ReformIS

[ Contents | Post ]

JAWAPAN KEPADA BEBERAPA DAKYAH DIDALAM KEMPEN BARISAN NASIONAL.

From: Pemerhati Kempen 1999
Date: 24 Nov 1999
Time: 02:45:22

Comments

JAWAPAN KEPADA BEBERAPA DAKYAH DIDALAM KEMPEN BARISAN NASIONAL.

Di dalam kempen pilihan raya BN disekitar lembah Klang, mereka telah menggunakan pelbagai pendekatan dan hujah hujah untuk memujuk pengundi. Hujah yang sering dibangkitkan dan jawab an bagi hujah hujah tersebut dijelaskan didalam penuklisan ini. Para pembaca diharap mencetak dan meyebarkan kepada para pengundi dikawasan masing masing.

Isu 1: Sudah banyak doa dan sudah banyak solat hajat dibuat untuk DSAI hingga ke Mekah tetapi tidak ada hasil, sudah tentu DSAI melakukan kesalahan. Jika dia dizalimi doanya tiada hijab dengan ALLAH.

Jawabnya: Ini adalah hujah orang yang kurang faham tentang agama. Doa yang makbul tidak semestinya jelas saperti berlakunya benda benda yang ajaib, misalnya mereka yang zalim jadibatu serta merta. Doa Nabi Ibrahim untuk menjatuhkan Namrud, Doa' Nabi Musa untuk menjatuhkan Firaun bukannya jelas makbul serta merta tetapi bertahun tahun. Bila sampai waktunya akan sampailah balasan Allah secara jelas. Begitu juga kezaliman yang menimpa Nabi Muhammad didalam mengubah masyarakat kufar Mekah tidak dibalas dalam sekelip mata, tetapi bertahun tahun baru Mekah dapat di Islamkan.. Dalam kes DSAI kita tidak bolih mengharap sesuatu yang ajaib akan berlaku segera, kerana sejarah telah menunjukan ramai pemimpin mukmin yang besar besar saperti Saidina Ali juga gugur kerana kezaliman . Walaubagaimana pun sebenarnya telah banyak tanda tanda menunjukan usaha usaha tersebut telah memperjelaskan kebenaran disebelah DSAI. Cara beliau ditangkap, cara beliau dipukul olih KPN, cara pendawaan dibuat, cara perjalanan mahkamah, cara saksi saksi beraksi, cara cara bukti tilam dan DNA dilakukan, cara cara bagaimana saksi pembela di halang, gelagat Hakim yang berat sebelah ,cara hukuman dijatuhkan , cara bagaimana pendakwa menukar nukar tarikh tuduhan beberapa kali selepas dakwaan dibuat bagi kes yang sedang berjalan , kegagalan hakim membenarkan ikat jamin bagi kedua dua kes tuduhan dan bagaimana kes ini ditangguhkan semasa musimpiliharaya ini secara sewenangnya telah menunjukkan dalil yang jelas betapa DSAI telah dianiaya disamping membuktikan betapa jijiknya PM menggunakan institusi mahakamah, polis dan mass media untuk menjalankan fitnah dan untuk menentukan kemenangan BN. Keterangan Annes Munawar, sukma dan Mior yang mngatakan mereka dipaksa oleh polis untuk membuat pengakuan diliwat olih DSAI menjadi dalil yang nyata bagaimana kezaliman pemerintah untuk menginiaya DSAI. Sekiranya benar buat apa mereka bersusahpayah mengambil risiko untuk menafikan buatan terkutuk itu kerana DSAI tidak ada kuasa lagi untuk melindungi mereka. Pehak pendakwa hanya tinggal penyaksian dari Azizan sahaja untuk mensabitkan DSAI, tetapi yang jelasnya kenapa beliau tidak dipenjara kerana mengaku menjelankan kegiatan liwat seperti yang dikenakan kepada Munawar dan Sukma. Bertambah jelas lagi Azizan adalah seoarang penzina yang telah ditangkap basah . Penyaksiannya mengikut ajaran Islam dan standard mahkamah antrabangsa sekali pun tidak dapat diterima.

Segala dakwaan yang dikenakan keatas DSAI dan beberapa pendedahan dan pengakuan yang dibuat oleh beberapa pehak adalah semata mata untuk menghina dan memburukan beliau supaya rakyat tidak mempercayai dan menyokong beliau. Tetapi mereka dan PM boileh merancang tetapi ALLAH yang akan menentukannya. Sekarang jelas terbukti bahawa doa' dan solat hajat orang ramai telah termakbul kerana orang ramai telah dapat melihat kebenaran dicelah kerja kerja kotor PM dan para konspiratornya, malahan para bijak pandai, para ulamak, para pendiddik,pentadbir, usahawan, pekerja, petani,nelayan,penuntut penuntut IPT, murid sekolah telah bangun dan menyokong DSAI. Satu lagi bukti yang nyata bahawa parti pembangkang yang utama di Semenanjung yang dikatakan tidak boleh bersatu didalam menentang BN telah berjaya bersatu dan bekerjasama untuk menumbangkan BN. Yang jelasnya DSAI kini dibela oleh jutaan rakyatyang tidak pernah rapat dan mendapat faedah dari kedudukannya dahulu ,sedangkan mereka yang dianggap orang2 yang rapat dengannya dahulu yang menikmati kedudukan yang tinggi dan kekayaan yang selesa bukan sahaja meninggalkannya tetapi telah memijaknya pula.

Isu 2: BN jatuh ketuanan Melayu jatuh.

Jawapannya: BN atau UMNO jatuh kalau mereka kalah banyak kerusi. Boleh dikatakan semua calun calun UMNO ditentang oleh calun calun Melayu dari Parti Alternatif. Jika calun Umno kalah iaakan kalah kepada calun Melayu dari PAS,Keadilan,PRM dan DAP dan Melayu masih menguasi Parlimen. Dimana lojik ketuanan Melayu akan hilang, yang hilang ialah ketuanan Melayu UMNO yang kini telah menguburkan Bank Bumiputra, mengambil banyak tanah tanah rezab Melayu, menghapuskan biasiswa untuk orang Melayu yang diperuntukan didalam perlembagaan serta menjalankan projek perumahan mewah yang hanya di huni oleh orang bukan Melayu, yang menghapuskan kedaulatan Raja Raja Melayu dan tidak serious didalam mendaulatkan bahasa Melayu dan tulisan jawi. Stastik menunjukkan calun Melayu yang ditampilkan oleh barisan Alternatif adalah lebih banyak dari yang dicalunkan olih BN. Malahan parti DAP ada mencalunkan orang Melayu.Adakah MCA, MIC dan GERAKAN mencalunkan calun Melayu? Jadi Barisan manakah yang lebih Melayu?

Isu 3: UMNO jadi parti tunjang dalam BN dengan mempunyai 103 kerusi parlimen.Oleh itu mereka boleh membuat keputusan untuk faedah Melayu dan Islam dan parti parti lain saperti MCA dan MIC kena patuh.

Jawapan; Kalau benar ini suatu hakikat, kenapa UMNO tidak boleh melaksanakan hukum hudud untuk orang Islam sahaja? Ini bermakana Umno tidak ikhlas memartabatkan hukum Islam. Kenapa kes liwat DSAI tidak dibuat bawah undang undang syariah yang telah diperuntukan didalam pindaan kepada Perlembagaan? Kerena standard pembuktian hukum syariah tidak dapat dipatuhi? Mana ikhlasnya UMNO? ,mendabik dada kata Malaysia Negara Islam tetapi kenapa Kasino dan pelbagai judi masih ada, kata parti tunjang, hapuskanlah? Sebenarnya sekarang dibawah Mahathir Umno sebagai parti tunjang telah diperalatkan oleh sekelumpuk kecil pemimpin untuk mengayakan kroni dan suku sakat mereka sahaja. Jika BA memerintah orang Melayu juga yang akan menunjang kerajaan kerana 3 dari 4 parti didalam BA, iaitu PAS, KEADILAN dan PRM adalah ditunjangi oleh orang Melayu. Manefesto BA jelas menunjukkan DAP mengiktiraf hak hak Melayu yang diperuntukan dalam Perlembagaan dan juga kedudukan Agama Islam.

Isu 4: Cita cita parti pembangkang tidak sehaluan , macam mana nak memerintah?

Jawapannya: Matlamat parti parti dalam BN sehaluan kah? UMNO nak jaga kepetingan Melayu, MCA nak jaga Cina, MIC nak jaga India, UPKO nak jaga Kadazan. Gerakan pernah jadi parti pembangkang sekarang dalam BN, adakah cita cita gerakan benar benar sama dengan UMNO atau dengan MCA. Kenapa mereka boleh memerintah. Oleh itu bukan sesuatu yang mustahil parti parti dalam BA boleh bersama sama memerintah. Sekarang mereka telah menggariskan matlamat yang sama dan dimanifestokan dengan jelas . Oleh itu apa masalah BA untuk memerintah, sedangkan jentera dan organisasi kerajaan akal kekal dan yang bertukar hanya parti pemerintahnya sahaja. Pertukaran kerajaan di Kelantan tidak ada masaalh pun, begitu juga pemerinyahab telah kerap berlaku di Indonesia, India, Britain dan di Amerika juga.

Isu 5: Ceramah parti pembangkang penuh dengan fitnah dan maki hamun.

Jawapannya: Saya sering pergi ceramah politik, baik BN atau BA. Kenyataan diatas sebenarnya fitnah. Ceramah BA banyak membuat pendedahan yang mempunyai bukti dan point, serta diketahui ramai. Adakah mengatakan anak anak PM dan ipar duainya banyak menguasai perniagaan itu fitnah? Adakah dakwaan yang mereka dapat banyak kontrak di KLIA dan KLCC itu fitnah? Adakah dakwaan yang mengatakan PM menggunakan Petronas untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan yang Mirzan miliki itu fitnah? Adakah dakwaan penyalahgunaan institusi Polis, Peguam Negara dan Kehakiman itu fitnah? Adakah dakwaan rasuah terhadap Rafidah dan Daim itu fitnah? Adakah dakwaan bahawa kebanyakan Menteri , Meneteri Besar dan wakil wakil rakyat BN kaya raya itu fitnah? Adakah dakwaan yang mengatakan PM mengatakan Nabi tidak bercukur kerana masa zaman itu tidak ada Gillette itu fitnah? Adakah penyingkiran Mufti yang mempertahankan perlaksaan hukum pertadbiran Islam itu fitnah? Adakah dakwaan Daim menggunakan kedudukannya dan hubungannya dengan PM untuk mengaut perniagaan dilaut,dimuka bumi dan diangkasa itu fitnah? Adakah cadangan untuk mengswastakan perkhidmatan hospital yang melibatkan syarikat anak PM itu fitnah? Adakah biasiswa untuk bumipura telah dihapuskan beransur ansur itu fitnah? Adakah orang Melayu tak mampu hantar anak ke IPTS itu fitnah? Adakah perjalanan mahkamah dipolitikan olih PM itu fitnah?

Tentang maki hamun itu tiada pula didengar tetapi lawak lawak lucu saperti yang digunakan oleh penceramah BN itu biasalah. Cakap cakap PM didalam siaran langsung di TV itu lagi banyak fitnah dan maki hamun..

Isu 6: Tidak patut sungguh memanggil PM Firaun dan Mahazalim kerana beliau telah banyak berjasa.

Jawapannya: Penceramah BN berdakyah untuk mendapatkan simpati dengan mngatakan bahawa Firaun membunuh orang, PM tak bunuh orang. Apa zalimnya PM, banyak pembangunan dan jasa yang telah dibuat.. Segala jasa yang dibuat tidak disanggah malahan dipuji. Masa awal pemerintahannya mana ada majority rakyak mengatanya. Tapi bila sudah lama berkuasa dia telah banyak membuat perkara perkara yang menyeleweng. Bercakap dengan menggunakan kata kata yang sombong dan angkuh, mengutuk para ulamak, membuat projek mega yang membazir. Tidak boleh ditegur langsung, tegur sahaja tersungkur orang itu dikerjakannya. Kemuncaknya ialah bila beliau mengambil tindakan kepada sahabatnya sendiri, anak didiknya sendiri dan penyokong kuat dan setianya sendiri ,ia itu DSAI, semata mata untuk mengekalkan kuasa dan kepentingan Suku sakat dan kroninya. Orang yang sanggup berperangai saperti ini memanglah zalim dan orang Melayu panggil Firaun, sama saperti orang yang tamakan harta dipanggil Qarun. Apa salah gelaran tersebut? Sementelah beliau sendiri telah rela menerima gelaran tersebut. PM pun selalu panggil musuhnya Dajjal iaitu longat orang Kedah.

Isu 7; Mengatakan Keadilan telah memecah belahkan Melayu. Oleh itu orang lain tidak segan segan memaki hamun pemimpin peminpin Melayu.

Jawapannya: Penubuhan parti parti adalah biasa didalam negara demokrasi. Tetapi sokongan orang Melayu yang hebat terhadap keadilan menyebabkan UMNO dan PM menyerang Keadilan dan menuduh mereka memecah belahkan Melayu. Tetapi PM sendiri yang mencabar penyokong reformasi untuk menubuhkan parti politik jika hendak berpolitik. Apakah punca parti Keadilan di tubuhkan dan telah dapat banyak sokongan dan simpati masyarakat terutama Melayu? Jawabnya ialah kerana mereka tidak mahu lagi menyokong kepimpinan Mahadhir. Oleh kerana UMNO tidak berupaya untuk menyingkir atau mendisiplinkan Mahathir maka menganggotai parti Keadilan dan pembangkang yang lain adalah pilihan yang ada. Sekira itu dipanggilkan perpecahan Melayu maka tanggung jawab itu patut di letak dibahu Mahadhir sendiri. Jangan nak salahkan parti Keadilan selepas apa yang dibuat oleh Mahadhir kepada DSAI yang melambangkan kezalimannya.

Isu 8: Seorang penseramah BN menyatakan bahawa BA jangan diberi peluang memerintah kerana ketuanya(DSAI_) telah diberi peluang dengan memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk memangku jawatan Perdana Menteri.

Jawapannya: Kehadiran DSAI didalam BN telah banyak memeberi perubahan yang positif didalam dasar kerajaan sesuai dengan matlamatnya untuk berjuang dari dalam sebagaimana yang dicabar oleh PM sendiri. Nilai nilai dalam pentadbiran kerajaan telah banyak berubah. Dulu parti2 berdansa menjadi amalan dikalangan kakitangan kerajaan. Tetapi dengan kemasukannya gejala gejala itu telah ditukar dengan yang berunsur Islam saperti majlis tahlil dan Qiamulail. Jentera perlaksanaan syiar Islam telah ditingkatkan. Sistem perbankan Islam dan system takaful telah dilaksanakan dan telah berjalan dengan jayanya. Sistem pendidikan telah dirombak untuk meningkatkan pendidikan akhlak dan rohani. Orang Melayu telah mula menghayati Islam didalam kehidupan seharinya. Ini telah menjadikan para cendikiawan terutama Ulamak Islam untuk meyokong UMNO dan mereka mengharapkan agar prosesini berterusan. Imej PM dan Malaysia telah naik disaentero dunia termasuk kenegara negara Islam. Tetapi apabila tindakan jahat dan keji diambil oleh PM terhadapDSAI ia telah mendedahkan bahawa PM tidak ikhlas untuk memajukan Islam dan bangsa Melayu. Dia sanggup buat apa saja untuk mengekalkan kuasa dan menyelamatkan sukusakat dan para kroninya. Ia telah memutar kembali wawasan untuk memertabatkan bangsa Melayu balik kezaman Singapura di langgar todak dan diwaktu Kerajaan Melaka tumbang kepada Portugis dimana fitnah dan hasutan pembesar pembesar disekeliling Raja telah mengorbankan pemimpin pemimpin Melayu yang setia dan terbuilangh. Oleh itu rakyak mahu lihat wawasan DSAI itu dapat di teruskan kerana didalam BN terutama UMNO tidak ada tokoh anak jantan yang berani menegur PM dan penjilat penjilatnya. Oleh itu BA perlu sipilih didalam pilihan raya kali ini supaya maruah bangsa, keadilan dan kebebasan yang hakiki dapat dinikmati oleh rakyat disamping untuk menghapuskan segala kezaliman dan penyelewengan yang berlelusa dikalangan elit pemerintah dan para kroninya

Isu 9: Didalam menutup rasa hampa kerana kekurangan ceramah ceramah yang dibuat oleh BN dan sambutan yang dingin oleh orang ramai seorang penceramah BN TELAH MENGATAKAN bahawa barang yang baik tidak perlu iklan yang kerap, orang ramai sudah dapat menilainya.

Jawapannya: Jika itu hakikatnya kenapalah BN mengunakan mass media untuk membuat iklan pilihlah BN di banyak muka surat didalam akhbar nasional dan didalam stesyen TV setiap hari hingga rakyat naik jelak dan telah majal melihatnya.

Selain dari isu - isu diatas awasilah penceramah yang datang dari BTN kerana mereka akan mereka reka cerita untuk mendapat simpati dan menfitnahkan BA. Diantara intro ceramahnya ia berkata ia baru balik dari Melaka. Oleh kerana keretanya ada pelekat UMNO tiba tiba ada van menghimpit keretanya dan penuhlah dalam van itu wanita Melayu yang memakai pakaian dakwah. Inilah fitnah yang ditaburkan oleh penceramah BN yang kecewa dengan sambutan dingin masyarakat.

Oleh. Pemerhati Kempen 1999, Sila cetek dan sebarkan kepada para pengundi..

Last changed: November 24, 1999