, Umno atau PAS, MCA. Jika kita lihat kedua-dua kumpulan sebagai gabungan, then jelaslah

kelihatan BA perjuangkan hak rakyat tidak kira, melayu, cina atau india

iaitu keadilan dan hak rakyat. BN pula kelihatan sebagai barisan yang tidak tetap pendirian dan kabur perjuangan. UMNO tidak 100% untuk orang melayu. MCA tidak 100% untuk cina (jika betul, mengapa biarkan anak melayu menguasai kemasukan ke MRSM contohnya). Begitu juga MIC. BN lagilah, hanya muncul

semasa pembentukkan kerajaan dan pilihanraya.

Untuk pengakhir kalam, janganlah terpengaruh dengan apa yang dicanagkan oleh media BN. Isu ini adalah mainan politik semata-mata. Soal perjuangan kaum adalah menjadi ideologi setiap parti yang ditubuhkan. Cuma yang bezanya

adalah perjuagan yang menyeluruh oleh setiap gabungan. Kita telah lihat apa yang BN sudah lakukan ke bumi Malaysia. Kita belum lihat apa yang mampu BA lakukan keatas negara kita yang tercinta ini. Jadi saya rasa sudah sampai ketikanya kita mencuba sesuatu yang baru. Ibarat fitrah hidup manusia, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti dan kerajaan yang sudah lama memerintahkan sampai sudah ketika nya untuk orang baru memerintah.

Mari kita lihat apa yang BA boleh buat, tidak lama saudara-saudari sekalian cuma lima tahun. Jika kita puas hati kita teruskan, jika tidak kita tukarkan BA dengan yang baru. Itulah prinsip alam maya ini. Cuma satu persanan saya, jangan terpengaruh dengan apa yang kita dengan dan lihat, gunakanlah cahaya hati untuk membuat penentuan pada 29 haribulan ini.

Syabas saya ucapkan untuk semua rakyat Malaysia dan selamat mengundi.

Honolulu, Hawaii. Webmaster boleh hubungi saya di pv1roy@hotmail.com (tolong jangan pamirkan e-mail saya. Terima kasih. "bersama kita berjihad"

"kebenaran pasti muncul jua akhirnya"

Last changed: November 24, 1999