ReformIS

[ Contents | Post ]

SB Dan Polis Berlagak Sebagai Pendemo?

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 23:37:35

Comments

SB Dan Polis Berlagak Sebagai Pendemo?

Saya penuh syak dari melihat gambar-gambar pemuda yang membaling batu ke arah polis atau menendang kenderaan awam dan TV3 bukan orang yang biasanya menyokong gerakan reformasi. perwatakan mereka tidak sama dengan perwatakan reformis lain yang mengikuti perhimpunan secara aman di Mesjid Negara atau Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di mana-mana. Saya pengkaji watak. Dan saya berada di Mesjid Negara pada 22 September tahun lalu, pada malam Anwar ditangkap dan dibelasah. Dan saya dapat lihat reformis yang hadhir semuanya adalah orang yang berpendidikan dan urban. Mereka 'clean cut'. Dan mereka bersikap baik tidak violent.

Berbanding dengan pemuda yang terdapat dalam gambar yang disiarkan dalam iklan Barisan Nasional yang menunjukkan pemuda berpakaian selekeh. Ada yang memakai beg kecil yang digantung pada tubuh badan mereka. Beg ini mengisi pistol dan gari. Mereka bukan reformis, tetapi ahli SB dan polis! Lihat pakaian selekeh mereka dan lihat wajah mereka yang kelihatan tidak berpendidikan tinggi. Dan bandingkan dengan pemuda lain di sekelilling mereka yang melihat gelagat mereka baling batu dan menendendang kereta. Ternyata berbeza.

Pemuda SB dan polis cuba berlagak seperti orang biasa. Tetapi pakaian yang mereka guna tidak sesuai sebagai reformis, yang berpakaian bersih. Mereka pekerja pejabat, profesional dan seniman. Mereka tidak memakai selekeh. SB dan polis yang mahu menyamar sebagai masyarakat awam terpaksa berpakaian selekah sebab mereka berkeliaran di kaki-lima dan kelihatan sebagai penagih dadah atau pengangor.

Jadi, saya rasa semua (Ya, semua) rusuhan yang telah berlaku selepas Anwar ditangkap sehingga sekarang, telah diatur rapi oleh SB dan polis. Sebabnya: Kenapa gambar-gambar pemuda yang mengganas itu tidak disiarkan dalam akhbar dan mereka dicap sebagai penjenayah, seperti gambar reformasi yang disiar gambar mereka? Walhal, pengganas itu telah dirakam dengan jelas oleh jurugambar SB dan polis mahpun akhbar, tetapi mereka tidak diberkas dan identiti mereka tidak dicari. Malah mereka yang telah ditangkap mendemo pada masa dulu yang dilepaskan oleh mahkamah, kebanyakan mereka terdiri dari SB dan polis sendiri yang turut 'dibelasah' oleh rakan mereka. Ini disebabkan mereka mahu menunjukkan ramai mengganas dan ditangkap, walhal hampir kesemua mereka adalah pelakon dari Bukit Aman dan Balai Polis.

]Soal lain ialah: Kenapa terdapat batu-batu kecil bersepahan di tepi jalan, seperti yang telah dipampangkan dalam sebuah iklan BN Isnin lalu? Pengganas mudah mengutip batu dan lemparkan ke arah polis. Wajah mereka jelas. Mereka sebaya dan berpakaian sama selekeh. Batu-batu yang berlambak di tepi jalan dekat pengganas ini telah diletak di situ oleh SB dan polis, supaya mudah diguna untuk membaling ke arah polis. Sebab masakan ada jalanraya utama di Kuala Lumpur yang sebegitu kotor dan mempunyai batu-batu seperti itu? Semua gambar menunjukkan pengganas muda seperti yang disiar dalam iklan BN adalah ahli SB dan polis!! Gambar mereka begitu jelas dan mereka boleh dikenal pasti oleh polis. Tetapi tidak ada tindakan diambil. Jadi, akhirnya, semua rusuhan dan keganasan yang telah berlaku sepanjang gerakan reformasi adalah berpunca dari SB dan polis yang mengaturnya.

Sudah pasti mereka tidak dapat mengalang reformis berdemo secara aman. Jadi, apa yang boleh mereka lakukan ialah untuk membuat demo itu kacau-bilau dan penuh keganasan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menunjukkan reformis adalah pengganas. Walhal yang mengganas bukan reformis, tetapi SB dan polis sendiri.

Banyak rakaman video telah dibuat oleh penyokong reformasi yang boleh membuktikan bahawa reformis tidak mengganas, tetapi SB dan polis yang menyamar sebagai reformis. Dan kenderaan yang menjual berger reformasi di hadapan rumah Anwar di Damansara akhirnya dibuktikan apabila Anwar ditangkap, sebagai dipunyai oleh SB. Ahlinya menyamar sebagai penjual berger yang mahu mengintif apa yang berlaku di dalam rumah Anwar. Kenderaan ini akhirnya juga diguna untuk membawa lari orang yang ditahan bersama Anwar. Fikirkan! Dan ramai SB dan polis menyamar sebagai penyokong Anwar. Mereka duduk di rumah Anwar dan si perempuan berpakaian tudung. Saya juga perhatikan bahawa terdapat ramai SB dan polis pergi ke ceramah Barisan Alternatif dan mereka akan berpura-pura pergi sebagai penyokong.

Lihat sahaja gelagat mereka, yang cuba berlagak biasa.

Al-Hakeem

Last changed: November 23, 1999